SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, November 21, 2015

KISAH MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN (HERITAGE BUILDING AS A TOURIST ATTRACTION)

Walaupun pernah tinggal dan bersekolah di bandar Teluk Anson (kini Teluk Intan) sepuluh tahun lamanya, hanya tengah tadi masuk ke dalam bangunan ikonik di situ. Orang Teluk Intan bagaikan tidak ambil kisah akan kehadiran menara unik di tengah bandar itu. Mereka melintas setiap hari di hadapan menara jam condong tanpa berasa teruja, malah sama seperti melihat sepohon kayu biasa.

Namun, perkembangan segmen pelancongan sejarah telah membawa tuah kepada bandar Teluk Intan. Menara jam condong yang sekian lama terbiar sepi tanpa sesiapa pun yang sudi memandangnya tiba-tiba menjadi taruhan daya tarikan pelancong hingga ke peringkat antarabangsa. Sebaik menikmati status sebagai bangunan warisan sejarah, proses baik pulih, naik taraf dan pemuliharaan segera dilaksanakan.
Sebuah dataran yang luas dibina di kawasan sekitar menara dengan kemudahan tempat meletak kenderaan dan medan selera. Disebabkan Teluk Intan tiada bangunan pencakar langit, maka dari kejauhan lagi menara jam condong sudah menggamit kedatangan pengunjung. Maka, label tanda arah bukan suatu keperluan yang mendesak.

Benarkah menara jam condong Teluk Intan setanding dengan menara condong Pisa di Itali? Demi tujuan promosi, hal itu bukan suatu kesalahan. Bahkan, andai tidak keterlaluan, menara jam condong Teluk Intan boleh dijadikan kembar menara Pisa!
Bergambar di bahagian luar menara sahaja sudah menghadirkan kepuasan yang tidak terhingga kepada pengunjung. Sudah tentu lebih berbaloi kalau dapat beraksi secara selfie di dalam menara. Setakat ini tiada bayaran dikenakan untuk memasuki bahagian dalam bangunan. Pengunjung hanya dikehendaki mencatatkan nama di lembaran buku pelawat tanpa oerlu pengesahan dokumen pengenalan diri.

Bagi mereka yang gayat (microphobia) cukup sekadar meninjau di aras bumi.

...

...

No comments: