SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 9, 2013

DR KHAIR KPPM BAHARU MULAI 8 DISEMBER 2013 (THE EDUCATION CAPTAIN LEADERSHIP)

Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, 57, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa 8 Disember (Ahad) yang lalu (klik di sini). Dr. Khair ialah KPPM kedua yang memiliki latar belakang kejuruteraan, serta memulakan kerjaya ikhtisas di politeknik selepas Datuk Dr. Ahamad bin Sipon. Beliau lahir di Tanjung Sepat, Selangor dan memulakan persekolahan di SK Port Swettenham, sebelum ke Sekolah Tinggi Kelang (LCE) dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban sehingga lulus MCE dengan cemerlang.

Dr. Khair kemudian menyambung pengajian di United Kingdom di peringkat O Level (Blackpool College), B.Sc. kejuruteraan awam  (Bolton Institute of Technology) dan sijil perguruan lepas ijazah (PGCE, North East London Politechnic). Beliau kembali ke tanah air dan bertugas sebagai pensyarah Politeknik Ungku Omar Ipoh sehingga tahun 1991. Dr. Khair kemudian memperoleh ijazah sarjana kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi Malaysia (1989) dan doktor falsafah pendidikan (Manchester, UK) pada tahun 1997 (klik di sini).
Dr. Khair menyertai Kementerian Pendidikan sebagai penolong pengarah kurikulum di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV, kemudian dijenamakan semula sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal) yang menjaga hal ehwal sekolah teknik dan vokasional, serta politeknik di seluruh negara. Beliau pernah kembali bertugas di politeknik sebagai Pengarah Polisas, Kuantan. Dr. Khair juga memiliki pengalaman bertugas sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), sama seperti Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, KPPM sebelum beliau.

Kini, setelah tiga tahun berada pada kedudukan Timbalan KPPM, Dr. Khair akhirnya mendaki puncak kerjaya ikhtisas dalam bidang pendidikan negara, iaitu sebagai KPPM dengan gred Turus II. KPPM juga secara automatik menganggotai Lembaga Naik Pangkat Perkhidmatan Awam (bagi melantik pegawai tinggi kerajaan seperti ketua-ketua setiausaha kementerian), yang terdiri daripada enam orang penjawat awam tertinggi, termasuk ketua setiausaha negara dan ketua pengarah perkhidmatan awam. Di KPM, Dr. Khair akan menjaga hal ehwal ikhtisas pendidikan, manakala urusan kewangan dan pentadbiran yang lain terletak di bawah bidang kuasa ketua setiausaha KPM dengan sekumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Susunan kabinet persekutuan pasca-PRU 13 menyaksikan kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi kembali disatukan di bawah kementerian yang asal, iaitu kementerian pendidikan. Maka, bidang kuasa kementerian pendidikan tidak terhad kepada hal ehwal sekolah dan perkhidmatan keguruan, malah menjangkau pentadbiran pengajian tinggi dan kursus separa teknikal. Dr. Khair bukan sahaja memiliki latar belakang sebagi murid sekolah bantuan modal, sekolah berasrama penuh, mahasiswa luar negara dan pelajar siswazah universiti tempatan, bahkan memiliki ijazah kedoktoran pendidikan.

Segala pengalaman yang dilalui sejak di bangku sekolah dan pengajian tinggi, serta perkhidmatan sebagai pensyarah politeknik dan kemudiannya menyertai kementerian sebagai pegawai kanan, Dr. Khair sudah memiliki pakej yang cukup untuk menerajui sebuah kementerian yang begitu besar dan penting. Beliau juga telah membina jaringan dan pasukan yang utuh ketika bertugas sebagai pegawai kanan dan tinggi sebelumnya. Tidak syak lagi jawatan KPPM sangat tepat buat Dr. Khair.

...

...

No comments: