SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 20, 2016

TAN YEE KHAN MENJENGAH SEKOLAH LAMA (LEGEND AS A BENCHMARK FOR AN EFFECTIVE SCHOOL)

Generasi sekarang mungkin hanya mengenali Datuk Lee Chong Wei, Datuk Misbun Haji Sidek dan Iskandar Zulkarnain sebagai jagoan badminton negara. Nama-nama seperti Punch Gunalan, Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan mungkin sangat asing, kecuali nereka menekuni sejarah sukan tanah air. Pada era Tan Aik Huang dan adiknya Tan Aik Mong, serta Abdul Rahman Mohamad, mereka menjulang nama negara sama ada menerusi acara individu mahupun berpasukan.

Pasangan beregu Ng Boon Bee - Tan Yee Khan pernah bertakhta di persada badminton dunia pada pertengahan dekad 1960-an. Memang mereka pernah bertukar pasangan beregu, tetapi gandingan Ng Boon Bee -Tan Yee Khan begitu serasi. Ketinggian fizikal yang jauh berbeza memberikan kelebihan dari segi pergerakan dan taktikal.

Fakta menarik tentang pasangan beregu Ng Boon Bee - Tan Yee Khan ialah mereka belajar di sekolah yang sama, iaitu SMK St. Michael Ipoh (SMI). Barangkali ketika itu, Ipoh menyediakan kemudahan gelanggang permainan dan jurulatih badminton yang berwibawa. Kini, Tan Yee Khan menetap di Pulau Pangkor.

Walaupun bertaraf legenda badminton dunia, Tan Yee Khan kurang menyerlah sebagai jurulatih dan pemimpin organisasi badminton. Alangkah baik jika pengalaman dan pencapaian beliau dikongsi bersama pemain negara dan bakat muda. Mungkin bekas jaguh dunia itu boleh ditawarkan peranan sebagai anggota panel penasihat kejurulatihan dan perancangan basminton negara.

Penulis sukan harus tampil memperoleh input sejarah pembabitan Tan Yee Khan dan nasihat orang lama itu dalam naskhah memoir khas. Sarjana sains sukan juga boleh menggalakkan calon ijazah tinggi melakukan penyelidikan tertentu terhadap tokoh sukan kebanggan negara itu. Jika kena caranya, Tan Yee Khan dan rakan seangkatan beliau pasti sudi didekati.


Bagi warga SMI yang memasuki kurun kedua penubuhannya, Tan Yee Khan merupakan ikon keberkesanan sekolah yang tulen. Pelajar yang bergelar Michaelian semasa beroleh inspirasi untuk berjaya seperti beliau. SMI memiliki bukti betapa persekitaran sekolah yang berkesan menyumbang terhadap pencapaian tertinggi sebagai sang penakluk dunia dalam bidang masing-masing.

Tanggal 22 Julai 2016 bakal meninggalkan kenangan terindah buat Tan Yee Khan justeru dapat kembali menjejakkan kaki ke alma mater beliau. Datuk Tan Yee Khan telah sudi nenerima jemputan sebagai tetamu kehormat majlis hari anugerah ke emerlangan kurikulum. Kesempatan untuk bersua muka dan beramah mesra dengan warga SMI suatu detik berharga.

...

No comments: