SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, November 26, 2015

NAMA P. RAMLEE TERUS DIABADIKAN (REBRANDING OF A CREATIVE HIGHER LEARNING INSTITUTION)

Memang benar bahawa Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, seniman tersohor negara sepanjang zaman tidak bebas daripada khilaf, tetapi biarlah sumbangan berharga beliau yang dikenang. Walaupun sudah lebih empat dekad P. Ramlee kembali ke rahmatullah, karya beliau masih digemari dan juga diangkat sebagai subjek penyelidikan ilmiah. Banyak kata bual P. Ramlee menjadi ayat iklan dan promosi, di samping sebagai tag line korporat.

Semasa di kampus UKM dahulu, seorang pelajar pengajian Islam yang kini bergelar dato' sanggup membawa peti televisyen mini hitam putih semata-mata untuk menunggu tayangan filem klasik P. Ramlee. Hingga kini ustaz berkenaan masih gemar mengajuk sebutan 'fenin' sebagai slanga kepada perkataan pening yang digunakan oleh P. Ramlee. Pengaruh P. Ramlee masih bersinambungan dalam kalangan generasi muda.

Selain anugerah kebesaran negara menerusi gelaran Tan Sri dan ijazah kehormat doktor falsafah Universiti Malaya, setelah ketiadaannya, membuktikan bahawa P. Ramlee bukan sekadar tokoh seni yang ulung, malah sebagai ikon dan institusi yang unggul sepanjang zaman. Tanpa maksud memuja, P. Ramlee memang layak dilimpahi pelbagai penghormatan kerana karya beliau terlihat sebagai cerminan zaman, serta didapati sebahagiannya berciri futuristik.

Riwayat kehidupan P. Ramlee berakhir dengan episod duka kerana pada penghujung dekad 1960-an dan 1070-an, irama pop yeh-yeh dan budaya hippies telah menenggelamkan genre pop klasik dan filem hitam putih. Ketiadaan hak paten menyebabkan karya beliau tidak menerima sebarang bayaran royalti hak cipta. P. Ramlee terpaksa memenuhi jemputan persembahan pentas di pedalaman, termasuk pekan kecil Chenderong Balai dengan jumlah kehadiran penonton yang amat menyedihkan.

Dalam usia awal 40-an, P. Ramlee benar-benar kesempitan dan menderita sebagaimana watak Kasim Selamat dalam filem 'Ibu Mertuaku'. Kebajikan beliau diabaikan oleh tauke filem yang berpangkalan di Hong Kong, bagaikan habis madu sepah dibuang. Beliau memejamkan mata dalam keadaan serba-serbi daif, khususnya dari segi kewangan

Kini, bayaran royalti karya P. Ramlee bernilai jutaan RM tidak diketahui statusnya. Rumah warisan beliau di Pulau Pinang dan memorial seni di ibu kota juga senyap sunyi sahaja. Maka, keputusan memasyhurkan Akademi Seni dan Warisan (Aswara) sebagai Universiti P. Ramlee suatu pengiktirafan tertinggi yang tepat. Nama P. Ramlee bukan sahaja diabadikan di sebuah menara gading, bahkan segala kebaikan beliau akan didoakan oleh generasi demi generasi.

Supaya ruh P. Ramlee bersemadi dengan tenang tenteram di sana, Aswara hendaklah mengambil teladan terbaik sahaja. Segala kekurangan seniman tersohor itu hendaklah ditutup walaupun atas nama keseimbangan ilmu. Adab terhadap insan hebat yang telah pergi perlu dijaga dengan suci hati.

Aswara boleh mewujudkan kerusi kehormat kajian khusus karya P. Ramlee dengan melantik profesor disiplin kreatif terbaik di dunia. Tumpuan penyelidikan bukanlah terhadap P. Ramlee secara individu, sebaliknya terhadap hasil kerja seni beliau yang bermanfaat. Konsep 'tugu' seharusnya bersifat begitu ...

No comments: