Definisi
|
Tambahan ___________ sesuatu __________ akibat
p’__________ yang b’laku dlm _____________
ekonomi (tujuan:
m’elakⁿ ______________dua _______ dalam p’akaunan PN)
|
|||||||||
Contoh Jadual
|
|
|||||||||
Huraian
|
|
Wednesday, January 22, 2014
CONTOH HURAIAN NILAI TAMBAH BERDASARKAN JADUAL
...
...
...
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: NILAI TAMBAH è
KAEDAH KELUARAN (22012014)_________________________
Hasil Pembelajaran: M’tafsir sumbangan pelbagai
komponen perbelanjaan dan pelbagai sektor kepada PN
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
...
...
...
Tuesday, January 21, 2014
KAKITANGAN SEKOLAH PERLU PENDEDAHAN ETIKA PENDIDIKAN (PRIVILEGED POSITION FOR STUDENTS)
Semua guru terlatih memiliki pengetahuan yang mencukupi tentang etika keguruan dan asas undang-undang pendidikan. Sebagai penjawat awam, guru juga terikat dengan perintah am perkhidmatan, tatacara kewangan dan sejumlah pekeliling ikhtisas yang masih berkuat kuasa. Jika berlaku sebarang bentuk lencongan, guru harus bersedia menghadapi tindakan tatatertib yang bermula daripada teguran lisan, celaan, amaran bertulis dan seterusnya prosiding lembaga tatatertib.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Monday, January 20, 2014
MODUL PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA (NATIONAL INCOME ACCOUNTING)
Hasil Pembelajaran 1: Mentakrifkan pelbagai konsep keluaran negara dan pendapatan negara
Hasil Pembelajaran 2: Menggariskan / mengenal pasti tiga kaedah penghitungan pendapatan negara
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KONSEP PENDAPATAN NEGARA (20012014)
_________________________________
Konsep
|
Definisi
|
Rumus
|
1 Pendapatan Negara
|
___________ b/p yang dihasilⁿ õ
sesebuah _________
pada _________ tertentu
|
Pendapatan = Perbelanjaan =
Keluaran
|
2 Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK)
|
__________ b/p yang dikelⁿ õ semua __________ pgⁿ
________sesebuah __________,
sama ada ________
itu milik ___________ @
__________
|
|
3 Keluaran Negara Kasar
(KNK)
|
__________ b/p yang dikelⁿ õ semua __________ pgⁿ
________sesebuah __________,
sama ada pgⁿ berlaku
di _______ ________ @ di _______ ________
|
KNK =
|
4 Keluaran Negara Bersih
(KNB)
|
Keluaran Negara setelah ditolak
_______ _________
|
KNB = _______ - SN
|
5 Harga Pasaran (hp)
|
Harga barang _______ /
p’khidmatan yang dibayar õ
_____________ di ___________
|
hp =
|
6 Kos Faktor (kf)
|
Harga barang _______ /
p’khidmatan yang dibayar kpd
_________ pgⁿ
(harga di kilang)
|
kf =
|
7 Keluaran Negara
Nominal
|
dihitung b’dasarⁿ harga
t______ a_______ @ t_______
|
KNK benar t =
|
8 Keluaran Negara Benar
|
dihitung b’dasarⁿ harga
t_________ s__________
|
|
9 Pendapatan Per
Kapita
|
Pendapatan ___________ _____________ sesebuah
__________ pada __________
t’tentu
|
Ypc =
|
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
Hasil Pembelajaran 2: Menggariskan / mengenal pasti tiga kaedah penghitungan pendapatan negara
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA (21012014)_________________________
-
M’sia m’gunaⁿ kaedah ________________ dan kaedah _______________
-
Kaedah pendapatan digunakan di _________________ ______________
KAEDAH
PENGHITUNGAN
|
|||||
Perbelanjaan
= C + I + G + Xn (nilai akhir)
|
|
Keluaran
(nilai tambah, sektoral)
|
|
Pendapatan
(W,R, r, ᴫ)
|
|
Perbelanjaan Penggunaan
Awam
Swasta
|
Pertanian
|
Upah dan gaji
|
|||
Perlombongan dan kuari
|
Sewa
|
||||
Pembuatan
|
Bunga bersih
|
||||
Pembentukan modal tetap kasar
|
Pembinaan
|
Untung
|
|||
Awam
Swasta
|
Perkhidmatan
Utiliti (elektrik, gas, air)
Perdagangan borong dan runcit
Penginapan dan restoran
Pengangkutan dan penyimpanan
Komunikasi
Kewangan dan insurans
Hartanah dan khidmat p’niagaan
Perkhidmatan lain
Perkhidmatan kerajaan
|
Pendapatan Perusahaan
Persendirian
|
|||
Perubahan dalam stok
|
|||||
Eksport bersih
Eksport b/p
|
KNB kf
|
||||
|
|||||
Import b/p
|
|||||
KDNK hp
|
|||||
PFbLN
|
|||||
KNK hp
|
|||||
|
|||||
Tolak: Bayaran khidmat
bank
|
|||||
Tambah: Cukai import
|
|||||
KDNK hp
|
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
Sunday, January 19, 2014
KERJAYA PALING LUMAYAN DI MALAYSIA (FARMACIST GOT THE HIGHEST PAY)
Dapatan kaji selidik portal Jobstreet.com (klik di sini) mendapati bahawa industri berasaskan sains dan teknologi menawarkan gaji yang tertinggi kepada siswazah yang baru menamatkan pengajian. Pemilik sarjana muda sains farmasi menduduki tempat pertama dengan gaji permulaan setinggi RM3,640. Namun, doktor berstatus pengamal am (general practitioner) didapati paling cepat mendaki jumlah gaji tertinggi dalam tempoh tiga atau empat tahun.
Data diperoleh menerusi gaji yang disenaraikan oleh majikan dalam portal berkenaan untuk permohonan kerja secara atas talian. Tempoh kajian ialah antara 1 Januari 2013 hingga 31 Ogos 2013. Gaji yang dimaksudkan merujuk gaji pokok, iaitu belum mengambil kira elaun dan faedah sampingan yang lain.
sumber ambilan grafik: klik di sini
...
...
...
...
...
...
Saturday, January 18, 2014
ADAB BERBEZA PENDAPAT (GOOD ARGUMENTS)
Bacaan suhu perang saraf yang dicetuskan oleh ahli politik dan media memang sentiasa tinggi. Namun, hayat sesuatu isu yang bersifat sensasi biasanya agak pendek dan segera sejuk. Sebagai contoh, isu bughah dan kangkung hanya bertahan kira-kira seminggu tiap-tiap satunya.
Manipulasi sesuatu isu berlaku kerana terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan pengaruh diri sendiri dan dalam masa yang sama cuba melemahkan pengaruh pesaing. Isu yang dimanipulasikan tidak semestinya bersifat fundamental, sebaliknya perkara remeh-temeh. Serangan dilancarkan secara bertubi-tubi supaya pihak yang diserang tidak sempat bersedia.
Imej yang rosak sangat sukar untuk dipulihkan semula sebagaimana asal. Demikianlah hakikat permainan tanggapan (perception game) dalam dunia siasah dan juga perniagaan. Pihak yang terkena manipulasi tidak akan berdiam diri sahaja, malah hanya berundur sementara mengatur strategi dan tindak balas yang tepat.
Perang saraf konvensional dilakukan menerusi media tradisional yang sinonim dengan jolokan kuasa keempat (the fourth estate). Pemilik dan wartawan media cetak dan tradisional memang terlatih dalam penyiaran dan penulisan berita. Maksim bahawa 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang' memang benar dalam konteks yang berkenaan.
Namun, sejak Ronald Reegan memperluas penggunaan internet dan sistem perayauan kedudukan global (GPRS, kini GPS sahaja) daripada eksklusif untuk perisikan tentera kepada orang awam, dunia sudah berubah kepada jenama kampung sejagat atau dunia tanpa sempadan. Maklumat berlegar secara masa sebenar ke segenap penjuru alam. Kelebihan media tradisional untuk melakukan spin sudah terlucut!
Walaupun penyamaran dan penipuan identiti penghantar mesej secara atas talian berlaku, kemajuan teknologi forensik komunikasi tetap berjaya mengesan kedudukan penghantar mesej atau penggodam komputer menerusi data protokol pelayan internet (nombor siri ISP dan alamat URL). Buktinya, banyak penyangak siber berjaya diberkas, termasuk suspek muat turun hak cipta karya muzik dan seni filem. Pemasangan kamera litar tertutup di kawasan strategik bandar juga menyebabkan penyamar sukar untuk terlepas meskipun menghantar mesej daripada premis kafe siber.
Organisasi politik dan perniagaan yang berpengaruh mempunyai ketumbukan soldadu siber yang dilatih khas bagi memenangi tanggapan awam. Kumpulan berkenaan dikenali sebagai cybertrooper yang dibayar upah mengikut kepakaran dan persetujuan yang termeterai. Pertimbangan utama dalam peperangan maya bukanlah kebenaran atau kepalsuan, tetapi senjata ampuh perang saraf maya.
Kebanyakan negara berjaya menyekat anasir subversif daripada memasuki lebuh raya maklumat maya di negara masing-masing dengan penggunaan teknologi yang tertentu. Namun, penggunaan kod mesej yang licik tidak mungkin dapat dikawal dengan mudah. Maka, kesedaran dan keprihatinan pengguna internet memang perlu dipupuk dan disemai dengan berkesan supaya anasir jahat itu tidak mudah melebarkan pengaruh.
Perbezaan pendapat sentiasa akan berlaku akibat akses ilmu pengetahuan, kepercayaan dan perspektif pandangan alam (world view, weltanschauung, paradigma, school of thought, tasawwur) yang pelbagai. Maka, kebijaksanaan, saling memahami dan tolak ansur menjadi benteng yang paling kukuh bagi menjaga hubungan baik dan kerukunan komunikasi. Dalam kata lain, adab dalam perbezaan pendapat hendaklah berfungsi sebagai pegangan dan rujukan dalam kalangan orang budiman.
Perbincangan tentang adab berbeza pendapat baharu sahaja hendak bermula. Kita telah membuat suatu analisis kritikal tentang dimensi terkini penyampaian idea yang berbeza merentas ruang dan waktu. Insya-Allah, dalam kesempatan (posting) yang akan datang, kita bisa membuat perincian yang khusus tentang adab yang dimaksudkan itu ...
Friday, January 17, 2014
KEMENJADIAN MURID TUMPUAN SK SERI AMPANG (CREATIVITY OF PRIMARY SCHOOL LEADERSHIP)
Ketika menikmati sarapan pagi di sebuah restoran terbuka berhampiran pekan Tambun, kelihatan kelibat Yang Mulia Raja Zainal Abidin (RAZ), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh (SKSA) bersama isteri dan anak. Beliau memang sentiasa ceria dan peramah, tetapi dalam masa yang yang sama ligat memikirkan pelbagai idea untuk dikongsikan dengan orang-orang yang berminat dengan pembaharuan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pemilik ijazah sarjana muda pendidikan sains fizik itu pernah menabur bakti di Sarawak selama beberapa tahun dengan konsep pembelajaran yang dipupuk daripada kemahuan murid sendiri.
Peralihan tugas daripada guru mata pelajaran jurusan sains sekolah menengah kepada pentadbir sekolah rendah tidak menyebabkan RAZ berasa turun taraf. Sebaliknya, RAZ terus membawa idea-idea pembaharuan, terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang juga menjadi bidang kepakaran beliau. Buktinya, RAZ pernah menerima anugerah peringkat kebangsaan dan hadiah lawatan ke Australia dan New Zealand atas kejayaan projek TMK yang dimanfaatkan oleh warga pendidikan.
RAZ banyak sekali membaca buku falsafah pendidikan dan sains untuk dikongsikan dengan warga sekolah. Dalam ucapan perhimpunan mingguan sekolah, beliau berusaha menerapkan pemikiran aras tinggi kepada murid yang masih dalam usia awal kanak-kanak, tetapi sudah pasti dengan bahasa yang mudah difahami. Beliau menyedari murid mungkin terpinga-pinga sedikit, tetapi satu dua perkataan hebat yang melekat dalam minda mereka sudah cukup untuk memberi dorongan yang bersifat jangka panjang untuk mencipta kecemerlangan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.
RAZ tidak lokek untuk berkongsi ilmu walaupun tidak mendapat kredit yang selayaknya daripada pihak yang meminta tolong. Misalnya, projek e-record book yang beliau mulakan di SKSA telah diubah suai oleh beberapa buah sekolah lain. Dengan ubah suai yang minimum, ada orang yang sanggup mengaku laman yang berkenaan sebagai reka bentuk sendiri.
RAZ juga berpegang kepada prinsip iklim sekolah dan persekitaran pembelajaran yang bersifat terbuka. Beliau memberi penegasan kepada seluruh warga sekolah tentang pencapaian kecemerlangan, tetapi dalam masa yang sama memberi kepercayaan kepada mereka tanpa kawalan atau kongkongan yang merimaskan. Dengan itu, guru dan murid memiliki kesempatan yang optimum untuk menzahirkan kreativiti ke arah itu.
...
...
...
...
...
Thursday, January 16, 2014
BERAPA PANJANGKAH JAWAPAN KERTAS BM2 SPM? (FIXING ASSIGNMENT ACCORDINGLY)
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan sering bertanya soalan di atas. Mereka kelihatan cukup risau dengan jumlah perkataan yang perlu ditulis bagi menjawab setiap soalan. Maka, sebahagian calon SPM memilih jalan selamat dengan menulis jawapan yang berjela-jela sehingga mungkin mengundang risiko tidak sempat menyiapkan semua tugasan soalan.
Tidak seperti kertas 1 yang menetapkan minimum jumlah perkataan yang perlu ditulis dalam karangan tertutup dan terbuka, kecuali soalan rumusan, semua tugasan lain tidak mencatat sebarang arahan yang berkenaan. Maka, calon sepatutnya merancang penulisan jawapan berasaskan peruntukan markah dan anggaran peruntukan waktu menjawab dengan mengambil kira aras kesukaran soalan. Peruntukan masa yang tepat adalah sangat mustahak supaya calon mempunyai baki masa untuk membuat pembetulan, penambahbaikan dan semakan.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Wednesday, January 15, 2014
MODUL PETUNJUK MAKROEKONOMI (MEASURE PERFORMANCE)
Pengenalan:
Pencapaian matlamat pelaksanaan dasar makroekonomi dapat diukur menerusi lapan petunjuk yang utama. Empat petunjuk diukur berdasarkan hitungan kadar (peratusan dan perbandingan), dua rekod akaun, satu nilai nominal dan satu kitaran. Bagi memudahkan penggunaan petunjuk, jadual di bawah mungkin dapat membantu ...
Matlamat pelaksanaan dasar makroekonomi ialah bagi mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi (2-3%), tanpa pengangguran (< 4,5 %), serta dengan imbangan pembayaran yang positif. Keempat-empat komponen matlamat berkenaan juga dikenali sebagi isu makroekonomi. Maka, langkah menangani isu makroekonomi ialah bagi mencapai matlamat dasar yang dilaksanakan.
Terdapat dua dasar makroekonomi yang menggambarkan langkah campur tangan kerajaan bagi mempengaruhi tingkat aktiviti ekonomi. Dasar fiskal ialah langkah campur tangan kerajaan (secara tidak langsung) bagi mempengaruhi tingkat aktiviti ekonomi dengan mengubah-ubah cukai dan perbelanjaan kerajaan. Dasar kewangan pula ialah langkah campur tangan kerajaan (secara langsung) bagi mempengaruhi tingkat aktiviti ekonomi dengan mengubah-ubah bekalan wang dan kadar bunga.
Pencapaian matlamat pelaksanaan dasar makroekonomi dapat diukur menerusi lapan petunjuk yang utama. Empat petunjuk diukur berdasarkan hitungan kadar (peratusan dan perbandingan), dua rekod akaun, satu nilai nominal dan satu kitaran. Bagi memudahkan penggunaan petunjuk, jadual di bawah mungkin dapat membantu ...
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: PETUNJUK MAKROEKONOMI (16012014) ____________
Petunjuk
|
Definisi
|
Rumus
|
1 Kadar Pertumbuhan
|
%↑
KNK benar pada tahun tertentu (t)
berbanding tahun sebelumnya (t-1)
|
|
2 Kadar Inflasi
|
%↑ tingkat harga umum pada tahun tertentu (t) berbanding tahun sebelumnya (t-1)
|
|
3 Kadar Pengangguran
|
% tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan
ekonomi pada tahun tertentu (t) berbanding tahun sebelumnya (t-1)
|
|
4 Keluaran Negara Kasar
|
Nilai b/p dikeluarⁿ õ faktor pgⁿ milik sesebuah negara,
sama ada berlaku di dalam, luar
negara
|
|
5 Akaun Dagangan
|
Rekod urus niaga X, M barang (nampak)
|
|
6 Akaun Semasa
|
Rekod urus niaga X,M b/p, Y, pindahan semasa
|
|
7 Kadar Bunga
|
% bayaran firma kepada institusi kewangan (IK) utk I
|
|
8 Kitaran Perniagaan
(ayunan KNK)
|
Keadaan ekonomi melambung, meleset menerusi beza
KNK potensi dengan KNK sebenar
|
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
Tuesday, January 14, 2014
KUIZ MAKROEKONOMI PRAUNIVERSITI STPM BAB PENGENALAN (BASIC CONCEPTS AND MODELS)
SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KUIZ MAKROEKONOMI PENGENALAN (15012014)
__________________________
1) Apakah perbezaan antara aliran fizikal dengan
aliran wang dalam model pusingan aliran pendapatan? (2 markah)
2) Namakan empat
pelaku ekonomi yang terlibat dalam kegiatan ekonomi secara keseluruhan. (2
markah)
3) Nyatakan
empat isu makroekonomi. (2 markah)
4) Senaraikan tiga dasar sebelah permintaan.
(2 markah)
5) Bezakan dasar fiskal dengan dasar
kewangan. (4 markah)
6) Berikan tiga
jenis cukai yang diturunkan dalam dasar sebelah penawaran. (2 markah)
7) Kemukakan tiga bentuk galakan dalam pelaksanaan dasar sebelah penawaran. (2 markah)
8) Senaraikan lapan petunjuk makroekonomi.
(4 markah)
Tugasan bawa balik ke rumah:
1) Jelaskan aktiviti pelaku ekonomi dalam
kegiatan ekonomi secara keseluruhan.
(10 markah)
2) a.
Apakah maksud inflasi? (2 markah)
b.
Mengapakah inflasi perlu ditangani?
(4 markah)
c. Bagaimanakah dasar fiskal dapat menangani masalah inflasi? (4 markah)
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
Monday, January 13, 2014
KEPUTUSAN PERMOHONAN MRSM ESOK, KEPUTUSAN MUET KHAMIS (AWAKENING FOR THE REAL TREASURE HUNT)
Debaran sejumlah 23,683 orang pemohon untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan lepasan UPSR 2013 dan keluarga mereka bakal terjawab esok. Jumlah tempat yang ditawarkan ialah sebanyak 7,132 atau 30.11 peratus peluang untuk berjaya. Bagi kemasukan tingkatan empat dalam kalangan calon PMR 2013, sebanyak 2,355 tempat akan ditawarkan, iaitu bersamaan dengan 17.60 peratus peluang untuk berjaya.
Keputusan permohonan boleh disemak menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (Mara) (klik di sini) mulai esok bagi tingkatan satu dan mulai 29 Januari bagi pemohon tingkatan tiga. Tarikh pendaftran pelajar tingkatan satu MRSM ditetapkan pada hari Isnin, 3 Februari 2014. Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pendidikan Menengah Mara di talian 03-2163 4550 atau 03-2163 4513 (sumber berita: Kosmo! 14 Januari 2014 ms 14).
Dalam perkembangan berasingan, semua 45 buah MRSM bakal melaksanakan program dwisijil, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) mulai tahun 2016. Murid MRSM akan mula menerima pendedahan mata pelajaran sains tulen seperti fizik, kimia, biologi,serta matematik tambahan sejak tingkatan satu. Semasa tingkatan dua, pencapaian murid akan ditaksir menerusi instrumen yang dinamakan sebagai check point.
Calon IGCSE akan menduduki peperiksaan yang berkenaan semasa tingkatan empat. Program IGCSE merupakan usaha penambahbaikan pakej pembelajaran MRSM bagi menarik murid terbaik di Malaysia selain program 'mini tahfiz' (hafaz juzuk 'Amma dan surah Yasin) sebagai syarat graduasi mereka. Kejayaan beberapa buah MRSM Ulul Albab pula bakal dicontohi oleh sekolah bantuan penuh kerajaan, termasuk sekolah berasrama penuh (SBP).
MRSM mahu mengembalikan era kegemilangan dengan pencapaian terbaik peperiksaan awam yang kini diambil alih oleh SBP premier seperti Sekolah Seri Puteri, Sekolah Tun Fatimah, MCKK dan Star. Pada amnya, calon berpencapaian teratas UPSR akan dicalonkan tempat ke SBP terlebih dahulu. Namun, hakikatnya, pencapaian calon UPSR semua A boleh dikatakan sebagai setara.
Buktinya, sejumlah 3,714 orang calon daripada 6,018 (61.71 peratus) murid MRSM yang menduduki PMR tahun 2013 mencatat pencapaian semua A (klik di sini). Walaupun bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, MRSM tertakluk kepada akta, dasar dan sistem pendidikan kebangsaan seperti sekolah bantuan kerajaan. Misalnya, sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dilaksanakan sepenuhnya.
Memandangkan MRSM melaksanakan sistem pembelajaran dwisijil, aspek kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kesukarelaan dan keupayaan interpersonal sentiasa diberi perhatian. Tatacara protokol dan komunikasi, misalnya adab di meja makan juga didedahkan kepada semua murid MRSM. Maka, mereka tidak akan kekok berada dalam mana-mana majlis rasmi.
Memandangkan MRSM melaksanakan sistem pembelajaran dwisijil, aspek kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kesukarelaan dan keupayaan interpersonal sentiasa diberi perhatian. Tatacara protokol dan komunikasi, misalnya adab di meja makan juga didedahkan kepada semua murid MRSM. Maka, mereka tidak akan kekok berada dalam mana-mana majlis rasmi.
Keputusan Muet
Bernama (klik di sini) melaporkan bahawa slip rasmi keputusan Muet boleh diambil di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai pukul sepuluh pagi, 16 Januari ini. Calon yang tidak sanggup menunggu lebih lama boleh menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mulai pukul 12.01 tengah malam (Rabu malam Khamis). Caranya: Taip MUETRESULT nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
Bernama (klik di sini) melaporkan bahawa slip rasmi keputusan Muet boleh diambil di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai pukul sepuluh pagi, 16 Januari ini. Calon yang tidak sanggup menunggu lebih lama boleh menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mulai pukul 12.01 tengah malam (Rabu malam Khamis). Caranya: Taip MUETRESULT
Selain itu, calon boleh melayari portal rasmi MPM (klik di sini) mulai pukul 9.00 pagi hari Khamis, 15 Januari 2014. Tempoh laku keputusan Muet ialah tiga tahun. Calon hendaklah mencapai minimum Band 3 sebagai syarat pengijazahan di universiti.
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Muet boleh memohon semakan semula dengan bayaran RM70. Proses berkenaan boleh dilakukan menerusi portal rasmi MPM seperti yang dinyatakan sebelum ini. Urusan bayaran perlu dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) ...
Subscribe to:
Posts (Atom)