SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, April 25, 2016

SURAU AL-HIDAYAH IPOH LANTIK KEPIMPINAN BAHARU (CONTRIBUTION TOWARD NEIGHBOURHOOD ORGANISATION)

Dr. Mohamad bin Awaludin, pemilik beberapa buah klinik terkemuka di Ipoh dan Kuala Kangsar telah dipilih sebagai pengerusi Surau al-Hidayah, Taman Desa Indah yang turut merangkumi Taman Ipoh Jaya Timur 2 dan sebahagian Taman Rapat Setia Baru bagi sesi 2016-2017. Jemaah surau ternyata berpuas hati terhadap kecemerlangan kepimpinan beliau dalam jawatankuasa pembangunan surau. Mantan pengerusi, Ustaz Zulkifli Ahmad pula dilantik sebagai penasihat.

Haji Shafie, pengurus Lembaga Air Perak (daerah Taiping) yang berkelulusan kejuruteraan awam (UiTM dan Melbourne) kekal sebagai timbalan pengerusi. Seorang lagi timbalan pengerusi ialah Tuan Haji Hasan bin Md Dom, jemaah senior sejak surau asal lagi. Jawatan setiausaha diamanahkan kepada Tuan Syed Sheikh bin Syed Ibrahim, seorang guru besar kanan.

Tuan Syed mendapat penolong yang juga pakar data, iaitu Cikgu Haji Zamri yang pernah bertugas sebagai webmaster blog pejabat pendidikan daerah. Jawatan bendahari dikekalkan kepada Tuan Fuad, seorang perunding kewangan dan motivasi keusahawanan, lulusan pengajian bahasa Inggeris. Beliau bakal dibantu oleh Tuan Rosli Ena, pensyarah kejuruteraan reka bentuk mekanikal, Politeknik Ungku Omar.

Sepuluh orang jawatankuasa kecil turut dilantik dalam mesyuarat agung yang berlangsung dalam suasana semangat ukhuwah selepas solat Maghrib. Pengerusi diberi mandat untuk melantik lima orang jawatankuasa kecil lagi. Mesyuarat pertama jawatankuasa baharu berlangsung selama satu jam usai solat sunat Isya.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah tentang kewangan surau dan kemajuan pembinaan ubah suai bangunan surau baharu. Projek ubah suai itu masih memerlukan sumbangan kirs-kira RM70 ribu bagi naik taraf dataran, parkir dan beberapa kemudahan lain. Sumbangan boleh dilakukan berdasarkan malumat yang tertera di atas.

Pasukan jawatankuasa pembangunan surau sedia ada dikekalkan sehingga selesai kerja naik taraf. Pihak jawatankuasa sangat menghargai setiap sen sumbangan yang mencecah jumlah kira-kira RM200 ribu setakat ini. Keperluan dana tambahan yang masih besar itu diharapkan dapat diperoleh dalam tempoh terdekat.

...

...

No comments: