Friday, March 14, 2014
MUHASABAH DALAM MENGHADAPI MUSIBAH (ACCEPTING BLESSING AND BLESSING IN DISGUISE)
Mimbar Jumaat tengah hari tadi mengingatkan umat Islam supaya sentiasa mengambil iktibar akan segala peristiwa dan ujian yang menimpa negara belakangan ini. Sejurus selepas suhu dingin luar biasa yang melanda beberapa tempat, khususnya di pantai timur semenanjung pada awal tahun, negara menghadapi pula suhu panas dan membahang, kemarau dan hujan yang tidak kunjung tiba. Dalam seminggu ini, negara kita gempar dengan misteri kehilangan pesawat MH 370 dengan jentera canggih Boeing 777-200 yang membawa 227 orang penumpang dari pelbagai negara dan 12 orang kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
Sementara kita terus berdoa agar usaha mencari dan menyelamat (search and resque, SAR) berjaya, marilah kita memperuntukkan sejenak waktu untuk berfikir tentang dugaan yang datang bertalu-talu itu. Dalam surah terakhir juzuk 27 (al-Hadid, 57: ayat 22), mafhum ayat: Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.
Ayat 23 pula membawa maksud: (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa-apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa-apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
Ayat 24 menegaskan maksud: (iaitu) orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barang siapa yang berpaling (daripada perintah Allah), maka sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Mimbar Jumaat juga telah melontarkan beberapa perkara untuk difikirkan oleh para jemaah berkaitan ujian berat yang dihadapi mutakhir ini. Merujuk surah ar-Rum (30:41) telah menjadi nyata kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia. Dalam surah at-Talaq (67:2-3, sebahagian) yang juga dikenali sebagai ayat seribu dinar, harapan disandarkan kepada mereka yang bertaqwa untuk ditunjukkan jalan keluar (daripada kesulitan) dari arah yang tidak diduga-duga.
Adakah berlaku kezaliman sehingga muncul sifat angkuh menolak hukum dan perintah Allah Azzawajalla? Adakah telah berlaku penganiayaan terhadap mana-mana pihak walaupun ketara menyalahi akal yang sihat dan tatacara syariah? Adakah berlaku keingkaran yang berleluasa terhadap perintah membayar zakat dan proses menunaikan hak golongan yang memerlukan?
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment