SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 13, 2014

KEPUTUSAN PERMOHONAN MRSM ESOK, KEPUTUSAN MUET KHAMIS (AWAKENING FOR THE REAL TREASURE HUNT)

Debaran sejumlah 23,683 orang pemohon untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan lepasan UPSR 2013 dan keluarga mereka bakal terjawab esok. Jumlah tempat yang ditawarkan ialah sebanyak 7,132 atau 30.11 peratus peluang untuk berjaya. Bagi kemasukan tingkatan empat dalam kalangan calon PMR 2013, sebanyak 2,355 tempat akan ditawarkan, iaitu bersamaan dengan 17.60 peratus peluang untuk berjaya. 

Keputusan permohonan boleh disemak menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (Mara) (klik di sini) mulai esok bagi tingkatan satu dan mulai 29 Januari bagi pemohon tingkatan tiga. Tarikh pendaftran pelajar tingkatan satu MRSM ditetapkan pada hari Isnin, 3 Februari 2014. Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pendidikan Menengah Mara di talian 03-2163 4550 atau 03-2163 4513 (sumber berita: Kosmo! 14 Januari 2014 ms 14). 

Dalam perkembangan berasingan, semua 45 buah MRSM bakal melaksanakan program dwisijil, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) mulai tahun 2016. Murid MRSM akan mula menerima pendedahan mata pelajaran sains tulen seperti fizik, kimia, biologi,serta matematik tambahan sejak tingkatan satu. Semasa tingkatan dua, pencapaian murid akan ditaksir menerusi instrumen yang dinamakan sebagai check point

Calon IGCSE akan menduduki peperiksaan yang berkenaan semasa tingkatan empat. Program IGCSE merupakan usaha penambahbaikan pakej pembelajaran MRSM bagi menarik murid terbaik di Malaysia selain program 'mini tahfiz' (hafaz juzuk 'Amma dan surah Yasin) sebagai syarat graduasi mereka. Kejayaan beberapa buah MRSM Ulul Albab pula bakal dicontohi oleh sekolah bantuan penuh kerajaan, termasuk sekolah berasrama penuh (SBP). 

MRSM mahu mengembalikan era kegemilangan dengan pencapaian terbaik peperiksaan awam yang kini diambil alih oleh SBP premier seperti Sekolah Seri Puteri, Sekolah Tun Fatimah, MCKK dan Star. Pada amnya, calon berpencapaian teratas UPSR akan dicalonkan tempat ke SBP terlebih dahulu. Namun, hakikatnya, pencapaian calon UPSR semua A boleh dikatakan sebagai setara.

Buktinya, sejumlah 3,714 orang calon daripada 6,018 (61.71 peratus) murid MRSM yang menduduki PMR tahun 2013 mencatat pencapaian semua A (klik di sini). Walaupun bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, MRSM tertakluk kepada akta, dasar dan sistem pendidikan kebangsaan seperti sekolah bantuan kerajaan. Misalnya, sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dilaksanakan sepenuhnya.

Memandangkan MRSM melaksanakan sistem pembelajaran dwisijil, aspek kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kesukarelaan dan keupayaan interpersonal sentiasa diberi perhatian. Tatacara protokol dan komunikasi, misalnya adab di meja makan juga didedahkan kepada semua murid MRSM. Maka, mereka tidak akan kekok berada dalam mana-mana majlis rasmi.

Keputusan Muet
Bernama (klik di sini) melaporkan bahawa slip rasmi keputusan Muet boleh diambil di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai pukul sepuluh pagi, 16 Januari ini. Calon yang tidak sanggup menunggu lebih lama boleh menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mulai pukul 12.01 tengah malam (Rabu malam Khamis). Caranya: Taip MUETRESULT  nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Selain itu, calon boleh melayari portal rasmi MPM (klik di sini) mulai pukul 9.00 pagi hari Khamis, 15 Januari 2014. Tempoh laku keputusan Muet ialah tiga tahun. Calon hendaklah mencapai minimum Band 3 sebagai syarat pengijazahan di universiti.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Muet boleh memohon semakan semula dengan bayaran RM70. Proses berkenaan boleh dilakukan menerusi portal rasmi MPM seperti yang dinyatakan sebelum ini. Urusan bayaran perlu dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) ...

No comments: