SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, April 17, 2016

IPTS, UNIVERSITI SWASTA SEMAKIN GLAMOR (NO MORE MONOPOLY OF PUBLIC HIGHER EDUCATION)

Suatu ketika dahulu ibu bapa meragui status universiti swasta dan universiti yang ditubuhkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (glc). Namun kini, semakin banyak penaja biasiswa, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara telah menyenaraikan ipts dan universiti glc dalam tawaran mereka. Penghantaran pelajar ke luar negara yang semakin terhad mengakibatkan tajaan beralih ke dalam negara.

Mara menaja pelajar perubatan di UniKL (kampus RMCP, bersebelahan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Universiti Taylor). Petronas menghantar pelajar A Level ke KDU, kampus Utropolis dan Taylor kampus Lake Side. Yayasan Telekom mengutamakan universiti mereka sendiri, Multimedia; manakala Yayasan Tenaga Nasional ke Uniten.

Universiti Malaya juga menubuhkan universiti swasta bersama Universiti Wales sebahagai sebahagian tadbir urus kewangan korporat selepas bergabung dengan empat buah universiti penyelidikan lain menubukan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Ijazah dianugerahkan bersama oleh UM dan Wales. UIAM memiliki Kolej Islam Antarabangsa sebagai strategi korporat yang sama.

Pengajian forensik secara khusus ditawarkan di Universiti Sains dan Pengurusan Malaysia (MSU). Bidang forensik berkaitan jenayah kekerasan atau siber semakin mendapat permintaan yang tinggi di pasaran pekerjaan. Demikian juga bidang psikologi yang bersifat lebih fokus di ipts berbanding dengan sesetengah universiti awam.

...

...

...

...

No comments: