SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, November 3, 2015

MENANGANI PELAJAR BERTINGKAH LAKU MELENCONG (CREATING SENSE OF COMMUNITY IN LEARNING)

Pelaksanaan dan penyampaian kurikulum secara tuntas di bilik darjah sering sahaja berhadapan dengan cabaran tingkah laku pelajar yang perlu diurus sebaik mungkin. Bilik darjah umpama dunia kecil yang menghimpunkan pelbagai masyarakat dengan segala kerencaman pembawaan dan strata sosial yang dipengaruhi pula oleh unsur genetik, persekitaran dan latar belakang sosioekonomi pelajar. Guru sebagai ahli ikhtisas yang sudah dilengkapkan dengan sejumlah ilmu dan kemahiran pendidikan diharapkan berupaya melakukan transformasi modal insan ke arah asertif, berdikari, holistik, seimbang, berketrampilan dan produktif.

Ciri fizikal pelajar yang bersaiz besar dan tinggi, serta pendedahan maklumat masa sebenar di hujung jari meletakkan guru pada kedudukan sentiasa berjaga-jaga justeru pelbagai perkara di luar jangkaan bisa terjadi. Ibu bapa pelajar yang memiliki akses pendidikan tinggi, serta menikmati pendapatan tinggi juga kena diambil kira dalam proses membuat keputusan di sekolah. Tekanan dari segi kesegeraan kerja oleh pihak atasan sama ada di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan kementerian bererti para guru wajib kuat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial sebagaimana ringkasan Jeris yang terungkap dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

... klik di sini.

...

...

...

...

...

...

...

No comments: