SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 10, 2013

GAJI GURU SARJANA, Ph.D DITAMBAH BAIK (AFTER LONG WAIT)

Sidang Dewan Negara diberitahu bahawa guru siswazah yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah ialah antara 33 skim perkhidmatan awam yang bakal menerima insentif gaji permulaan yang yang lebih tinggi. Bagi guru yang sedang berkhidmat dan masih berada pada gred lantikan, dan kemudian memperoleh kelulusan akademik berkenaan, akan ditawarkan insentif hadiah kenaikan gaji. Selain itu, Lembaga Kenaikan Pangkat akan memberi pertimbangan khas bagi urusan itu berdasarkan merit dengan kelebihan kepada pegawai yang memiliki kelayakan Ph.D (Berita Harian, 10.12.13, tajuk utama).

Sebagai contoh, guru (pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah) di KPM boleh dinaikkan pangkat menerusi Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik ijazah tinggi, serta pengalaman mereka. Wajaran penilaian yang akan diperuntukkan oleh panel penilai (kenaikan pangkat) ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan. Sumber Bernama (agensi berita nasional) turut memetik kenyataan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, ketua pengarah perkhidmatan awam bahawa kajian semula 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik itu membabitkan 635,000 penjawat awam di seluruh negara.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim membacakan teks jawapan perdana menteri kepada soalan asal Senator Baharudin Abu Bakar di bangunan parlimen semalam. Selain guru, pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis, serta pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) juga termasuk dalam kategori yang diumumkan. Kini, semua pihak yang terbabit perlu menunggu perincian insentif berkenaan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

...akan dikemas kini dari masa ke masa apabila ada perkembangan terkini, insya-Allah.

...pekeliling terbaru JPA (klik di sini), terima kasih maklumat sabahat di ruang komen (nombor 18)

...

...

...

59 comments:

cendanasari said...

T.kasih atas informasi ini. Peace to all :)

Anonymous said...

Maknanya hanya pppsDG41 yang layak mendapat HKG..bagaimana pppsDG44DG48 dan lain-lain tapi memperolehi master dan phd semasa di DG41?

cikgu azhar said...

Perincian JPA masih belum diumumkan. Mungkin terdapat syarat khusus bagi melayakkan guru ijazah tinggi menikmati gaji permulaan / HKG yang lebih baik. Pada prinsipnya, sebarang penambahbaikan skim saraan tidak akan merugikan penjawat awam yang terbabit. Sudah pasti PTD 'otai' tidak mahu tercicir, justeru mereka termasuk dalam kategori yang cikgu sebutkan itu

Anonymous said...

slm..saya x tau apa maksud gred lantikan? tq

Anonymous said...

salam..saya x tau apakah maksud gred lantikan..blh jelaskan beserta contoh? tq

Anonymous said...

Gred lantikan ialah gred jawatan kita mula-mula masuk skim perkhidmatan awam. Cthnya, guru siswazah akan bermula dgn dg41, iaitu gred lantikan. Gred lebih tinggi dari itu spt dg44, 48...ialah gred kenaikan pangkat.

Anonymous said...

owh..tq atas pncerahan..klu mcm tu ade rezki la nk dpt HKG..in shaa allah..amin

Anonymous said...

Nak tanye. Bukan ke sebelum ini HKG mng dh sedia ada utk guru yg br mendpt sarjana dn phd. Jd apa beza dgn hkg yg diwar2kan skrng ini..x jelas sebenarnya..

Anonymous said...

Harap2 ppps pun diberikan insentif tersebut dan bukan hanya ppld yg menyambung pelajaran hingga ke sarjana dan phd seperti yg dinyatakan dlm berita.harap ppld dan ppps tidak dibezakan.

Anonymous said...

Saya rasa untuk guru tiada dinyatakan akan mendapat insentif berkaitan ijazah lanjutan ini. Kononnya guru sarjana mendapat laluan istimewa untuk GC, tatapi hakikatnya tidak berlaku pada saya. Telah dipantau oleh JNS tetapi tidak tengokpun sijil dan ijazah sarjana saya... macamana kata ambil kira laluan istimewa?

Anonymous said...

Mungkinkah kita akan dikecewakan lagi.....

Anonymous said...

Betul kata guru di atas saya pun mohon gc dan ijazah sarjana saya tidak di pandang pun.

cendanasari said...

Tak adil utk guru lepasan ijazah krn kenaikan ini hanya utk guru diploma.

Anonymous said...

Hanya mampu berdoa agar ppps pun diberikan kenaikan dan bukan hanya pd ppld...ini tidak adil!

pemerhati guru sarjana said...

Salam semua,

selama ini kesatuan tak pernah peduli pun kebajikan guru siswazah terus (fresh graduate). selalunya, kena tumpang ptd. jadi, kita panjangkan perbincangan kita kepada jpa. kalau tidak asyik kena pintas dengan ppld dari segi kenaikan pangkat dan skim perjawatan.

Anonymous said...

Harapan saya sebagai fresh graduate yg berhempas pulas di universiti sebelum memasuki arena perguruan dan juga memperolehi sarjana agar ada wakil yg sesuai yg boleh jadi perundingcara utk memastikan ppps tidak di anaktirikan.

Anonymous said...

PPPS perlu buat union sendiri utk memperjuangkan nasib kita

Anonymous said...

Berdasar Pekeliling Terbaru PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013 mengenai pengabungan skim perkhidmatan PPP Lepasan Diploma dan PPP Siswazah terdapat beberapa intipati yang saya fahami:
1. Permulaan gaji yang lebih tinggi bagi lantikan baru bagi lulusan Sarjana dan PhD.
(Ijazah Sarjana Muda-Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94);
(Ijazah Sarjana-Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).
(PhD-Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).
2. Guru yang dalam perkhidmatan yang mempunyai ijazah Sarjana dan Phd akan menerima kenaikan gaji jika gaji sekarang lebih rendah dari gaji permulaan lantikan baru pemegang Sarjana dan PhD.
3. Bagi guru lama yang gajinya melebihi gaji permulaan Ijazah Sarjana atau PhD kekal dengan gaji sekarang.
3, Diharapkan ada penambahbaikan selepas ini.

pemerhati guru sarjana said...

Kalau begitu samalah macam spm, stpm, diploma: gaji permulaan saja beza, gaji mati sama ...

Anonymous said...

kalau ikut pekeliling tu, maknanya cikgu yg dah 3 tahun mengajar kompom tiada kenaikan gaji....

Anonymous said...

Pekeliling yg terkini dah keluar ke?

Anonymous said...

Pekeliling yang terbaru ialah PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013 bertarikh 16 Disember 2013.
Terdapat juga khabar angin yang menyatakan mungkin akan keluar pekeliling lain penghujung Januari 2014 yang melibatkan guru berkelulusan ijazah lanjutan yang sedang berkhidmat. Harap-harap ada hadiah kenaikan gaji.

Anonymous said...

Rasanya guru2 yg sedang berkhidmat yg byk memperjuangkan isu ini.harap2 ada berita baik.

Anonymous said...

Aamiinnn.

Anonymous said...

Apa perkembangan terkini ya....

Anonymous said...

Dengar dari kawan, guru yang sedang berkhidmat cuma dapat kenaikan satu tangga gaji.

pemerhati guru sarjana said...

satu lagi kemungkinan ialah pemberian berbentuk sekali sahaja (one-off) perbezaan antara gaji lantikan DG 41 dengan gaji permulaan sarjana untuk lantikan baharu.

sama-samalah tunggu telahan yang mana satu benar!

Anonymous said...

Pengalaman saya..
Setelah diumum pekeliling saya faham akan tentang itu dan bagi guru sarjana yang telah berkhidmat belum diperincikan..namun di sekolah ada yang melabel kami trus naik gaji dan tugas ditambah kerana kami 'guru sarjana'. Kami tidak mengeluh tetapi adalah tidak adil kerana belum terang dan nyata gaji kami naik namun disebabkan hal itu kami dipertikaikan. Oleh yang demikian saya mengharap kerajaan mengeluarkan kenyataan atau pekeliling tentang kedudukan guru yang telah berkhidmat dan mempunyai sarjana. Ini kerana sewaktu saya sambung sarjana saya tahu tiada kenaikan gaji bagi sarjana dan Phd waktu itu,kami sambung kerana ingin menambah ilmu,membuat kajian dan menyahut seruan kerajaan yang meminta penjawat awam melakukan R&D dan meningkatkan ilmu pengetahuan ke peringkat tinggi..oleh yang demikian pihak kerajaan perlu memperincikan dengan lebih lanjut agar tidak timbul banyak pertikaian..buat kajian sebelum membuat atau mengeluarkan pekeliling supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah seperti ini..namun saya yakin pekeliling ini dikeluarkan untuk menjawab tentang gaji guru sarjana dan Phd..cuma masih belum diperincikan lagi dan akan ada pekeliling baru akan keluar untuk menjelaskan hal ini..wallahua'lam.. -guru sarjana dan bakal guru Phd-

Anonymous said...

Harap2 kerajaan tidak mghampakn guru2 ppps yg dh lama da sarjana phd.. bg sy mmndgkn ekonomi skrg, cukup dberi hkg dh memadai.. x prlu brmula januari mmndgkn januari dh pghujung ni..

Anonymous said...

Salam buat semua warga guru...
Nasib kita memang selalu malang. Saya yang ada master ni pun tak ke mana. Skrol tu dah simpan dalam laci je. Alasan yang paling popular diaorang suka beri ialah golongan guru ni terlalu ramai jika nak diberikan hadiah ni. Sedangkan dalam akhbar ada kata guru yang ada mastar dan phd ada lebih kurang 4 ribu orang saja. Dikatakan lagi pelbagai kemudahan disediakan untuk guru yang nak sambung phd. Kalau sambung apa pun tarak " apa ke jadahnya kita pi buat menatang phd tu" buang masa, tenaga, duit, umur dan macam2 lagi yang kita buang....skim untuk guru memang yang paling teruk....yang baik hanya utk PTD sebab depa yang buat skim kita....boring!!!

Anonymous said...

So mmg sijil master n phd hanya terbiarlh ek..sy bru je posting bersemangat dengar berita yg ada master dgn phd akan dpt permulaan gji yg tinggi..tpi ble tye kerani dorg xdpt pun pekeliling tu..so xthu pun..sedihnye..

Anonymous said...

Guru yang dah ada sarjana dan memang selalu diberi kerja lebih dan terbeban atas alasan dah ada ijazah lanjutan. Tapi tak pernah pun diteliti dan disemak gaji kumpulan ini supaya dapat dinaikkan gaji atau pun pangkat. Ditambah lagi ada pula kumpulan ini yang tercicir untuk sebarang kenaikan pangkat. Memang betul, kalau untuk kenaikan gaji atau kenaikan pangkat, golingan guru yang dah ada sarjana dan phd ni tak dapat apa pun, melainkan hanya gaji yang sediakala je. Guru ni yang kecewa akhirnya jadi burnt out.

Anonymous said...

Assalamualaikum rakan-rakan guru,

Baru dapat info dari rakan yang bertugas di PPD.

Tiada sebarang kenaikan gaji bagi guru yang sedang berkhidmat dan mempunyai Sarjana sekiranya gaji semasanya telah melepasi RM3500.00

Pelaksanaan ini hanya melibatkan guru yang baru yang dilantik bermula 1.1.2014 SAHAJA.

Saya ulangi, tiada sebarang kenaikan.

Sedih saya dengar.Harap ada pembetulan selepas ini.

Saya rasa ini SUNGGUH tidak adil.

Anonymous said...

Ralat.

Bukan gaji semasa RM3500.00
tetapi asalkan gaji melebihi

(a) pada gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya gaji akhir di gred
jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum
di gred jawatan baharu; atau

(b) pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji akhir di gred jawatan asal jika gaji akhir di gred jawatan asal lebih tinggi daripada gaji
minimum di gred jawatan baharu;

atau

(c) pada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD bagi pegawai
yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji di gred jawatan asal
adalah lebih rendah daripada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana
atau PhD.

tidak layak mendapat sebarang kenaikan.

Harap dapat membantu.

Anonymous said...

Saya tak faham...kalau gaji pokok saya 3400 dpt tak sbb saya masih di dg41 dan baru nak dpt 44 thn ni tp tahu bila..

Anonymous said...

Confirm tak layak mendapat kenaikan. Cuna layak mendapat kenaikan gaji yang lazimnya diberikan kerana kenaikan pangkat dari DG41 ke DG44.

Anonymous said...

Takpalah..tggu pekeliling saje...wat pening je pikir byk3 psl ni

Anonymous said...

Maklumat Terkini....

Untuk makluman Saudara/ Saudari,

Pihak KPPK akan kemukakan kertas kerja untuk 3 HKG dan 2 HKG.

Sekian, harap maklum.

------------------------------------------------

Sdri Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung NUTP
13 & 15 Jalan Murai Dua
Kompleks Batu Off Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Anonymous said...

Untuk fresh saje ke atau termasuk yg dah lama mengajar

Anonymous said...

another wait to go...

Anonymous said...

Di manakah keadilan utk guru fresh graduate. Ppld nak naik dg48 cuma tunggu 6 thn tp fresh graduate tetap 8 thn... last2 fresh graduate tetap rugi. Kalau tahu x payah masuk u. Gaji sama je mcm guru universiti celup... dpt degree bukan sbb layak tp sebab kena ambil... :p

Anonymous said...

Askm kepada rakan-rakan...

Perkongsian maklumat terkini pada 9 Mei 2014 surat kuasa pemberian hadiah kenaikkan gaji sudah diterima di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur memaklumkan guru-guru yang sudah mempunyai master/phd, pihak sekolah layak memohon untuk penyelarasan gaji berkuatkuasa 1.11.2013... di Kuala Lumpur sahaja ke?

Harap dapat membantu untuk kepastian...

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalam.....itu berita baik.ada surat hitam putih ke.

Anonymous said...

Wlam... mmg berita yg baik... dan mmg sudah ada surat hitam putih yg diedarkan di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur... cuma saya ingin bertanya jikalau ada cikgu-cikgu di Kuala Lumpur yg sudah menghantar dokumen-dokumen sokongan kepada kerani masing-masing.. diharap dpt memberi kepastian... dan juga kepada cikgu-cikgu dari negeri lain, bagaimana pula ada dengar berita dari kerani sekolah masing-masing ker? Diharap dapat kongsi bersama berita baik ini...

Harap dapat membantu untuk kepastian...

Anonymous said...

Negeri lain X dengar citer lg

Anonymous said...

Sama di sini.... Setia dan sabar menanti...

Anonymous said...

Assalam....ada info terkini?

Anonymous said...

Masih belum disini...

Anonymous said...

Askm kepada pengunjung setia laman blog Cikgu Azhar...

Di sini saya ingin membuat pencerahan di mana maklumat yg saya maklumkan di dalam laman blog Cikgu Azhar bertarikh 9 May 2014 dn 11 May 2014 adalah tidak tepat.. saya br shj contact member saya d KL tu utk mendapatkan kepastian sekali lagi.... dan dia meminta maaf tersalah bg info... surat yg di forward kan kpd saya adalah utk cikgu freshie yg ada master/phd tp gaji bawah rm2700/rm3200.... so bole la dpt tunggakkan dr Nov 2013......

Jd Hadiah Kenaikkan Gaji masih belum dilaksanakan kpd guru2 yg sediada master/phd...
Jd di sini...di laman blog Cikgu Azhar, saya ingin mohon maaf di atas info yg salah dn kurang tepat kpd rakan2 guru di luar sana...

Mcm rakan saya di KL kata, "maafkan patik"...

Sekian.

Anonymous said...

Assalam....kita masih berharap ada hadiah kenaikan gaji kepada guru yg sedia ada master atau phd yg lama berkhidmat dan yg memperjuangkannya cuma rezeki belum berpihak pd kita....moga2 ada pihak yg prihatin terhadap perkara ini.

Anonymous said...

sungguh hina istilah 'ijazah celup'. Dalam kita berbangga dengan kemampuan diri, kita merendahkan orang lain....

cikgu azhar said...

terima kasih atas peringatan dan teguran ikhlas tuan. bagi pihak rakan pengunjung dan diri sendiri saya mohon kemaafan.

harap maklumkan secara khusus tentang bahagian frasa / ayat yang perlu dipadam untuk tindakan selanjutnya.

blog ini berjalur pendidikan dan menjurus terhadap kebaikan semata-mata ...

Anonymous said...

Cikgu Azhar dan pengunjung yang budiman,

Apa pun telahan kita terhadap orang lain, kita seharusnya sedar tentang kurniaan Allah. Kita juga harus ingat bahawa kita sedang melahir dan membentuk generasi acuan kita. Walaupun acuan daripada kita tapi hasilnya belum tentu sama. Mungkin suatu hari nanti anak-anak kita juga memperoleh 'ijazah celup' atau TIADA langsung ijazah yang kita banggakabn. Pada hari itu baru kita sedar nilai frasa penghinaan dan tanggapan yang telah kita keluarkan terhadap orang lain.

Apabila frasa 'ijazah celup' ini terkeluar daripada mulut kita, kita terlupa penghinaan kita itu mungkin untuk ibu bapa orang lain, isteri orang lain, guru anak-anak kita dan mungkin adik beradik kita. Malah mungkin generasi yang kita lahirkan.

Jadi berbaik sangkalah. Dalam memperjuangkan hak diri, jangan kita mempertikaikan rezeki orang lain.

cikgu azhar said...

Semakan mendapati tiada frasa 'ijazah celup' dalam komen pengunjung. tidak perlu berkecil hati justeru yang penting pengiktirafan jpa / akreditasi kementerian pendidikan. maka, soal penghinaan tidak timbul, melainkan terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya (harap maklumkan secara khusus, jika ada).

status sesuatu ijazah lebih dipengaruhi oleh pengkhususan bidang pengajian. sahabat saya ijazah bahasa inggeris OUM berjaya mengenepikan saingan pemegang ijazah perniagaan daripada R U untuk jawatan pengurus bank. terdapat juga kes pemegang ijazah ipts (sunway) berjaya memasuki perkhidmatan awam (mengenepikan calon ipta).

kesimpulannya, setakat cakap dan label tidak mendatangkan kerosakan terhadap status ijazah yang dimiliki. sabar itu lebih utama.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

'maaf- univeristi celup' tetap merujuk kepada ppld. komen cikgu Azhar memang bernas tetapi sesetengah guru muda tidak berfikiran sedemikian

Di manakah keadilan utk guru fresh graduate. Ppld nak naik dg48 cuma tunggu 6 thn tp fresh graduate tetap 8 thn... last2 fresh graduate tetap rugi. Kalau tahu x payah masuk u. Gaji sama je mcm guru universiti celup... dpt degree bukan sbb layak tp sebab kena ambil... :p

Anonymous said...

Hampa lagi..

Anonymous said...

Salam, betul ke sesiapa yang memiliki ijazah sarjana semasa dalam perkhidmatan gaji akan naik sebanyak RM510. Sumber dari group whatsapp. Boleh pastikan sejauh mana kesahihan berita ini. Tq

Nur Hafeza said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

RM510 ? Kira ok jg kalau jd kenyataan sblum pencen. Kita sandarkn harapan kpd NUTP utk perjuangkn..