SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, July 11, 2016

KEMUDAHAN UNTUK GURU (FRINGE BENEFIT AT SCHOOL)

Dalam satu sembang laman sosial atas talian, seorang guru membangkitkan tentang penggunaan harta awam untuk tujuan peribadi. Salinan pertanyaan kepada seorang ustaz dijadikan sandaran. Memang niat guru tersebut sangat baik dalam konteks tazkiyah an-nafs yang ditafsirkan dalam konteks tasawuf per se.

Contoh yang dibawakan ialah tentang penggunaan elektrik sekolah untik mengecas telefon bimbit. Rentetan itu, rakan yang lain turut memberi maklum balas spontan dengan memberi justifikasi bahawa sebahagian kerja sekolah dilakukan dengan telefon bimbit masing-masing, termasuk membaca komunikasi pentadbiran sekolah seperti jadual guru ganti. Terdapat pula yang memohon izin (halal) bagi tujuan itu.

Ternyata kaum guru masih banyak berkorban dengan menggunakan wang poket sendiri dalam menjayakan tugas mereka. Walaupun menyandang gred pegawai perkhidmatan pendidikan yang tinggi, guru tidak moncah seperti pembantu tadbir di pejabat yang duduk di kerusi eksekutif dengan kelengkapan komputer dan pencetak. Apatah lagi jika dibandingkan dengan pegawai awam dengan gred setara, tetapi siap dengan pembantu peribadi dan pemandu jabatan.

Syarikat swasta ada yang memberikan telefon bimbit percuma dengan peruntukan bulanan untul bayaran. Demikian juga denhan elaun petrol dan lain-lain. Guru juga sering terlepas peluang untuk mengikuti kursus di luar negara justeru kebanyakannya tidak sampai ke sekolah pun.

Maka, apabila hal yang sekecil caj telefon bimbit pun dibangkitkan, jelas bahawa perjuangan untuk menjaga kebajikan guru masih lemah. Baguslah jika guru beranggapan bahawa jika mereka menggunakan perbelanjaan peribadi bagi tugas rasmi sebagai suka rela, mereka memberi penarafan yang rendah kepada kerjaya mereka sendiri. Memang mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membuat tuntutan kewangan yang disenaraikan, tetapi tidak bolehkah mereka menganggap bahawa mengecas telefon bimbit sama juga dengan penggunaan air untuk kebersihan diri.

...

...

...

No comments: