SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, March 15, 2014

HUJAN AKHIRNYA TURUN JUA (THE VOICE OF LOVE)

Sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia seakan-akan kehilangan fenomena cuaca yang biasa dilihat, iaitu hujan di sana sini, sama ada bernama perenggan, perolakan, sekejap-sekejap atau tiba-tiba sahaja. Paras muatan air di empangan utama menunjukkan bacaan kritikal. Catuan air mula diumumkan di beberapa buah negeri.

Solat mohon hujan (istisqa') didirikan di merata tempat. Negara yang terkenal dengan tiupan angin monsun yang membawa bersama hujan lebat ini tiba-tiba berubah. Hujan bertukar menjadi perkara yang dirindukan.
titisan awal di MRSM Parit

Kira-kira pukul empat petang, bandaraya Ipoh diliputi pemandangan awan hitam dan cuaca mendung yang memberi isyarat hujan bakal turun. Penulis blog (PB) berada di MRSM Parit ketika hujan mulai turun pada pukul 5.20 petang. Ibu bapa yang mengunjungi anak masing-masing melafazkan kesyukuran dan menarik nafas lega. Krisis air yang menjadi kebimbangan semasa mungkin sekali dapat dielakkan.

...

...
mula lebat

...

...

...

Friday, March 14, 2014

SYAIR TERHADAP GURU (THE ETHOS OF LEARNING)

Setiap pagi dalam perjalanan ke sekolah, saluran radio Ikim.fm menjadi pilihan untuk doa pagi (kumpulan nasyid Hijjaz) dan untaian puisi yang sarat dengan hikmah dan kebijaksanaan. Puisi yang menjurus terhadap kebaikan memang cepat menangkap imaginasi pendengar dengan bait-bait kata yang tersusun indah dan mempersonakan. Ungkapan yang cermat dan terpilih dalam sesebuah karya puisi tidak ubah seperti naskhah ilmiah yang disandarkan kepada dapatan penyelidikan.

Puisi berupaya mengungkapkan pengamatan zahir dan juga kerohanian secara sekali gus. Puisi yang bernada kebaikan tidaklah sama dengan puisi jahiliyyah yang memuja berhala, nafsu serakah dan tipu daya dunia. Marilah nikmati nukilan syair kesantunan Melayu yang pernah dideklamasi oleh bapak Tenas Effendy (biodata di sini) yang disalin daripada netlog di sini.

            TENTANG MENGHORMATI GURU

            Wahai anakanda dengarlah amanat
            Terhadap gurumu hendaklah hormat
            Ilmunya banyak memberi manfaat
            Menyelamatkan hidup dunia akhirat

            Kepada guru hendaklah sopan
            Tunjuk ajarnya anakanda dengarkan
            Penat letihnya jangan dilupakan
            Supaya hidupmu dirahmati Tuhan

            Kepada gurumu janganlah durhaka
            Janganlah pula berburuk sangka
            Tunjuk ajarnya anakanda jaga
            Supaya manfaatnya dapat dirasa

            Kepada gurumu eloklah perangai
            Apabila disuruhnya janganlah lalai
            Tunjuk ajarnya selalu dipakai
            Supaya hasratmu cepat tercapai

            Apabila gurumu selalu kautentang
            Ditunjuk diajar engkau membangkang
            Akibatnya buruk bukan kepalang
            Ilmu dituntut berkahnya hilang

            Kepada guru jangan menista
            Bercakap kasar bermasam muka
            Orang benci Allah pun murka
            Hidupmu akan terlunta-lunta

            Kepada gurumu nampakkan minat
            Petua didengar petunjuk diingat
            Supaya belajar beroleh manfaat
            Membawa berkah dunia akhirat

            Kepada gurumu hendaklah patuh
            Ditunjuk diajar jangan mengeluh
            Belajarlah dengan bersungguh-sungguh
            Supaya hidupmu menjadi senonoh

            Anggaplah guru sebagai ibu bapa
            Tempat merujuk tempat bertanya
            Memudahkan anakanda memahami ilmunya
            Supaya pelajaranmu tak sia-sia

            Jadikan gurumu contoh teladan
            Minta nasihat untuk pegangan
            Apa masalahmu boleh disampaikan
            Supaya bebanmu menjadi ringan

            Kepada gurumu berterus terang
            Jangan bercakap main belakang
            Supaya belajar hatimu lapang
            Guru mengajar hatinya senang

            Kepada gurumu berterima kasih
            Kerana mengajarmu berpenat letih
            Sampaikan dengan hati yang bersih
            Semoga menjadi amalan soleh

            Wahai anakanda permata bonda
            Gurumu itu juga manusia
            Tentulah ada lebih kurangnya
            Maafkan olehmu bila ada salahnya

            Kepada guru jangan mendendam
            Orang pendendam imannya padam
            Budi yang baik jadi tenggelam
            Hari depanmu menjadi suram

            Budi gurumu janganlah dilupakan
            Penat letihnya jangan diabaikan
            Ilmu diterima engkau amalkan
            Semoga pahalanya sama dirasakan

            Budi gurumu selalu dikenang
            Jasanya besar bukan kepalang
            Engkau dididik menjadi orang
            Ditunjukkan pula jalan yang terang 


...

...

...

MUHASABAH DALAM MENGHADAPI MUSIBAH (ACCEPTING BLESSING AND BLESSING IN DISGUISE)

Mimbar Jumaat tengah hari tadi mengingatkan umat Islam supaya sentiasa mengambil iktibar akan segala peristiwa dan ujian yang menimpa negara belakangan ini. Sejurus selepas suhu dingin luar biasa yang melanda beberapa tempat, khususnya di pantai timur semenanjung pada awal tahun, negara menghadapi pula suhu panas dan membahang, kemarau dan hujan yang tidak kunjung tiba. Dalam seminggu ini, negara kita gempar dengan misteri kehilangan pesawat MH 370 dengan jentera canggih Boeing 777-200 yang membawa 227 orang penumpang dari pelbagai negara dan 12 orang kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Sementara kita terus berdoa agar usaha mencari dan menyelamat (search and resque, SAR) berjaya, marilah kita memperuntukkan sejenak waktu untuk berfikir tentang dugaan yang datang bertalu-talu itu. Dalam surah terakhir juzuk 27 (al-Hadid, 57: ayat 22), mafhum ayat: Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.

Ayat 23 pula membawa maksud: (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa-apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa-apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Ayat 24 menegaskan maksud: (iaitu) orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barang siapa yang berpaling (daripada perintah Allah), maka sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Mimbar Jumaat juga telah melontarkan beberapa perkara untuk difikirkan oleh para jemaah berkaitan ujian berat yang dihadapi mutakhir ini. Merujuk surah ar-Rum (30:41) telah menjadi nyata kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia. Dalam surah at-Talaq (67:2-3, sebahagian) yang juga dikenali sebagai ayat seribu dinar, harapan disandarkan kepada mereka yang bertaqwa untuk ditunjukkan jalan keluar (daripada kesulitan) dari arah yang tidak diduga-duga.

Adakah berlaku kezaliman sehingga muncul sifat angkuh menolak hukum dan perintah Allah Azzawajalla? Adakah telah berlaku penganiayaan terhadap mana-mana pihak walaupun ketara menyalahi akal yang sihat dan tatacara syariah? Adakah berlaku keingkaran yang berleluasa terhadap perintah membayar zakat dan proses menunaikan hak golongan yang memerlukan?

...

...

...

...

Thursday, March 13, 2014

MOTIVASI BELAJAR: SENTIASA DI LANDASAN MATLAMAT, BUKAN MENJAGA HATI SESIAPA (CLEAR SENSE OF DIRECTION IN LEARNING)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabaraktuh
Salam sejahtera pelajar yang dikasihi sekalian

Wacana kita pada kali ini tertumpu kepada jati diri dalam pembelajaran. Maksudnya, pelajar hendaklah memiliki matlamat yang sangat jelas tentang hala tuju pembelajaran demi kebaikan semasa dan perjalanan masa secara berterusan. Mengapakah pelajar berada di bilik darjah dan bilik kuliah dan untuk siapakah kita bersungguh-sungguh demi pencapaian pembelajaran yang terbaik?

Ada pelajar yang berkata bahawa mereka belajar demi menggembirakan ibu bapa dan keluarga, tetapi ada juga pelajar yang berkata mereka belajar kerana mahu menggembirakan guru di sekolah. Sungguh budiman dan sungguh mulia pelajar yang tidak pernah melupakan insan yang kerap mendampingi mereka dalam proses meniti kecemerlangan yang dihajatkan. 

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

... 

BERPISAH DENGAN KECAIRAN, BELI BON (INTEREST RATE AND THE QUANTITY OF MONEY)


Tuesday, March 11, 2014

PENENTUAN KESEIMBANGAN PASARAN WANG (HOLD OR LET GO THE LIQUID?)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KESEIMBANGAN PASARAN WANG  (12032014)_______________________________
Hasil Pembelajaran:      M’jelasⁿ proses penentuan kadar bunga, r

(Faktor) P’alihan Keluk Permintaan Wang, MD
ΔY
__↑,  ___ ↑  è  keluk MD b’alih ke  ______, vv

Keluk:
ΔLt
__↑,  ___ ↑  è  keluk MD b’alih ke  ______, vv

ΔLs
__↑,  ___ ↑  è  keluk MD b’alih ke  ______, vv

Keluk Penawaran Wang, Ms
Wang dalam __________ (M1) meliputi  d_____  sy_______, w_____  k_______, DS

D_____   sy_________, ______   __________ dikelⁿ õ BPs, DS diwujudⁿ sistem BP__

∑ tetap pada satu _____  à keluk Ms b’bentuk ______   ________ dengan paksi __

Menunjukⁿ hubungan antara ___  dengan __________  ______
Keluk:
Penentuan r
Keluk:






Keseimbangan r apabila keluk ___  =  ____ di titik ___ pada ___
Pada r > tinggi, i.e. ___, b’laku >ⁿ  ____ sebanyak  ___;
>ⁿ  _____________ itu m’dorong OR m’_______  ____
è  P ___ ↑,  __ ↓.  Proses b’terusan hingga ___________ t’capai pada ___

Pada r > rendah, i.e. __, b’laku >ⁿ ___  sebanyak  ___
>ⁿ  _____________ itu m’dorong OR m’_______  ____
è  P ___ ↓,  __ ↑.  Proses b’terusan hingga ___________ t’capai pada ___

©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)
...

...

...

Monday, March 10, 2014

TEORI PERANGKAP KECAIRAN (WHEN THE INTEREST RATE GETTING LOWEST)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: PERMINTAAN WANG  (11032014)______________________________________
Hasil Pembelajaran:      M’jelasⁿ tujuan permintaan wang, MD

Teori Keutamaan Kecairan Keynes
Tujuan MD






Urus _________
M’beli b/p ~ fungsi wang sbg alat p’___________  p’____________,
Lt = f (Y); Maka, Y ↑,  Lt ___, vv

Aw___________
Tujuan _________ semasa ____________, luar  ________
~ alat simpan _______    Maka, Y ↑,  Lt ___, vv







Spe___________
a)  tujuan ___ dengan m’beli ________ b’_________
     -   beli ____ pada harga ________, jual harga _______
b)  hubungan ___________ (__ve) harga ____ dengan  ___;
     -   __ tinggi, ___ rendah, vv
c)   __ maksimum, LS = __, i.e. semua _____ digunaⁿ m’beli ____
d)   __ minimum, Ls =  _______   ___________, i.e. jual ____,
      pegang  _______ / ke_________
e)  Perangkap ___________ = __ sangat rendah, Lt = ___

Keluk MD






menunjukⁿ hubungan __ dengan kuantiti ______,
i.e. MD = Lt  +  Ls
Lt ≠ f (___) à keluk _______  ______   _________,
rendah @ tinggi ___  à  Lt _____________
Keluk Ls: apabila __ maksimum à  Ls = ___
               :  __ ↓,  OR _____  bon
               :  __  minimum  à  keluk Ls m’datar
_____________ kecairan x b’mula dari __

©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

...

...

...

Sunday, March 9, 2014

TEORI KUANTITI WANG KLASIK (THE OLD VS LATER SCHOOL)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: HAD CIPTAAN KREDIT  (10032014)______________________________________
Hasil Pembelajaran:      M’huraiⁿ faktor yang m’pengaruhi ciptaan kredit

Faktor Mengehadkan Ciptaan Kredit
1)  ________________ Wang Tunai
Andaian:
semua _______ tidak dikelⁿ
semua _________  dimasukⁿ semula
semua ____   ________ dgn ____
Sebenar:
tidak semua guna ____, masyarakat
suka _______ à DS b’___

2) _________  ________  tunai (NRT)

   semakin  ___  NRT, keupayaan BPd
   beri  ____________ makin  _____
3) Keperluan  _____________  bank

    ___________ diminta  õ  BPd  ~
   risiko  _________ x dibayar balik

   __________menyusahⁿ peminjam
4) Kadar ______ /  kadar_________

    Kadar ______  ↑,  r  __
    Minat OR ___________  ↓

5)  ____________ >ⁿ  ________
Andaian:
semua >ⁿ _______    di_________ⁿ
Sebenar:  mungkin bank b’______²
beri  ___________ / pegang  ______

6)  <  minat  ______________

     B’laku jika  ___ tinggi
     @ eko.  ___________
7)  Bank gagal m’cari  ______________    sesuai:
      BPd  b’______²  m’beri  _____________  ~  keupayaan bayar  _________, elak  _______


Hasil Pembelajaran:  M’huraiⁿ hubungan penawaran wang dengan tingkat harga umum

Teori Kuantiti Wang (klasik)
Prinsip
Δ ___  à  Δ  ___ umum dengan ________  =
Rumus
P’samaan P’tukaran Irving Fisher:   M__  =  P___;
         M  =  __________ /  SS wang
         __ =   __________  wang
         P   =   tingkat  ________ umum
         T   =   ∑  _______  ________
Andaian
1)  ____ tetap,  j/pd: corak p’___________ masyarakat tidak b’___
2)  ____ tetap,  kel. Tidak dapat di________, ekonomi m’capai  ______  ________   ______
Implikasi
___ ↑ =  ___ ↑ dengan _______  =, vv
Kawal Inflasi
BPs hanya perlu ↓ ___ è ↓ ___ dengan  ________  =

Kritik teori kuantiti wang (õ mazhab Keynesian)
1)  Andaian ___ tetap
Dipengaruhi banyak ________, eg inflasi: ___↑ è ___ ↑, vv
2)  Andaian ___ tetap
Klasik andai gt__ selalu t’capai. Sebenar:  ___ sering b’laku.
Maka, jika ___ b/p ↑,  +Δ pgⁿ @ ___ mudah b’laku
3)  Fungsi wang:  ___ sahaja
Sebenar: __↑, sebahagian di___ⁿ  à tujuan _________, __________
4)  Andaian p’boleh ubah _______
P’boleh ubah saling m’___________. P juga ~ __,  __ di samping __
5)  Abai pengaruh ___ t’hadap  ___
Hubungan __ve.  __ ↑, __,  __ ↓  è ___ ↓,  vv

Latihan Esei:

1)   Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan proses penciptaan kredit.   [10 markah]

2)   a:   Dengan bantuan rumus, jelaskan prinsip utama dalam teori kuantiti wang klasik.   [4 markah]

      b:    Mengapakan ahli ekonomi Keynesian mengkritik teori kuantiti wang klasik?
              Terangkan tiga sebab bagi menyokong hujah Keynesian itu.                                       [6 markah]

©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)
...

...

...

BERKONGSI KEDUKAAN KES PESAWAT MH 370 (DEEP EMPATHY, NOT MERE LIP SERVICE)

Misteri kehilangan pesawat milik Sistem penerbangan Malaysia (MAS) sejak awal pagi Sabtu yang lalu masih belum terungkai. Pesawat yang membawa 227 orang penumpang dan 12 orang kakitangan itu berlepas dari lapangan Terbang Antarabangsa Subang menuju ke Beijing, China. Seluruh negara tertumpu terhadap usaha mengesan kedudukan pesawat berkenaan dan proses menyelamat.

Masyarakat umum kini belajar sedikit sebanyak tentang istilah keselamatan penerbangan dan sidang media oleh pakar secara langsung di layar televisyen masing-masing. Media sosial dan laman sembang maya juga dipenuhi dengan teks kepekaan terhadap nasib semua penumpang dan anak kapal pesawat MH 370 berkenaan. Kehangatan pilihan raya kecil Kajang dan keputusan kes rayuan mantan timbalan perdana menteri yang juga pernah menyandang portfolio menteri kewangan, pendidikan, pertanian, kebudayaan, belia dan sukan, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sedikit tenggelam.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya manusia melainkan dengan kehendak-Nya jua. Maka, manusia hanya mampu memanjatkan doa agar Allah memberikan petunjuk tentang kedudukan sebenar pesawat yang hilang, serta memberikan ketabahan yang paling utuh kepada keluarga dan handai taulan yang masih berharap dan terus berharap agar insan yang dikasihi dapat ditemui dengan selamat. 

...

...

...

...

...

...

...