SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 10, 2013

GAJI GURU SARJANA, Ph.D DITAMBAH BAIK (AFTER LONG WAIT)

Sidang Dewan Negara diberitahu bahawa guru siswazah yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah ialah antara 33 skim perkhidmatan awam yang bakal menerima insentif gaji permulaan yang yang lebih tinggi. Bagi guru yang sedang berkhidmat dan masih berada pada gred lantikan, dan kemudian memperoleh kelulusan akademik berkenaan, akan ditawarkan insentif hadiah kenaikan gaji. Selain itu, Lembaga Kenaikan Pangkat akan memberi pertimbangan khas bagi urusan itu berdasarkan merit dengan kelebihan kepada pegawai yang memiliki kelayakan Ph.D (Berita Harian, 10.12.13, tajuk utama).

Sebagai contoh, guru (pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah) di KPM boleh dinaikkan pangkat menerusi Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik ijazah tinggi, serta pengalaman mereka. Wajaran penilaian yang akan diperuntukkan oleh panel penilai (kenaikan pangkat) ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan. Sumber Bernama (agensi berita nasional) turut memetik kenyataan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, ketua pengarah perkhidmatan awam bahawa kajian semula 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik itu membabitkan 635,000 penjawat awam di seluruh negara.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim membacakan teks jawapan perdana menteri kepada soalan asal Senator Baharudin Abu Bakar di bangunan parlimen semalam. Selain guru, pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis, serta pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) juga termasuk dalam kategori yang diumumkan. Kini, semua pihak yang terbabit perlu menunggu perincian insentif berkenaan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

...akan dikemas kini dari masa ke masa apabila ada perkembangan terkini, insya-Allah.

...pekeliling terbaru JPA (klik di sini), terima kasih maklumat sabahat di ruang komen (nombor 18)

...

...

...

Monday, December 9, 2013

DR KHAIR KPPM BAHARU MULAI 8 DISEMBER 2013 (THE EDUCATION CAPTAIN LEADERSHIP)

Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, 57, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa 8 Disember (Ahad) yang lalu (klik di sini). Dr. Khair ialah KPPM kedua yang memiliki latar belakang kejuruteraan, serta memulakan kerjaya ikhtisas di politeknik selepas Datuk Dr. Ahamad bin Sipon. Beliau lahir di Tanjung Sepat, Selangor dan memulakan persekolahan di SK Port Swettenham, sebelum ke Sekolah Tinggi Kelang (LCE) dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban sehingga lulus MCE dengan cemerlang.

Dr. Khair kemudian menyambung pengajian di United Kingdom di peringkat O Level (Blackpool College), B.Sc. kejuruteraan awam  (Bolton Institute of Technology) dan sijil perguruan lepas ijazah (PGCE, North East London Politechnic). Beliau kembali ke tanah air dan bertugas sebagai pensyarah Politeknik Ungku Omar Ipoh sehingga tahun 1991. Dr. Khair kemudian memperoleh ijazah sarjana kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi Malaysia (1989) dan doktor falsafah pendidikan (Manchester, UK) pada tahun 1997 (klik di sini).
Dr. Khair menyertai Kementerian Pendidikan sebagai penolong pengarah kurikulum di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV, kemudian dijenamakan semula sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal) yang menjaga hal ehwal sekolah teknik dan vokasional, serta politeknik di seluruh negara. Beliau pernah kembali bertugas di politeknik sebagai Pengarah Polisas, Kuantan. Dr. Khair juga memiliki pengalaman bertugas sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), sama seperti Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, KPPM sebelum beliau.

Kini, setelah tiga tahun berada pada kedudukan Timbalan KPPM, Dr. Khair akhirnya mendaki puncak kerjaya ikhtisas dalam bidang pendidikan negara, iaitu sebagai KPPM dengan gred Turus II. KPPM juga secara automatik menganggotai Lembaga Naik Pangkat Perkhidmatan Awam (bagi melantik pegawai tinggi kerajaan seperti ketua-ketua setiausaha kementerian), yang terdiri daripada enam orang penjawat awam tertinggi, termasuk ketua setiausaha negara dan ketua pengarah perkhidmatan awam. Di KPM, Dr. Khair akan menjaga hal ehwal ikhtisas pendidikan, manakala urusan kewangan dan pentadbiran yang lain terletak di bawah bidang kuasa ketua setiausaha KPM dengan sekumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Susunan kabinet persekutuan pasca-PRU 13 menyaksikan kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi kembali disatukan di bawah kementerian yang asal, iaitu kementerian pendidikan. Maka, bidang kuasa kementerian pendidikan tidak terhad kepada hal ehwal sekolah dan perkhidmatan keguruan, malah menjangkau pentadbiran pengajian tinggi dan kursus separa teknikal. Dr. Khair bukan sahaja memiliki latar belakang sebagi murid sekolah bantuan modal, sekolah berasrama penuh, mahasiswa luar negara dan pelajar siswazah universiti tempatan, bahkan memiliki ijazah kedoktoran pendidikan.

Segala pengalaman yang dilalui sejak di bangku sekolah dan pengajian tinggi, serta perkhidmatan sebagai pensyarah politeknik dan kemudiannya menyertai kementerian sebagai pegawai kanan, Dr. Khair sudah memiliki pakej yang cukup untuk menerajui sebuah kementerian yang begitu besar dan penting. Beliau juga telah membina jaringan dan pasukan yang utuh ketika bertugas sebagai pegawai kanan dan tinggi sebelumnya. Tidak syak lagi jawatan KPPM sangat tepat buat Dr. Khair.

...

...

GELAGAT DAN TELATAH IBU BAPA DI MRSM PARIT (OBSESSION AND REDEMPTION)

Sejumlah 213 orang calon ujian kemasukan program International General Certificate of Secondary Education, IGCSE kemasukan tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hadir di kampus MRSM Parit yang bernilai RM80 juta pada 9 dan 10 Disember yang lalu. MRSM Parit bakal mengambil 210 orang murid baharu tingkatan satu. Namun, persaingan juga berlaku dengan calon-calon yang menghadiri sesi ujian dan temu duga di seluruh negara. 

Kelihatan murid dan ibu bapa begitu teruja justeru dapat bersua muka dengan rakan lama, kini merangkap pesaing untuk merebut tempat ke MRSM. Tema perbualan murid lebih tertumpu kepada cerita dalam facebook dan perisian telefon bimbit pintar. Ibu bapa pula lebih sibuk bertanya khabar dan kisah keluarga.
Seperti biasa kaum ibu tidak menang tangan mempersiap anak supaya penampilan anak serba sempurna bagi menghadapi ujian dan temu duga yang sangat penting. Mereka tentu berharap agar si anak bakal menyambung legasi kecemerlangan mereka yang kesampaian dan yang belum kesampaian. Apa khabar pula sang bapa?
Sebelum ujian bertulis, calon MRSM menghadiri sesi temu duga dalam bahasa Inggeris dan ujian bacaan ayat suci al-Quran. Tujuannya ialah supaya pihak MRSM dapat menilai calon secara berhadapan (in person) dan seadanya (spontan). Dalam kata lain, bukan berapa banyak pengetahuan yang diuji, sebaliknya kebolehan calon bertutur dalam bahasa Inggeris komunikasi dan lancar membaca al-Quran.

Terdapat sejumlah calon berketurunan Cina dan India yang hadir atas kuota bukan Melayu. Sudah pasti mereka dikecualikan daripada bacaan al-Quran. Di Sabah dan Sarawak, terdapat etnik peribumi dan keturunan Cina memohon masuk ke MRSM atas kategori bumiputera bukan Islam.
Ujian bertulis berlangsung di dewan besar MRSM. Item ujian merangkumi kecekapan matematik dan sains, serta ujian aptitud. Format soalan ialah aneka pilihan sepenuhnya.

Bagi memberi kesempatan kepada calon menduduki ujian tanpa dibayangi kehadiran ibu bapa berhampiran dewan ujian, pihak MRSM mengalih ibu bapa ke pusat sumber untuk sesi taklimat bersama pengetua. Sebagai MRSM termuda yang hanya bermula pada pertengahan tahun 2012, rak buku di pusat sumber berkenaan masih banyak yang kosong. Namun, pengetua MRSM Parit memberi jaminan, perubahan akan dapat dilihat dalam tempoh yang terdekat.

Kecemerlangan pencapaian MRSM menyebabkan berlaku persaingan dengan sekolah berasrama penuh (SBP). Terdapat cakap-cakap yang mengatakan bahawa kini enrolmen MRSM ialah baki calon yang tidak berjaya ke SBP. Dalam kata lain, MRSM didakwa hanya memperoleh murid second cream.

Hakikatnya, semua calon MRSM dan SBP memiliki pencapaian yang setara semasa UPSR. Pilihan sama ada untuk ke MRSM atau SBP bergantung kepada strategi calon pemohon dan ibu bapa masing-masing. Walaupun bernaung di bawah kementerian yang berlainan, kedua-dua model pendidikan MRSM dan SBP sentiasa mendukung falsafah kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah di tahap optimum.

Tidak semua calon yang hadir ujian dan temu duga MRSM atas kerelaan sendiri, sebaliknya atas desakan ibu bapa. Walaupun begitu, sekilas pandang, semua calon yang hadir menunjukkan kesungguhan kerana tidak mahu ketinggalan dengan rakan sebaya. Jika terpilih kelak, pengalaman pembelajaran di MRSM sudah tentu sangat istimewa dan unik dalam sepanjang kehidupan ...

Sunday, December 8, 2013

KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN (CHILDHOOD AND TEENAGERS EDUCATION)

Zaman sudah berubah. 

Era seluar pendek

Pakaian seragam yang kusam dan lusuh

Sama nasib

Ustazah dulu-dulu

Anak yatim dimuliakan

Denda fizikal

Pergaduhan murid

Acara sukan

Pengkagum rahsia

Saturday, December 7, 2013

KEPENTINGAN CITA-CITA KEPADA MURID SEKOLAH (SHAPING THE FUTURE, TAPPING THE TALENT)

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang



Thursday, December 5, 2013

NELSON MANDELA IKON TOLAK KEZALIMAN KULIT PUTIH (LIBERATION LEADER THAT EMERGED FROM PRISON)

Rolihlahla Mandela, 95, pemilik nama asal Nelson Mandela. (18.7.1918 - 5.12.2013) yang membebaskan Afrika Selatan daripada kekejaman dasar apatheid meninggal dunia di kediaman beliau di Houghton yang terletak di pinggir Johannesburgh semalam. Mandela yang kehilangan bapa ketika berusia sembilan tahun, pernah meringkuk dalam tabir besi (penjara) selama 27 tahun dalam era kerajaan minoriti kulit putih, tidak menamatkan pengajian di universiti dan hanya menduduki kerusi presiden selama satu penggal sahaja. Beliau mula menjalani rawatan sejak tahun 1988 lagi (klik di sini).

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, December 4, 2013

BERKONGSI PENDERITAAN DENGAN MANGSA BANJIR (DEEP EMPATHY)

Macam-macam kuliah, pendapat, teori dan cakap-cakap tentang bencana banjir, tetapi keutamaan di depan mata sekarang ialah usaha membantu, memahami dan menyelami kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir. Bagi mereka yang jauh dan tidak dapat turut serta ke tempat bencana, doa dan sokongan dalam bentuk yang termampu. Walaupun bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara dilaporkan menurun, namun trauma yang dialami tidak mudah luput dalam ingatan.

Kegiatan harian semasa banjir memang di luar kebiasaan. Keselesaan di rumah sendiri terpaksa ditinggalkan begitu sahaja. Peralatan dan harta benda yang tidak boleh diinsuranskan memerlukan perbelanjaan baik pulih yang tinggi kelak.

Pergerakan menjadi terhad. Mangsa banjir harus bergantung harap kepada bantuan pihak penyelamat yang perlu menguruskan sejumlah kes yang besar. Bekalan elektrik harus diputuskan apabila tapak pencawang utama ditenggelami air kerana risiko renjatan elektrik menerusi aliran air banjir.

Hubungan komunikasi juga terjejas apabila mangsa banjir sibuk dengan urusan menyelamatkan segala dokumen dan peralatan rumah yang mustahak sehingga tidak sempat mencari punca untuk mengecas bateri telefon bimbit yang semakin lemah. Fikiran juga berserabut tentang masalah yang datang bertimpa-timpa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang

akan datang


Tuesday, December 3, 2013

MEMAHAMI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK (COST OF LIVING GOING UP AND UP)

Tenaga Nasional Berhad, syarikat berkaitan kerajaan senaraian awam mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan tarif yang akan berkuat kuasa pada bulan Januari 2014 perlu dilakukan bagi menampung kos penjanaan susulan peningkatan bahan api global. Selain itu, TNB memberi alasan untuk perbelanjaan pelaburan infrastruktur bekalan elektrik dan perubahan kos operasi masa hadapan. Langkah kenaikan tarif itu juga sebahagian program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (klik di sini).

Menteri yang menjaga hal ehwal pengguna juga sudah memberi jaminan bahawa kenaikan tarif elektrik sekitar 15 peratus itu hanya memberi kesan kepada pengguna tenaga berskala besar. Namun, maklum balas orang ramai sangat bertentangan justeru mereka menaruh kebimbangan bahawa pihak industri akan memindahkan beban kenaikan kos pengeluaran dalam bentuk peningkatan harga barang akhir yang dibayar oleh mereka. Kos hidup yang meningkat akan menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek (klik di sini).

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, gabenor bank negara, dalam reaksi spontan beliau menjangkakan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.4 peratus, sebagai tambahan kepada unjuran 2.8 peratus sebelum ini (klik di sini). Namun, beliau berpendapat kesan inflasi yang dicetuskan itu hanya bersifat sementara. Dr. Zeti berkata bahawa jangkaan itu berdasarkan penilaian awal oleh pihak bank pusat yang diterajui beliau.

Belanjawan kurangan yang berterusan sejak tahun 1998 antaranya berpunca daripada beban subsidi yang begitu besar dalam anggaran perbelanjaan kerajaan. Sesetengah pihak berpendapat peruntukan subsidi di Malaysia perlu disusun semula supaya menepati sasaran sebenar. Golongan berpendapatan tinggi dan warga asing yang membentuk sejumlah besar pengguna domestik turut menikmati subsidi yang sepatutnya hanya ditujukan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Dari sudut lain, kenaikan tarif elektrik itu merupakan cabaran kepada para penyelidik dan saintis untuk mengenal pasti sumber baharu tenaga yang lebih murah dan selamat berbanding dengan tenaga elektrik tradisional. Pergantungan kepada sumber tenaga tunggal ternyata memberi kesan yang kurang baik dari segi kos pengeluaran dan kawalan kuasa monopoli pembekal tenaga. Cadangan penggunaan tenaga suria masih belum berjaya sebagai ganti kepada tenaga elektrik.

Sifir mudah tentang kenaikan tarif elektrik ialah peningkatan kos pengeluaran. Sebahagian peningkatan kos itu dipindahkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan perkhidmatan, bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan menyebabkan tuntutan kenaikan upah bagi mengekalkan taraf hidup.

Pusingan kenaikan harga dan upah yang berterusan persis kata-kata walhasil balik asal (back to square one). Namun, bagi golongan berpendapatan tetap (misalnya pengeluar dalam pasaran persaingan sempurna), mereka sukar menyerap kenaikan tarif elektrik. Pendapatan benar mereka akan merosot dan kuasa beli mereka juga turun serta-merta.

Peningkatan harga barang dan perkhidmatan mengakibatkan kenaikan upah, jika ada, hanya bersifat sebagai elaun inflasi. Penyata gaji mungkin menunjukkan perubahan angka yang lebih besar, tetapi peningkatan itu tidak pula membolehkan mereka menikmati kuantiti dan kualiti barangan yang relatif lebih tinggi. Mereka masih kekal di takuk lama.

Pengguna mungkin boleh melepaskan geram kepada TNB dengan pelbagai label walaupun selama ini mereka menikmati perkhidmatan yang menyenangkan hidup mereka. TNB hanya sebuah konglomerat yang bergantung kepada sumber modal awam, tanggungjawab kepada pemegang saham dan perbelanjaan pelaburan yang sangat tinggi. TNB juga perlu menjadualkan pembayaran hutang kepada institusi kewangan secara konsisten.

Pengguna berhak untuk berasa tertekan dan terbeban dengan natijah kenaikan tarif elektrik dalam kehidupan mereka. Pengguna perlu melakukan penyesuaian dari segi perbelanjaan, menghadapi kehidupan yang lebih perit dan sukar. Mana ada peniaga yang sanggup berkorban dan menanggung kerugian demi pengguna?

Nampaknya program pengajian keusahawanan di negara kita perlu menerapkan nilai kemanusiaan yang tinggi supaya bakal usahawan masa hadapan sanggup berkongsi susah dan senang bersama masyarakat pengguna, bukan memanipulasi mereka tanpa belas kasihan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Jika taraf hidup masyarakat jatuh, pada akhirnya permintaan terhadap barang dan perkhidmatan juga bakal mengalami nasib yang sama. Adakah usahawan dan kegiatan ekonomi tidak akan terjejas?

Monday, December 2, 2013

Sunday, December 1, 2013

TEGURAN KEPADA PENGUSAHA RESTORAN MELAYU (LIP SERVICE, LATE SERVICE, NO SERVICE)

Bukan hendak mengata semua restoran Melayu, tetapi pengalaman banyak kali terkena menyebabkan catatan ini dikongsi. Walaupun Pak Tam (restoran mi rebus Plus) menyebut 'kalau sedap bagitau kawan, kalau tak sedap bagitau Pak Tam', dalam hal kebajikan dan hak pengguna, cogan kata itu perlu dikecualikan. Pengguna bukan makan percuma, sebaliknya mereka mengeluarkan wang ringgit yang dicari dengan susah payah bagi memperoleh barang dan perkhidmatan yang bermutu dan berbaloi.

Mentang-mentang pengguna di rantau Asia Tenggara tidak begitu agresif berbanding dengan pengguna di negara maju, pengusaha restoran tempatan beranggapan bahawa pelanggan mereka hanya perlu menerima sahaja hidangan yang disediakan. Mentaliti dunia ketiga memang serasi dengan hujah bahawa tiada sesiapa yang memaksa pelanggan ke restoran mereka, lalu kalau tidak suka tidak payah datang. Pelanggan yang banyak 'songeh' tidak dialu-alukan.

Pengunjung restoran bukan pelanggan terdesak yang sanggup menelan mi kosong (tanpa rencah dan sayur, juga dipanggil 'mi bodoh' oleh orang KL) di warung tepi longkang. Mereka datang dengan kuasa beli dan cita rasa yang mesti dihormati. Jika mereka berpuas hati, bukan sahaja mereka akan datang lagi, bahkan menyebarkan promosi dan publisiti percuma kepada restoran.

Apabila pelanggan masuk sahaja, mereka berharap dapat disambut atau sekurang-kurangnya disapa oleh petugas restoran (usher seperti di majlis keramaian) dan tidak dibiarkan tercegat macam patung cendana. Pelayan restoran juga dengan segera membawa buku menu hidangan yang ditawarkan oleh restoran dan serta-merta mengambil pesanan. Berikan anggaran masa menunggu supaya pelanggan mempunyai persediaan minda dan tidak berasa gelisah bagai mengharap sesuatu yang tidak kunjung tiba. 

Tempoh menunggu sehingga satu jam memang keterlaluan. Jika terpaksa, bagi menenangkan pelanggan yang menunggu lama, pihak restoran boleh menyediakan kudapan percuma supaya pelanggan tidak angkat kaki atau berasa kecewa. Penyelia kepada petugas retoran mesti memainkan peranan untuk memastikan tidak berlaku kesilapan dalam menghantar hidangan seperti terlupa pesanan, tersalah meja atau mendahulukan pelanggan yang datang kemudian.

Semua petugas menghantar hidangan mesti menjalani latihan bahasa mesra, misalnya memohon maaf sambil mengucapkan terima kasih atas kesudian pelanggan menunggu. Petugas juga mesti memberi tumpuan kepada ke seluruh ruang restoran kalau-kalau pelanggan memerlukan bantuan. Tidak wajar sama sekali petugas restoran bergurau senda sesama sendiri, melayan gajet mudah alih atau merokok.

Di samping juruwang ialah penyelia perkhidmatan pelanggan yang sentiasa bermanis muka, mengucapkan terima kasih dan bertanyakan jika pelanggan hendak memberi maklum balas. Pelanggan akan berpuas hati dengan harga makanan jika penjelasan penyelia masuk akal. Pihak restoran mesti peka dan bertolak ansur dengan kerenah pelanggan yang pelbagai, kecuali yang cuba mengelat. 

Kebersihan premis, lantai, sinki dan penampilan petugas restoran juga mesti diambil berat oleh pengurusan restoran. Lantai, sinki dan kamar kecil mesti dibersihkan sepanjang masa supaya pelanggan tidak hilang selera makan. Banyak sekali restoran milik orang Melayu Islam mengabaikan perkara asas sedemikian.

Nampaknya pihak berkuasa tempatan dan pihak jabatan kesihatan tidak cukup kakitangan untuk memantau pematuhan terhadap piawaian restoran kelas pertama. Satu pasukan khas di bawah Kementerian Hal Ehwal Pengguna hendaklah diwujudkan bagi mengawal selia semua restoran di seluruh negara. Restoran yang gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan boleh dikenakan teguran bertulis, amaran, kompaun dan kemungkinan didakwa oleh tribunal hal ehwal pengguna.

Dalam jangka panjang, semua pengusaha restoran mesti diwajibkan menjalani kursus khas di kolej komuniti sebelum lesen perniagaan mereka boleh disambung dan diperbaharui setiap tahun. Alangkah eloknya jika restoran diurus oleh usahawan siswazah pelbagai bidang, iaitu pengurusan perniagaan, penyajian makanan, hospitaliti, teknologi makanan dan komunikasi, di samping panel pakar pemakanan dan undang-undang. Sebagai bakal negara maju, Malaysia memerlukan restoran yang berteraskan sajian makanan berkhasiat dan seimbang, serta mutu penyampaian perkhidmatan yang terbaik ...