SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, March 9, 2014

BERKONGSI KEDUKAAN KES PESAWAT MH 370 (DEEP EMPATHY, NOT MERE LIP SERVICE)

Misteri kehilangan pesawat milik Sistem penerbangan Malaysia (MAS) sejak awal pagi Sabtu yang lalu masih belum terungkai. Pesawat yang membawa 227 orang penumpang dan 12 orang kakitangan itu berlepas dari lapangan Terbang Antarabangsa Subang menuju ke Beijing, China. Seluruh negara tertumpu terhadap usaha mengesan kedudukan pesawat berkenaan dan proses menyelamat.

Masyarakat umum kini belajar sedikit sebanyak tentang istilah keselamatan penerbangan dan sidang media oleh pakar secara langsung di layar televisyen masing-masing. Media sosial dan laman sembang maya juga dipenuhi dengan teks kepekaan terhadap nasib semua penumpang dan anak kapal pesawat MH 370 berkenaan. Kehangatan pilihan raya kecil Kajang dan keputusan kes rayuan mantan timbalan perdana menteri yang juga pernah menyandang portfolio menteri kewangan, pendidikan, pertanian, kebudayaan, belia dan sukan, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sedikit tenggelam.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya manusia melainkan dengan kehendak-Nya jua. Maka, manusia hanya mampu memanjatkan doa agar Allah memberikan petunjuk tentang kedudukan sebenar pesawat yang hilang, serta memberikan ketabahan yang paling utuh kepada keluarga dan handai taulan yang masih berharap dan terus berharap agar insan yang dikasihi dapat ditemui dengan selamat. 

...

...

...

...

...

...

...

No comments: