|
Bil.
|
Pernyataan
|
Benar
|
Palsu
|
|
1
|
Ekonomi ialah sains kekayaan
|
|
|
|
2
|
Ekonomi ialah sains serba
kekurangan
|
|
|
|
3
|
Ekonomi ialah sains kebajikan
|
|
|
|
4
|
Ekonomi berasal daripada
gabungan oikos dan nomos
|
|
|
|
5
|
Oikos dan nomos membawa
maksud pengurusan rumah tangga
|
|
|
|
6
|
Kehendak bersifat terhad
|
|
|
|
7
|
Kehendak ialah keinginan memperoleh
barang dan perkhidmatan
|
|
|
|
8
|
Kehendak sentiasa diikuti oleh
kuasa beli
|
|
|
|
9
|
Sumber ekonomi merujuk terhadap
kekurangan secara mutlak
|
|
|
|
10
|
Sumber ekonomi merujuk terhadap
kekurangan secara relatif
|
|
|
|
11
|
Sumber ekonomi merujuk kepada faktor
pengeluaran
|
|
|
|
12
|
Buruh hanya menyumbang tenaga
fizikal dalam proses pengeluaran
|
|
|
|
13
|
Buruh hanya menawarkan
perkhidmatan dan bukan dirinya sendiri
|
|
|
|
14
|
Buruh merujuk kepada pekerja
tidak mahir sahaja
|
|
|
|
15
|
Bayaran / ganjaran / pulangan
untuk buruh ialah upah / gaji
|
|
|
|
16
|
Mobiliti buruh sukar untuk
dilakukan
|
|
|
|
17
|
Tanah merujuk sumber alam
anugerah Tuhan, termasuk air dan udara
|
|
|
|
18
|
Penawaran tanah boleh bertambah
dan berkurang
|
|
|
|
19
|
Nilai / harga tanah tertakluk
kepada mutu dan kedudukan
|
|
|
|
20
|
Tanah mengalami mobiliti dari
segi kegunaan (pengeluaran)
|
|
|
|
21
|
Bayaran kepada tanah ialah wang
tunai
|
|
|
|
22
|
Modal bertujuan mencipta lebih
banyak kekayaan dan pendapatan
|
|
|
|
23
|
Modal hanya berbentuk wang
|
|
|
|
24
|
Modal tidak mudah dipindahkan
|
|
|
|
25
|
Penawaran modal bersifat tetap
|
|
|
|
26
|
Bayaran kepada modal ialah
kadar bunga
|
|
|
|
27
|
Usahawan menggabungkan faktor pengeluaran
dalam proses pengeluaran
|
|
|
|
28
|
Usahawan memimpin, merancang, menyelaras,
dan mengawal kegiatan firma
|
|
|
|
29
|
Usahawan menanggung risiko yang
kecil
|
|
|
|
30
|
Bayaran kepada usahawan ialah
untung
|
|
|
|
31
|
Teknologi ialah sumber ekonomi
yang kelima
|
|
|
|
32
|
Teknologi ialah pemangkin
proses pengeluaran
|
|
|
|
33
|
Teknologi menurunkan kos
pengeluaran dan daya pengeluaran firma
|
|
|
|
34
|
Teknologi meningkatkan
kecekapan pengeluaran sesebuah firma
|
|
|
Sunday, May 18, 2014
MODUL LATIH TUBI PENGENALAN MIKROEKONOMI (BASIC CONCEPTS AND UNDERSTANDING)
SMK ST MICHAEL, IPOH, LA3: KUIZ PENGENALAN MIKROEKONOMI bahagian 2 (20052014) _________________
Arahan: Tampal lembaran ini dalam
buku latihan.
Perbincangan dan rujukan buku teks dibenarkan.
A Tentukan sama ada
pernyataan yang diberikan benar atau palsu.
B Jelaskan perbezaan antara usahawan dengan
buruh (10 markah)
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
"KUPINJAM CAHAYAMU" DRAMA HARI GURU TIDAK MUNASABAH? (HYPERBOLA IN THE WORLD OF CREATIVITY)
Sempena sambutan hari guru yang lalu, stesen televisyen percuma al-Hijrah menayangkan drama khas berjudul "Kupinjam Cahayamu" dengan Zamarul Hisham sebagai pelakon utama. Sebagai naskhah kreatif, sesebuah drama tidak terikat kepada realiti, sebaliknya boleh bermain-main dengan dunia imaginasi dan khayalan. Dalam kata lain, penonton tidak boleh terlalu berharap bahawa drama, sinetron atau telenovela yang disajikan berpijak di bumi nyata belaka.
...maklumat tentang drama yang dikatakan berdasarkan kisah benar (klik di sini)
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Saturday, May 17, 2014
Friday, May 16, 2014
RESTORAN DI CELAH BANGUNAN PENCAKAR LANGIT (CLASSIC BUSINESS OUTLET)
Kota besar sering menjadi tumpuan para penghijrah untuk memburu impian hidup senang dan memiliki ketenangan tanpa bergantung kepada orang lain. Kota besar bagaikan lubuk rezeki yang menjadi daya tarikan orang-orang yang menyimpan impian untuk menceburi dunia perniagaan yang berpotensi menghadiahkan kekayaan yang melimpah ruah. Kota besar menghimpun orang-orang yang sibuk, tetapi memiliki kuasa beli yang luar biasa.
Bandaraya Ipoh juga tidak terkecuali sebagai destinasi yang ada magis tersendiri kepada individu dan kumpulan yang mahu menyandarkan bakat dan kreativiti bagi menjual barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pasaran kota besar. Terdapat perniagaan yang berkembang pesat hingga muncul sebagai entiti korporat yang dikagumi. Namun, terdapat juga perniagaan yang masih kekal ditahap kecil-kecilan sebagai warisan keluarga.
...
...
...
...
...
...
Thursday, May 15, 2014
SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI GURU (FUNCTION WITHOUT SPEECH AND JARGONS)
TEKS PENGACARA
MAJLIS JAMUAN KHAS
SEMPENA HARI GURU SMI
2014
Assalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Selamat sejahtera
Yang Berusaha Puan Loh Wei Seng,
pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh
Yang Dihormati Encik Joseph
Michael Lee, Pengerusi PIBG dan ahli jawatankuasa beliau
Yang Dihormati Bro Matthews
Penolong-penolong kanan, guru
kanan, guru dan hadirin yang dikasihi
Bersyukur kita justeru beroleh
kesempatan untuk hadir dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah yang
bermula tengah hari ini. Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran
tetamu, tuan dan puan sekalian. Bagi memberkati perjalanan majlis, saya
mempersilakan al-Fadil Ustaz Safwan untuk memimpin bacaan doa.
(Usai doa, Ustaz Safwan kembali mengambil tempat)
Jazakallahu khiran kathira,
terima kasih Ustaz Safwan.
Majlis kita pada tengah hari ini
dinamakan sebagai Jamuan Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Memandangkan tarikh 16 Mei jatuh pada hari Jumaat, maka Kelab Staf SMI telah
memilih hari ini sekalian guru sesi paggi dan sesi petang dapat berkumpul
bersama.
Tuan puan tidak perlu gusar
justeru majlis kita semata-mata berkonsep santai bagi menghargai dan meraikan
guru dan hadirin. Presiden Kelab Staf, Encik Peter Khiew telah memaklumkan
bahawa tiada ucapan, tiada falsafah dan tiada huraian bombastik tentang tema
sambutan. Semuanya disimpan untuk acara bersama murid pagi esok. Dalam majlis
ini hanya ada acara penyampaian sijil kepujian dan penghargaan.
Sebagai makluman tuan puan,
kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi, pengerusi PIBG telah merasmikan bilik
selera guru dan staf. Ruang berkenaan menelan perbelanjaan naik taraf kira-kira
RM20 ribu sumbangan PIBG. Majlis jamuan ini juga disumbangkan oleh pihak PIBG.
Terima kasih daun keladi, PIBG yang baik budi.
Bagi memulakan acara, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Encik Peter Khiew Wai Mun untuk mengiringi pengetua
cemerlang SMK St. Michael, Ipoh, Puan Loh Wei Seng untuk menyampaikan sijil
kepada ahli jawatankuasa Ladap SMI. Dipersilakan.
::::::::::::: Bacakan senarai ::::::::::::
(Usai acara, ucapkan terima kasih)
Terima kasih Puan Loh, En. Peter.
(Tunggu sehingga pengetua mengambil tempat)
Majlis diteruskan dengan
penyampaian sijil dan hadiah iringan tunai kepada panitia mata pelajaran yang
mencatat pencapaian cemerlang pada tahun 2013.
Dipersilakan Penolong Kanan SMI,
Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim mengiringi Encik Joseph Michael Lee,
pengerusi PIBG bagi menyempurnakan acara.
::::::::::::: Baca senarai :::::::::::::
Terima kasih En. Joseph, En.
Ahmad.
(tunggu sehingga mengambil semula
tempat duduk)
Sebelum hadirin menjamu selera,
terlebih dahulu slot ringkas memotong kek sempena hari guru. Dipersilakan Puan
Loh Wei Seng, En. Joseph Michael Lee, En. Peter Khiew dan penolong-penolong
kanan.
(setelah tepuk tangan reda, ucapkan terima kasih)
Terima kasih.
(Tunggu sehingga semua kembali ke meja utama)
Sekarang tibalah masa yang
ditunggu, iaitu menikmati hidangan makan tengah hari.
(jemput Ustaz membaca doa makan)
Sekian. Selamat menjamu selera.
15052014
Pelan B: jika jamuan dahulu, penyampaian sijil kemudian
Assalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Selamat sejahtera
Yang Berusaha Puan Loh Wei Seng,
pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh
Yang Dihormati Encik Joseph
Michael Lee, Pengerusi PIBG dan ahli jawatankuasa beliau
Yang Dihormati Bro Matthews
Penolong-penolong kanan, guru
kanan, guru dan hadirin yang dikasihi
Bersyukur kita justeru beroleh
kesempatan untuk hadir dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah yang
bermula tengah hari ini. Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran
tetamu, tuan dan puan sekalian. Bagi memberkati perjalanan majlis, saya
mempersilakan al-Fadil Ustaz Safwan untuk memimpin bacaan doa.
(Usai doa, Ustaz Safwan kembali mengambil tempat)
Jazakallahu khiran kathira,
terima kasih Ustaz Safwan.
Majlis kita pada tengah hari ini
dinamakan sebagai Jamuan Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Memandangkan tarikh 16 Mei jatuh pada hari Jumaat, maka Kelab Staf SMI telah
memilih hari ini sekalian guru sesi paggi dan sesi petang dapat berkumpul
bersama.
Tuan puan tidak perlu gusar
justeru majlis kita semata-mata berkonsep santai bagi menghargai dan meraikan
guru dan hadirin. Presiden Kelab Staf, Encik Peter Khiew telah memaklumkan
bahawa tiada ucapan, tiada falsafah dan tiada huraian bombastik tentang tema
sambutan. Semuanya disimpan untuk acara bersama murid pagi esok. Dalam majlis
ini hanya ada acara penyampaian sijil kepujian dan penghargaan.
Sebagai makluman tuan puan,
kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi, pengerusi PIBG telah merasmikan bilik
selera guru dan staf. Ruang berkenaan menelan perbelanjaan naik taraf kira-kira
RM20 ribu sumbangan PIBG. Majlis jamuan ini juga disumbangkan oleh pihak PIBG.
Terima kasih daun keladi, PIBG yang baik budi.
Sebelum hadirin menjamu selera,
terlebih dahulu slot ringkas memotong kek sempena hari guru. Dipersilakan Puan
Loh Wei Seng, En. Joseph Michael Lee, En. Peter Khiew dan penolong-penolong
kanan.
(setelah tepuk tangan reda, ucapkan terima kasih)
Terima kasih.
(Tunggu sehingga semua kembali ke meja utama)
Sekarang, majlis jamuan bermula.
Sudi-sudikan menikmati hidangan yang disediakan.
(Lebih kurang 20 minit, tunggu
isyarat untuk meneruskan acara)
Bagi meneruskan acara, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Puan Hajjah Normah binti Karimin, Penolong
Kanan Kokurikulum untuk mengiringi pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh,
Puan Loh Wei Seng untuk menyampaikan sijil kepada ahli jawatankuasa Ladap SMI.
Dipersilakan.
::::::::::::: Bacakan senarai ::::::::::::
(Usai acara, ucapkan terima kasih)
Terima kasih Puan Loh, Pn. Normah.
(Tunggu sehingga pengetua mengambil tempat)
Majlis diteruskan dengan
penyampaian sijil dan hadiah iringan tunai kepada panitia mata pelajaran yang
mencatat pencapaian cemerlang pada tahun 2013.
Dipersilakan Pn. Loh Wei Seng
mengiringi Encik Joseph Michael Lee, pengerusi PIBG bagi menyempurnakan acara.
::::::::::::: Baca senarai :::::::::::::
Terima kasih En. Joseph, Pn. Loh.
(tunggu sehingga mengambil semula
tempat duduk)
Dengan ini, acara majlis berakhir
di sini. Tuan puan masih boleh terus menikmati hidangan dan kek istimewa hari
guru.
Wassalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Wednesday, May 14, 2014
SAMBUTAN HARI GURU DULU-DULU (HONOURING THE PAST, CELEBRATING THE FUTURE)
Sentiasa terikat dengan kenangan masa silam mungkin suatu penyakit psikologi yang kronik, tetapi sesekali bernostalgia pasti tidak membawa mudarat. Sejarah selalu berulang, sejarah ialah akar umbi sesebuah masyarakat dan suluh masa depan yang penuh ranjau. Kata-kata yang bersifat klise itu bukanlah suatu alasan atau justifikasi, melainkan suatu hakikat yang sangat bermakna.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Tuesday, May 13, 2014
LAGU 'GURU MALAYSIA' BERGEMA LAGI (NO MORE THE SO-CALLED 'NOBLE PROFESSION'?)
"Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji, mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita". Semasa menyanyikan permulaan lagu lagi, sudah terasa meremang bulu roma bukan kerana takut, tetapi justeru semangat yang kembali berkobar-kobar. Murid yang jarang-jarang dapat melihat guru mereka menyanyi juga teruja, lalu menyimpan perasaan kagum di dalam hati.
... muat turun lagu di sini.
Sebagai penjawat awam, lantikan guru dibuat atas nama DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Maka, rangkap kedua berbunyi: "Pada Seri Paduka, kami tumpahkan setia, rukun negara kita, panduan hidup kami semua". Guru juga memainkan peranan penting memupuk semangat perpaduan yang kental dalam kalangan generasi muda kerana rukun negara tercetus setelah negara melalui episod hitam 13 Mei 1969.
"Di bidang pembangunan, kami tetap bersama, membantu, membina, negara yang tercinta". Setelah perpaduan berjaya dijelmakan sebagai insurans atau jaminan kemajuan, kemakmuran dan keselamatan negara, guru turut menyumbang terhadap proses pembangunan yang lestari dan mapan. Guru berusaha menampilkan pengaruh teladan yang mengutamakan kecemerlangan.

Monday, May 12, 2014
MOTIVASI BELAJAR: IKTIBAR LIGA PERDANA INGGERIS (DO NOT LET BLAME BECOMES A SELF-DEFEATING BOND)
Assalamu alaikum dan salam sejahtera,
Pelajar yang dikasihi sekalian,
Pelajar yang dikasihi sekalian,
Tidaklah dapat dipastikan sama ada dakwaan bahawa keputusan liga bola sepak utama dunia, termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) telah diatur oleh sindiket judi besar (bookies) atau sebaliknya. Namun, sukan nombor satu dunia itu memang menjadi kegilaan sebahagian besar peminat sukan. EPL misalnya membabitkan kegiatan perniagaan berskala besar, selain kelab-kelab ternama disenaraikan di bursa saham London.
Jose Maurinho, bekas pengurus kelab Barcelona yang bertandang ke Bukit Jalil bersama pasukan bintang The Catalan dalam siri jelajah pramusim pada penghujung tahun lalu (Barcelona 4, Pilihan Malaysia 0) pernah melahirkan rasa hairan tentang ketaksuban peminat bola sepak di rantau sebelah sini terhadap kelab yang berada sangat jauh dari negara mereka. Maurinho yang kini menyertai semula Chelsea memang dikenali dengan mulut celopar, misalnya melabel Arsene Wenger, pengurus Arsenal sebagai jaguh kegagalan dan Luis Suarez (penyerang Liverpool) sebagai pilihan salah untuk pemain terbaik EPL 2014. Namun, beliau juga gagal membawa Chelsea mengungguli EPL atau membawa Chelsea ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah setelah terkandas di tangan Altetico Madrid pada saingan separuh akhir.
Kelab berbelanja besar yang dimiliki keluarga diraja UAE, Sheikh al-Mansur, Manchester City akhirnya dinobatkan sebagai juara EPL 2014 walaupun hanya berjaya memintas Liverpool dan Chelsea pada penghujung saingan. Ketua pasukan City, Vincent Kompany (bintang pertahanan Belgium) telah melakukan kesilapan dengan tendangan lemah beliau, lalu singgah di kaki penyerang Liverpool untuk gol kemenangan 3-2. Kemudian, Liverpool pula melakukan kesilapan berganda apabila sekadar terikat 3-3 dengan Crystal Palace dan tewas kepada Chelsea 0-2 walaupun memiliki kawalan bola sebanyak 79 peratus.
Brendan Rogers yang pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Maurinho menyalahkan taktik bertahan Chelsea dan menyifatkan lawan seperti meletakkan dua buah bas di hadapan pintu gol mereka. Maurinho membidas bekas pembantunya itu dengan berhujah bahawa dalam bola sepak yang penting ialah jumlah gol yang berjaya disumbat, bukan kawalan bola dan permainan yang menghiburkan penonton. Pada perlawanan penentuan kedudukan juara liga (Ahad, 11/5/14, serentak pukul 10 malam), Liverpool mengharapkan The Citizens tersungkur di laman sendiri (Stadium Etihad) ketika melayan kunjungan West Ham, manakala The Red Devils memanfaatkan rekod bersih di stadium keramat di Anfield.
Liverpool yang sudah kemarau kejuaraan liga sejak tahun 1990 nampaknya harus belajar lagi bahawa nasib baik dan tuah tidak selalu berpihak kepada mereka. Harapan untuk berjaya atas kegagalan pasukan lain (City) tidak kesampaian. Walaupun menang 2-1 ke atas Newcastle yang sudah pun tempang apabila dua orang pemain mereka dilayangkan kad merah nyata tidak mencukupi untuk memadam dua gol kemenangan City oleh Samir Nasri (bintang Peranchis) dan Kompany.
Pelajar yang dimuliakan,
Marilah kita memindahkan pengalaman liga bola sepak paling mendapat perhatian dunia itu ke dalam proses pembelajaran di sekolah, kolej dan institut pengajian tinggi. Ringkasnya, walaupun sesekali nasib baik dan tuah mungkin memihak kepada kita, hakikatnya pencapaian pembelajaran banyak bergantung terhadap kaedah belajar yang bijaksana dan cekap, usaha yang bersungguh-sungguh dan perancangan jawapan yang terbaik dalam segala jenis pentaksiran. Pergantungan kepada soalan ramalan atau mengharapkan ehsan pemeriksa skrip jawapan (pemeriksa, guru, pensyarah) hanya mengundang risiko yang mengundang rasa terkilan.
Pelajar harus membuang jauh-jauh sikap sentimental yang tidak bertempat. Maksudnya, usah terlalu berharap segala-galanya sempurna untuk memenuhi kehendak diri sendiri, iaitu persekitaran pembelajaran yang sempurna, guru atau pensyarah yang kacak dan lawa, dan rakan kuliah yang kelakar. Isi pelajaran dan kuliah pula sentiasa penuh dengan lawak jenaka dan tiada beban teori yang membosankan.
Tujuan pendidikan dan pembelajaran ialah untuk mengungkapkan kebenaran dan keunggulan ilmu pengetahuan bagi menjelaskan peristiwa atau fenomena kehidupan duniawi yang rencam dan rumit. Pelajar didedahkan dengan penggunaan istilah yang bersifat teknikal, konsep dan teori yang bakal menjimatkan masa berfikir dan membuat pengamatan yang tepat. Jika tidak, kita bakal masa yang sangat panjang untuk bercakap waimah perkara yang remeh-temeh sahaja.
Kebolehan membincangkan banyak perkara dalam tempoh yang singkat membolehkan seseorang itu membuat keputusan dan pilihan yang mantap (feasible, viable) berdasarkan ralat pengukuran minimum. Orang yang bijaksana bercakap hal-hal besar dan bermanfaat, manakala orang yang jahil akan bercakap bagaikan tin kosong yang kuat bunyinya, tetapi hanya mencetuskan kebencian, iri hati dan menjurus terhadap sangkaan yang tidak sah. Percakapan yang baik umpama pohon rendang yang menaungi, manakala percakapan yang buruk hanya menyakitkan hati.
Dalam sesi kaunseling, klien (penerima khidmat kaunseling) akan dibimbing untuk meneroka potensi diri sendiri tanpa membabitkan pihak ketiga (orang lain) atas masalah atau peristiwa yang menimpa diri masing-masing. Setiap kali klien cuba menyalahkan orang lain, kaunselor akan membawa klien balik kepada proses penilaian kendiri justeru orang yang cuba disalahkan tidak hadir bagi membela diri. Maka, klien hanya merenung ke dalam diri, menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (Swot) supaya dapat melakukan kemajuan dan perubahan tanpa bergantung kepada nasib baik dan tuah semata-mata.
Pelajar yang dirahmati,
Barangkali sudah panjang lebar saya bercakap dan memberi saranan tentang proses pembelajaran yang lebih bersifat asertif dan kendiri daripada sentiasa memberi alasan yang kurang munasabah setiap kali berhadapan dengan masalah. Akibat enggan berfikir, jalan yang paling mudah ialah dengan menyalahkan pihak lain. Guru dan pensyarah yang memang sudah masak dengan ilmu pedagogi dan psikologi klinikal sudah pasti bersedia membantu pelajar yang cenderung terhadap sikap agresif atau permisif itu.
Akhir kata, pencapaian dalam pembelajaran juga tidak jauh berbeza dengan dunia bola sepak tahap tinggi seperti EPL. Liverpool bukan tidak tahu bahawa dengan menyalahkan pihak lain dan bergantung kepada tuah tidak akan mengubah kedudukan yang ada, tetapi mereka hanya insan biasa yang suka melakukan helah bela diri (defense mechanism) supaya beban kekecewaan yang dialami tidaklah begitu berat untuk ditanggung. Sebelum perkara seumpama itu berlaku dalam pencapaian pembelajaran kalian, pelajar hendaklah melakukan segala proses yang paling bijak dan cekap supaya kelak pencapaian pembelajaran kalian akan setimpal dengan usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Sekian, Selamat belajar dan didoakan semoga kecemerlangan dan kejayaan sentiasa mengiringi usaha kalian yang bijak, cekap dan bersungguh-sungguh. Amin ...
Sunday, May 11, 2014
KULIAH PENGENALAN EKONOMI SEBAGAI SAINS KEKAYAAN (THE ORIGINAL IDEA OF HOUSEHOLD MANAGEMENT)
Hasil pembelajaran
1 Mentakrifkan ilmu ekonomi sebagai kajian tentang bagaimana sumber terhad digunakan
untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
2 Menggariskan perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi
Asal perkataan ekonomi
- gabungan 'oikos' dan 'nomos'
- 'oikos' bererti rumah tangga
- 'nomos' (nemien) bererti peraturan, pengurusan atau agihan
- maka, secara etimologi (kajian asal usul kata, ekonomi bermaksud 'peraturan rumah tangga'
- dalam konteks yang lebih luas, ekonomi merujuk kepada sistem yang berkaitan dengan hal ehwal
manusia bagi memastikan peruntukan (sumber) yang cukup kepada masyarakat /
mengelakkan pembaziran (sumber)
(klik di sini untuk bacaan lanjut)
Takrif ekonomi
- sains kekayaan (Adam Smith, klik di sini)
- sains kebajikan (klik di sini)
- sains kekurangan (contoh perbincangan: klik di sini)
- kajian sains sosial tentang cara manusia memperuntukkan sumber yang terhad bagi memenuhi
kehendak manusia yang tidak terhad (dengan cara yang paling cekap).
Bidang kegiatan ekonomi
- pengeluaran
- penggunaan
- pertukaran
Beza antara miroekonomi dengan makroekonomi
- ejaan : mikro merujuk analisis pelaku ekonomi secara individu
: makro merujuk analisis pelaku ekonomi secara agregat
- mikro memberi tumpuan terhadap bahagian kecil daripada keseluruhan: seorang pengguna,
sebuah firma, sebuah pasaran; makro memberi tumpuan terhadap tindakan pengguna secara
keseluruhan, firma secara keseluruhan, kegiatan ekonomi secara keseluruhan
- mikro berteraskan teori harga (pasaran barang, pasaran faktor;
makro berteraskan pencapaian keseimbangan kegiatan ekonomi
- pemboleh ubah utama mikro ialah permintaan (DD) dan penawaran (SS);
pemboleh ubah utama makro ialah permintaan agregat (AE) dan penawaran agregat (AS)
- matlamat kajian mikro untuk melihat peranan pasaran dan keperluan campur tangan kerajaan
matlamat kajian makro ialah mengkaji pelaksanaan dasar (fiskal, kewangan) bagi mencapai
pertumbuhan yang mapan, tanpa inflasi, tanpa pengangguran, dan imbangan pembayaran positif
Kesimpulan
-

Saturday, May 10, 2014
BARAT ANJUR DEMOKRASI TALAM DUA MUKA (HIDDEN AGENDA CUM HYPOCRISY)
Mereka kononnya contoh dan jaguh demokrasi tulen. Memang benar bahawa mereka telus dalam mengurus persaingan pengaruh dan kuasa kepimpinan domestik. Namun, mereka cuba memaksakan kehendak mereka terhadap negara-negara kerdil supaya sentiasa mengikut telunjuk mereka umpama sistem perhambaan dahulu kala.
Apabila demokrasi berkembang di rantau tertentu yang selama ini dikuasai rejim kuku besi boneka mereka sendiri, sikap sebenar mereka terserlah. Apabila rakyat memilih untuk menumbangkan diktator pro-Barat, mereka mula merancang komplot dan konspirasi untuk mengembalikan pemimpin diktator dan junta tentera. Pergolakan yang berlaku pada akhirnya bakal menguntungkan mereka dengan pertempuran bersifat ujian senjata, lojistik dan personel.
Mereka juga berselindung di sebalik gerakan hak asasi dan alam sekitar untuk menyebarkan aliran hawa nafsu (hedonisme), utilitarian, sekular dan gaya hidup liar. Mereka menyamar sebagai pakar runding dan wartawan untuk melakukan kegiatan perisikan dan manipulasi sumber. Mereka sangat licik, kejam dan tidak berhati perut.
Mereka menguasai organisasi induk antarabangsa pasca-Perang Dunia Kedua. Penulisan sejarah oleh pihak yang menang dilaksanakan menerusi pena dan papan kekunci para orientalis. Kawalan media tradisional dan baharu sudah lama mencengkam.
Terkini, majalah berpengaruh mereka telah cuba mengajar negara kita supaya akur terhadap saranan supaya berpegang kepada demokrasi per se, sekali gus menggugurkan sebarang hasrat ke arah jati diri (klik di sini). Sebagaimana dasar pecah dan perintah era penjajahan, mereka menjalankan jarum halus menerusi kumpulan pendesak yang boleh diperkuda. Persaingan pengaruh yang tajam memudahkan pelaksanaan rencana jahat mereka.
Pengalaman mereka yang panjang sebagai kaum penjajah yang pandai bermuka-muka kini bersambung dalam zaman dunia tanpa sempadan. Apabila terdapat petanda bahawa Asia akan muncul sebagai kuasa baharu ekonomi abad ke-21 (alaf tiga), mereka segera melancarkan serangan mata wang yang mengakibatkan banyak negara industri baharu (NIC's) akhirnya tersungkur dan terjelepuk di kaki mereka. Mereka tidak kisah hanya kerana digelar sebagai pembuli negara kerdil.
Sampai bilakah mereka berjaya memperdaya negara-negara kerdil yang turut bergelut dengan pelbagai kemelut tempatan yang tidak kunjung selesai? Penyakit mengkagumi Barat dalam kalangan pemimpin dan rakyat bekas negara jajahan dimanipulasi semahu-mahunya oleh mereka. Bahasa, cara berfikir, gaya hidup dan citra mereka masih hidup di negara bekas jajahan walaupun secara fizikal mereka telah kembali bersenang-lenang membawa balik kekayaan di sana.
...
...
...
Subscribe to:
Posts (Atom)