SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 22, 2015

TAKLIMAT IGCSE DAN MUZAKARAH MRSM (PARENTAL SUPPORT IN LEARNING)

Barangkali kerana majoriti ibu bapa dan murid Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) orang Islam, maka hari terbuka dinamakan sebagai muzakarah permuafakatan. Namun, pertemuan guru dengan setiap orang ibu bapa hari Rabu, 22 Julai 2015 dikhususkan kepada mereka yang mempunyai anak dalam tingkatan dua sahaja. Hal itu disebabkan murid tingkatan dua bakal menduduki ujian check point kemasukan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada bulan September.

MRSM Parit ialah antara beberapa buah maktab rintis program IGCSE yang bakal diperluas kepada semua MRSM. Maksudnya, di samping kurikulum kebangsaan dengan PT3 dan SPM, murid MRSM juga menduduki peperiksaan O Level dengan status bahasa Inggers sebagai bahasa pertama. Calon yang lulus dengan cemerlang dalam IGCSE akan diterima masuk ke universiti terkemuka dunia tanpa perlu menduduki saringan (TOEFL, klik di sini). Selain MRSM, sekolah antarabangsa juga diberi keizinan untuk menggunakan kurikulum Cambridge IGCSE.
Oleh sebab program muzakarah berlangsung pada hari kerja sebaik tamat cuti hari raya, banyak ibu bapa yang tidak dapat hadir pada awal pagi kerana sukar untuk mendapat kelulusan cuti rehat khas (CRK). Kakitangan awam yang hendak meninggalkan pejabat melebihi tempoh tiga jam dikehendaki mengambil CRK. Maka, sebahagian ibu bapa yang berdekatan hanya muncul pada lewat pukul sebelas pagi.

Niat pihak RSM mungkin baik, iaitu ibu bapa diberi kelonggaran untuk menghantar anak masing-masing pada awal persekolahan. Dalam keadaan biasa, paling lewat murid wajib berada dalam kawasan maktab sebelum pukul enam semalamnya. Barangkali perkara ini perlu dipertimbangkan semula dalam perancangan muzakarah yang akan datang.
Paparan di atas mungkin melegakan ibu bapa yang hadir taklimat sejak awal pagi. MRSM Parit mencatat keciciran sifar. Walaupun demikian, elok juga jika pencapaian antara MRSM seluruh Malaysia dipaparkan untuk perbandingan. Penarafan berdasarkan band 1 hingga 6 itu membolehkan segala sumber kepakaran dalam kalangan guru dn ibu bapa digembleng ke arah skor yang lebih tinggi.

Kertas bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama jelas sekali hanya melepasi sempadan kepujian. Sesuatu perlu dilakukan supaya keadaan yang demikian tidak berkekalan begitu. Semakan semula pedagogi dan modul latih tubi mungkin suatu jalan yang boleh dipertimbangkan dengan serius.
Selepas sesi taklimat oleh penyelaras program, ibu bapa mengambil giliran berjumpa dengan guru mata pelajaran. Anak memainkan peranan untuk memilih barisan yang lebih pendek secara relatif supaya urusan lebih lancar. Ketiadaan sistem nombor giliran mengakibatkan ibu bapa harus bertolak ansur.

Mulai pulul 11.30 pagi, ibu bapa yang berkelapangan dialu-alukan menuju dewan makan untuk menikmati menu istimewa penghuni asrama, iaitu nasih ayam yang lazat. Di situ, ibu bapa sempat bertukar-tukar maklumat tentang hal anak dan keluarga. Majlis bersurai pada pukul 1.30 tengah hari ...

No comments: