SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, May 15, 2014

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI GURU (FUNCTION WITHOUT SPEECH AND JARGONS)

TEKS PENGACARA
MAJLIS JAMUAN KHAS
SEMPENA HARI GURU SMI 2014



Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat sejahtera

Yang Berusaha Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh
Yang Dihormati Encik Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG dan ahli jawatankuasa beliau
Yang Dihormati Bro Matthews
Penolong-penolong kanan, guru kanan, guru dan hadirin yang dikasihi

Bersyukur kita justeru beroleh kesempatan untuk hadir dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah yang bermula tengah hari ini. Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran tetamu, tuan dan puan sekalian. Bagi memberkati perjalanan majlis, saya mempersilakan al-Fadil Ustaz Safwan untuk memimpin bacaan doa.

(Usai doa, Ustaz Safwan kembali mengambil tempat)

Jazakallahu khiran kathira, terima kasih Ustaz Safwan.

Majlis kita pada tengah hari ini dinamakan sebagai Jamuan Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Memandangkan tarikh 16 Mei jatuh pada hari Jumaat, maka Kelab Staf SMI telah memilih hari ini sekalian guru sesi paggi dan sesi petang dapat berkumpul bersama.

Tuan puan tidak perlu gusar justeru majlis kita semata-mata berkonsep santai bagi menghargai dan meraikan guru dan hadirin. Presiden Kelab Staf, Encik Peter Khiew telah memaklumkan bahawa tiada ucapan, tiada falsafah dan tiada huraian bombastik tentang tema sambutan. Semuanya disimpan untuk acara bersama murid pagi esok. Dalam majlis ini hanya ada acara penyampaian sijil kepujian dan penghargaan.

Sebagai makluman tuan puan, kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi, pengerusi PIBG telah merasmikan bilik selera guru dan staf. Ruang berkenaan menelan perbelanjaan naik taraf kira-kira RM20 ribu sumbangan PIBG. Majlis jamuan ini juga disumbangkan oleh pihak PIBG. Terima kasih daun keladi, PIBG yang baik budi.

Bagi memulakan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Peter Khiew Wai Mun untuk mengiringi pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh, Puan Loh Wei Seng untuk menyampaikan sijil kepada ahli jawatankuasa Ladap SMI. Dipersilakan.

:::::::::::::        Bacakan senarai       ::::::::::::

(Usai acara, ucapkan terima kasih)

Terima kasih Puan Loh, En. Peter.

(Tunggu sehingga pengetua mengambil tempat)




Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah iringan tunai kepada panitia mata pelajaran yang mencatat pencapaian cemerlang pada tahun 2013.

Dipersilakan Penolong Kanan SMI, Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim mengiringi Encik Joseph Michael Lee, pengerusi PIBG bagi menyempurnakan acara.

:::::::::::::       Baca senarai      :::::::::::::

Terima kasih En. Joseph, En. Ahmad.
(tunggu sehingga mengambil semula tempat duduk)

Sebelum hadirin menjamu selera, terlebih dahulu slot ringkas memotong kek sempena hari guru. Dipersilakan Puan Loh Wei Seng, En. Joseph Michael Lee, En. Peter Khiew dan penolong-penolong kanan.

(setelah tepuk tangan reda, ucapkan terima kasih)

Terima kasih.

(Tunggu sehingga semua kembali ke meja utama)

Sekarang tibalah masa yang ditunggu, iaitu menikmati hidangan makan tengah hari.

(jemput Ustaz membaca doa makan)

Sekian. Selamat menjamu selera.


15052014

Pelan B: jika jamuan dahulu, penyampaian sijil kemudian

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat sejahtera

Yang Berusaha Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh
Yang Dihormati Encik Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG dan ahli jawatankuasa beliau
Yang Dihormati Bro Matthews
Penolong-penolong kanan, guru kanan, guru dan hadirin yang dikasihi

Bersyukur kita justeru beroleh kesempatan untuk hadir dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah yang bermula tengah hari ini. Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran tetamu, tuan dan puan sekalian. Bagi memberkati perjalanan majlis, saya mempersilakan al-Fadil Ustaz Safwan untuk memimpin bacaan doa.

(Usai doa, Ustaz Safwan kembali mengambil tempat)

Jazakallahu khiran kathira, terima kasih Ustaz Safwan.

Majlis kita pada tengah hari ini dinamakan sebagai Jamuan Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Memandangkan tarikh 16 Mei jatuh pada hari Jumaat, maka Kelab Staf SMI telah memilih hari ini sekalian guru sesi paggi dan sesi petang dapat berkumpul bersama.

Tuan puan tidak perlu gusar justeru majlis kita semata-mata berkonsep santai bagi menghargai dan meraikan guru dan hadirin. Presiden Kelab Staf, Encik Peter Khiew telah memaklumkan bahawa tiada ucapan, tiada falsafah dan tiada huraian bombastik tentang tema sambutan. Semuanya disimpan untuk acara bersama murid pagi esok. Dalam majlis ini hanya ada acara penyampaian sijil kepujian dan penghargaan.

Sebagai makluman tuan puan, kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi, pengerusi PIBG telah merasmikan bilik selera guru dan staf. Ruang berkenaan menelan perbelanjaan naik taraf kira-kira RM20 ribu sumbangan PIBG. Majlis jamuan ini juga disumbangkan oleh pihak PIBG. Terima kasih daun keladi, PIBG yang baik budi.

Sebelum hadirin menjamu selera, terlebih dahulu slot ringkas memotong kek sempena hari guru. Dipersilakan Puan Loh Wei Seng, En. Joseph Michael Lee, En. Peter Khiew dan penolong-penolong kanan.

(setelah tepuk tangan reda, ucapkan terima kasih)

Terima kasih.

(Tunggu sehingga semua kembali ke meja utama)

Sekarang, majlis jamuan bermula. Sudi-sudikan menikmati hidangan yang disediakan.

(Lebih kurang 20 minit, tunggu isyarat untuk meneruskan acara)

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Hajjah Normah binti Karimin, Penolong Kanan Kokurikulum untuk mengiringi pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh, Puan Loh Wei Seng untuk menyampaikan sijil kepada ahli jawatankuasa Ladap SMI. Dipersilakan.

:::::::::::::        Bacakan senarai       ::::::::::::

(Usai acara, ucapkan terima kasih)

Terima kasih Puan Loh, Pn. Normah.

(Tunggu sehingga pengetua mengambil tempat)


Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah iringan tunai kepada panitia mata pelajaran yang mencatat pencapaian cemerlang pada tahun 2013.

Dipersilakan Pn. Loh Wei Seng mengiringi Encik Joseph Michael Lee, pengerusi PIBG bagi menyempurnakan acara.

:::::::::::::       Baca senarai      :::::::::::::

Terima kasih En. Joseph, Pn. Loh.
(tunggu sehingga mengambil semula tempat duduk)


Dengan ini, acara majlis berakhir di sini. Tuan puan masih boleh terus menikmati hidangan dan kek istimewa hari guru.


Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments: