SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 17, 2014

KEMENJADIAN MURID TUMPUAN SK SERI AMPANG (CREATIVITY OF PRIMARY SCHOOL LEADERSHIP)

Ketika menikmati sarapan pagi di sebuah restoran terbuka berhampiran pekan Tambun, kelihatan kelibat Yang Mulia Raja Zainal Abidin (RAZ), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh (SKSA) bersama isteri dan anak. Beliau memang sentiasa ceria dan peramah, tetapi dalam masa yang yang sama ligat memikirkan pelbagai idea untuk dikongsikan dengan orang-orang yang berminat dengan pembaharuan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pemilik ijazah sarjana muda pendidikan sains fizik itu pernah menabur bakti di Sarawak selama beberapa tahun dengan konsep pembelajaran yang dipupuk daripada kemahuan murid sendiri.

Peralihan tugas daripada guru mata pelajaran jurusan sains sekolah menengah kepada pentadbir sekolah rendah tidak menyebabkan RAZ berasa turun taraf. Sebaliknya, RAZ terus membawa idea-idea pembaharuan, terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang juga menjadi bidang kepakaran beliau. Buktinya, RAZ pernah menerima anugerah peringkat kebangsaan dan hadiah lawatan ke Australia dan New Zealand  atas kejayaan projek TMK yang dimanfaatkan oleh warga pendidikan.

RAZ banyak sekali membaca buku falsafah pendidikan dan sains untuk dikongsikan dengan warga sekolah. Dalam ucapan perhimpunan mingguan sekolah, beliau berusaha menerapkan pemikiran aras tinggi kepada murid yang masih dalam usia awal kanak-kanak, tetapi sudah pasti dengan bahasa yang mudah difahami. Beliau menyedari murid mungkin terpinga-pinga sedikit, tetapi satu dua perkataan hebat yang melekat dalam minda mereka sudah cukup untuk memberi dorongan yang bersifat jangka panjang untuk mencipta kecemerlangan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.

RAZ tidak lokek untuk berkongsi ilmu walaupun tidak mendapat kredit yang selayaknya daripada pihak yang meminta tolong. Misalnya, projek e-record book yang beliau mulakan di SKSA telah diubah suai oleh beberapa buah sekolah lain. Dengan ubah suai yang minimum, ada orang yang sanggup mengaku laman yang berkenaan sebagai reka bentuk sendiri.

RAZ juga berpegang kepada prinsip iklim sekolah dan persekitaran pembelajaran yang bersifat terbuka. Beliau memberi penegasan kepada seluruh warga sekolah tentang pencapaian kecemerlangan, tetapi dalam masa yang sama memberi kepercayaan kepada mereka tanpa kawalan atau kongkongan yang merimaskan. Dengan itu, guru dan murid memiliki kesempatan yang optimum untuk menzahirkan kreativiti ke arah itu.

...

...

...

...

...

No comments: