SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, April 27, 2014

DOA KHATAM AL-QUR'AN VERSI BAHASA MELAYU (THE FINAL REFERENCE)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain

Ya Allah, rahmatilah aku denngan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan seru sekalian alam. 

Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan. 

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka. 

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. 

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. 

Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang baik. Amin.

(Disalin daripada naskhah Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia (2006), Kuala Lumpur: Darul Fikir

Saturday, April 26, 2014

MENGAPA EKONOMI GUNA SINGKATAN BAHASA INGGERIS? (FALSE ARGUMENT CUM WRONG ADVICE)

Dalam bab pengenalan ekonomi (mikro), pelajar diperkenalkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran yang kemudiannya disebut sebagai KKP sahaja. Singkatan ejaan atau akronim yang digunakan berasaskan huruf pertama pada setiap pangkal ejaan. Namun, apabila masuk bab dua tentang keseimbangan pasaran, istilah permintaan dan penawaran disingkatkan sebagai DD dan SS daripada perkataan demand dan supply.

Bab tiga berkisar tentang teori pengeluaran, bermula dengan fungsi pengeluaran satu input berubah. Pelajar bakal menemui singkatan TP (total product untuk jumlah keluaran), AP (average product untuk keluaran purata) dan MP (marginal product untuk keluaran sut). Pembelajaran selanjutnya tentang kos pengeluaran akan menggunakan singkatan TC (total cost, jumlah kos), AC (average cost, kos purata), MC (marginal cost, kos sut), TR (total revenue, jumlah hasil), AR (average revenue, hasil purata) dan MR (marginal revenue, hasil sut). Ekonomi bidangan pula membezakan kos purata jangka pendek (SAC, short run average cost) dengan kos purata jangka panjang, LAC (long run average cost) dan kos sut jangka pendek, jangka panjang (SMC, LMC)

Analisis harga (P, price) dan kuantiti keluaran (Q, quantity) seperti dalam bab satu  masih dikekalkan. Label titik keseimbangan lazimnya diwakilioleh E (equilibrium). Demikian juga tentang kecerunan keluk permintaan firma yang diterangkan menerusi keanjalan permintaan harga (Edp, elasticity demand price). Hanay keanjalan permintaan silang (Ec, elasticity demand cross) dan keanjalan permintaan pendapatan (Ey, elasticity demand yield) tidak dibincangkan.

Bab akhir mikro tentang teori agihan dan keseimbangan pasaran faktor banyak menggunakan singkatan MRP (marginal revenue of product, keluaran hasil sut), MCF marginal cost of factor, kos sut faktor), TPP (total physical product, jumlah keluaran fizikal), APP dan MPP

...

...

...

...

...

...

Friday, April 25, 2014

MOTIVASI BELAJAR: TEROKA POTENSI DIRI (DO NOT ASSIGN THE BLAME TO OTHERS)

Assalamu alaikum dan salam sejahtera,

Pelajar yang dikasihi dan dirahmati sekalian,

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Limpah Kurnia-Nya dapat kita bertemu lagi dalam slot motivasi pembelajaran sekali lagi. Mudah-mudahan pelajar tidak bakal berasa jemu untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan. Marilah kita bersama-sama membetulkan niat kita berhimpun dalam majlis ilmu kali ini berpaksikan keihlasan yang tuntas, iaitu semata-mata demi mencari reda-Nya.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, April 24, 2014

SURAU ANGSANA MALL LEBIH SELESA (VALUES IN BUSINESS AND MARKETING)

Kebanyakan gedung membeli-belah menghormati keperluan kakitangan dan pelanggan Islam untuk menunaikan solat fardu, terutama Zuhur, Asar dan Maghrib. Urusan di dalam sesebuah bangunan tidak dapat ditetapkan tempoh masa, maklumlah siang dan malam macam sama sahaja. Diharap pada masa hadapan, petugas deejay pasar raya akan membuat pengumuman tentang masuk waktu solat dan kemudahan surau di kompleks beli-belah masing-masing.

Kompleks Sogo dan Suria KLCC misalnya menyediakan kemudahan ruang surau yang luas untuk keselesaan menunaikan solat. Demikian juga Midvalley Mega Mall dan The Curve juga tidak ketinggalan berbuat demikian. Pendek kata, kepekaan tentang kemudahan ruang solat sudah termasuk dalam peruntukan kos bangunan dan urusan penyenggaraan yang teratur.
Di Ipoh, terdapat sebuah pasar raya milik bumiputera Islam, iaitu UO (asalnya Rainbow, kemudian Uda Ocean, kini menggunakan slogan Untung Orangramai, sengaja disalah eja untuk justifikasi akronim UO), penyewa utama kompleks Angsana Mall, berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Stadium Perak. Surau Angsana Mall terletak di aras bumi (ground) di hujung medan selera. Walaupun tidak seluas surau di Aeon dan Mydin, proses naik taraf Angsana Mall memberikan keselesaan yang berganda.

Sepertimana reka bentuk surau gedung membeli-belah yang lain, surau berasingan lelaki dan perempuan disediakan. Demikian juga tiada kakitangan khusus sebagai imam dan bilal kerana pengunjung surau silih berganti dari awal waktu hingga hampir luput waktu solat tertentu. Urusan penyenggaraan surau dilakukan oleh petugas Angsana Mall.

Bagi memudahkan urusan kebersihan dan persediaan diri, ruang tandas terletak berdekatan dengan surau. Jadi, tiada alasan bagi pengunjung Angsana Mall untuk berlengah-lengah atau meringan-ringankan ibadah solat fardu. Usai menjamu selesa boleh ke tandas, kemudian mampir di surau menunaikan kewajipan solat fardu.

Jemaah solat di bahagian berhampiran pintu masuk surau.
Ruang hadapan masih luas.

Hanya satu perkara tentang kemudahan surau yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan pasar raya. Lantai jubin akan berkeadaan basah dan licin setelah jemaah mengambil wuduk. Risiko untuk pengunjung terjatuh dan mengalami kecederaan tidak mustahil boleh berlaku.

Dari sudut itu, pasar raya Mydin dan Aeon boleh dipuji kerana prihatin tentang keselamatan jemaah solat dengan menyediakan lantai surau berasaskan parquet. Barangkali jika ada lagi proses naik taraf, pihak pengurusan Angsana Mall boleh menilai semula perkara berkenaan. Rasa nyaman pendingin hawa akan lebih lengkap dengan tambahan ciri keselamatan yang optimum.

Apa-apa pun sekalung tahniah kepada pengurusan Angsana Mall justeru kepekaan terhadap kemudahan surau yang selesa. Semoga citra Islam dalam reka bentuk gedung membeli-belah itu bakal menjadi model kepada semua pasar raya. Tidaklah kita berasa malu kerana pasar raya di kejauhan Sapporo, pulau paling utara di Jepun juga meyediakan ruang surau yang luas, selamat dan selesa sebagaimana yang dipaparkan dalam rancangan Halal Orient di saluran Astro Oasis ...

Wednesday, April 23, 2014

CARA MENGATASI DEFISIT IMBANGAN PEMBAYARAN (ZERO SUM GAME IN THE OPEN ECONOMY)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KEWANGAN A.B., ISU IMBANGAN PEMBAYARAN, BoP  (24042014) ______________
HP 1:  M’takrifⁿ  BoP;        HP 2: Memerihalⁿ butiran BoP M’sia;        HP 3:   M’ilustrasiⁿ p’hitungan BoP
HP 4:  M’jelasⁿ maksud BoP defisit dan lebihan;       HP 5:  M’jelasⁿ cara m’atasi  BoP defisit

Maksud BoP  lebihan / surplus
Maksud BoP  kurangan / defisit
∑ nilai terimaan dari luar negara
 > ∑ nilai p’bayaran ke  luar negara
∑ nilai terimaan dari luar negara
 < ∑ nilai p’bayaran ke  luar negara

Kesan BoP lebihan
1   aliran masuk wang / modal (ke d.n.) > aliran keluar wang / modal (ke negara asing)   
2   ∑ nilai dikreditⁿ dalam akaun BoP > ∑ nilai didebitⁿ dalam akaun BoP
3   m’untungⁿ  negara kerana rizab antarabangsa  naik.

Kesan BoP defisit
1   aliran masuk wang / modal (ke d.n.) < aliran keluar wang / modal (ke negara asing)   
2   ∑ nilai dikreditⁿ dalam akaun BoP < ∑ nilai didebitⁿ dalam akaun BoP
3   merugiⁿ  negara kerana rizab antarabangsa  susut à digunaⁿ untuk menutup defisit imbangan keseluruhan
4   Nilai mata wang turun à PM naik  à inflasi diimport
5   K’jaan t’paksa m’buat pinjaman luar negara à kena bayar pokok + bunga  (bayaran khidmat hutang)
6   Jika akibat BoT, i.e. M > X à  Dx  turun , Qx kurang, p’gunaan tenaga  buruh kurang  à  UN naik


Cara m’atasi BoP defisit
Galakan  X
Kawalan  M
defisit ~ ∑ nilai X turun, maka perlu +ΔX
à turun Px, i.e. turun upah, r
à naikkan daya pgⁿ,  subsidi, pelepasan cukai

1   naikkan cukai M à  PM naik  à DM turun
2   kuota: QM  turun
3   galakan industri p’gantian M
Dasar deflasi
P’grakan modal jangka panjang
1   Y turun,  DM turun
2   dasar kewangan menguncup à r naik, jual sekuriti

1   meminjam modal dari luar negara
2   beri galakan I kepada pelabur
Rizab emas, asing
Kawalan forex
M’alirⁿ rizab ke luar negara
B’sifat jangka pendek sahaja

Bank pusat mengehadⁿ  ∑ mata wang asing
 untuk tujuan M
↑ r
è aliran masuk modal jangka pendek naik

Devaluasi
(sistem kadar tukaran tetap), i..e. turun nilai mata wang tempatan
Px relatif  murah,  Dx naik;  PM relatif  murah,  DM turun
Langkah lain
1   galakan pelancongan domestik
2   galakan pengangkutan tempatan
3   galakan pendidikan tinggi tempatan

Latihan: jadual pertukaran asing Malaysia terhadap SGD100 dan GBP1
Tahun
100 unit $ Singapura
1 unit £
X Malaysia ke UK (RM billion)
M M’sia dari UK (RM billion)
1999
2000
2001
2002
228.09
219.46
216.86
212.45
6.14
5.67
5.52
5.48
12.061
11.566
8.779
8.244
5.626
6.080
6.872
6.128
(a)    Apakah maksud Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah?    (1 markah)
(b)   Hitung nilai RM1 dalam nilai £ antara 1999 -2002   (3 markah)
(c)    Adakah RM m’alami susut nilai @ naik nilai b’banding dengan £? Mengapa?    (2 markah)
(d)   Adakah hubungan antara RM dengan £ selaras dengan teori ekonomi  tentang aliran X, M?
        Terangkan.           (2 markah)
(e)   Hitung nilai £1 dalam sebutan $ Singapura pada tahun 2001.     (2 markah)


©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

...

...

...

PENGALAMAN SEBAGAI GURU PENGAJIAN AM (DELIVERING HIGHER LEVEL OF GENERALISATION)

Hampir tujuh tahun juga penulis blog (PB) mengajar Pengajian Am (sebelumnya Kertas Am) ketika di SMK Seri Perak, Teluk Intan dan SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash (kini Kolej Vokasional). Malah, PB sempat mengikuti kursus pentaksiran kertas Pengajian Am selama seminggu di Hotel Merlin, Georgetown, Pulau Pinang. Walaupun sekarang di bawah sistem modular sudah ada perubahan format kertas peperiksaan, namun aspek kejituan idea dan kejituan hujah masih kekal sebagai kemahiran berfikir dan perancangan menulis jawapan bahagian esei dan struktur.

Pelajar prauniversiti tingkatan enam yang sudah memasuki fasa usia matang memang bijak memilih kosa kata yang hebat (power words), bombastik, jargon dan bahasa berbunga-bunga. Kecenderungan berkenaan suatu perkembangan yang baik, tetapi guru pengajian am perlu memberi penegasan tentang kemahiran penyeluruhan (generalisasi) aras tinggi. Jika tidak, idea dan hujah pelajar akan berlegar-legar pada satu payung generalisasi secara berulang-ulang.

Bagi memastikan bahawa pelajar dapat mengaplikasi kemahiran berfikir secara jitu, bercapah dan mencukupi.

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, April 22, 2014

IMBANGAN PEMBAYARAN (INTERNATIONAL TRADE ACCOUNTING, BoP)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KEWANGAN ANTARABANGSA, IMBANGAN PEMBAYARAN, BoP  (23042014) ______
HP 1:  M’takrifⁿ  BoP;        HP 2: Memerihalⁿ butiran BoP M’sia;        HP 3:   M’ilustrasiⁿ p’hitungan BoP
HP 4:  M’jelasⁿ maksud BoP defisit dan lebihan;       HP 5:  M’jelasⁿ cara m’atasi  BoP defisit

Definisi / maksud / takrif  BoP





BoP M’sia
Butiran
2010
(RM juta)
2011
(RM juta)
A      Barangan dan perkhidmatan
         1    Barangan
1.1     Eksport
1.2     Import
         2    Perkhidmatan
               2.1   Pengangkutan
               2.2   Perjalanan
               2.3   Urus niaga kerajaan
               2.4   Perkhidmatan lain
B      Pendapatan
C      Pindahan semasa 


D      Imbangan akaun semasa  (A + B + C)


E       Akaun modal
         1   Pindahan modal
         2   Aset bukan kewangan bukan pengeluaran
F       Akaun Kewangan

G      Kesilapan dan Ketinggalan


H      Imbangan keseluruhan   (D + E + F + G)
I       Aset Rizab
        Perubahan bersih dalam rizab luar negara  Bank Negara



Butiran BoP
X, M barang (nampak)
X, M perkhidmatan
Pendapatan







Pindahan semasa
 Akaun modal
Akaun kewangan












Kesilapan dan ketinggalan
Imbangan keseluruhan
Aset Rizab










©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)
...

...

...

Monday, April 21, 2014

KES BULI DI SEKOLAH AGAMA NEGERI DI TAHAP SERIUS? (THE ALERTNESS OF SCHOOL LEADERSHIP)

Prologomena
Harapan ibu bapa menghantar anak ke sekolah agama dan tahfiz memang suci murni berlandaskan rasa tanggungjawab menyediakan mereka dengan pendidikan fardu ain dan fardu kifayah. Sebahagian sekolah agama dan tahfiz menawarkan gabungan jurusan ilmu asas Islam dengan ilmu bantu semasa, iaitu jurusan sains tulen, kemanusiaan dan teknikal. Hal itu sejajar dengan konsep al-hikmah dholatul-mukmin, iaitu kebijaksanaan merupakan barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman.

Jangkaan dan tanggapan masyarakat yang demikian tinggi perlu dijaga dan dipertahankan, malah dilonjakkan ke persada yang lebih cemerlang dari masa ke masa. Masyarakat mahukan ahli ikhtisas dan kepakaran pelbagai bidang menerima sentuhan tawhid, syariat dan akhlaq yang jelas. Maka, segala isu etika, iltizam dan istiqamah diharapkan sentiasa mendapat perhatian yang optimum.

Imbasan sejarah 
Sumbangan institusi madrasah, pesantren (di Indonesia) dan pengajian pondok di alam Melayu menjadi benteng kekuatan umat yang sangat utuh. Walaupun penjajah Barat datang dengan misi 3G's (gold, glory, gospel) dan faham sekular, sistem pendidikan yang sudah berakar umbi dengan tradisi menadah kitab kuning itu berjaya menggilap kepimpinan umat yang tidak gentar dengan pesona palsu yang cuba disebarkan oleh kaum kulit putih. Dengan berlalunya masa, sistem pengajian tradisional itu mengalami transformasi seiring dengan keperluan dan persekitaran pendidikan hingga akhir zaman.

Di sebalik kesinambungan pengajian pondok yang dikendalikan oleh ulama setempat, muncul lebih banyak sekolah agama yang ditubuhkan oleh pemerintah pascamerdeka. Di Malaysia, terdapat sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah menengah agama negeri (SMAN), sekolah imtiaz (di Terengganu), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), maktab rendah sains Mara ulul-albab, maahad tahfiz, kelas rancangan khas agama di sekolah harian, sekolah berasrama penuh agama dan banyak lagi. Selain itu, pihak usahawan pendidikan swasta yang memiliki akses kepakaran dan sumber telah menubuhkan sekolah agama pintar bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan tinggi.

Kepimpinan sekolah agama
Sepertimana sekolah aliran arus perdana, jawatan pentadbiran sekolah diisi menerusi proses naik pangkat. Pencalonan pengetua dan pentadbiran sekolah yang lain boleh dilakukan oleh pihak berkuasa pendidikan atau menerusi permohonan guru yang berminat. Kerencaman dan kompleksiti tugas kepimpinan sekolah menghendaki mereka yang dilantik menjalani kursus berkaitan selok-belok pengurusan sekolah, kewangan dan undang-undang pendidikan. 

Sebagai manusia biasa, pengetua atau mudir sekolah agama juga terdedah kepada cabaran dan ralat dalam pelaksanaan kewajipan sebagai pemimpin pendidikan. Maka, kepercayaan secara tuntas terhadap subordinat tanpa mengira latar belakang pengkhususan pengajian mereka perlu dibatasi dengan kewaspadaan dan kepekaan. Kemungkinan untuk berlaku kesilapan dalam membuat keputusan dan tindakan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pendekatan pendidikan aliran keras
Disiplin bukan semata-mata sejumlah peraturan dan hukuman bagai mengawal tingkah laku di sekolah. Disiplin dalam pendidikan juga bermaksud amalan pembelajaran terbaik yang dibantu oleh guru yang budiman, jujur dan ikhlas bagi membimbing murid ke arah kecemerlangan pencapaian, kecerdasan pelbagai dan sahsiah mulia. Ganjaran dan hukuman memang menjadi komponen pendidikan yang diakui, tetapi hendaklah menjunjung tinggi nilai keadilan dan ciri kemuliaan insan (karamah insaniah).

Sikap segelintir pemimpin institusi sekolah agama yang lepas tangan dan sering terlepas pandang terhadap subordinat seperti warden asrama sering membawa akibat buruk. Pemantauan yang lemah diambil kesempatan pula oleh murid senior yang mewarisi tingkah laku kepimpinan keras murid terdahulu. Maka, pelbagai bentuk hukuman yang berbentuk buli dan dera dikenakan ke atas kumpulan murid yang masih mentah (freshie) secara pakej walaupun kesalahan dilakukan oleh seorang murid sahaja yang tidak akur terhadap proses siasatan yang adil dan telus.

Catatan hujung dan kesimpulan
Terdapat perkhabaran dari sebuah sekolah agama bahawa kumpulan murid tertentu telah disekat daripada outing hanya kerana kesalahan seorang penghuni asrama yang seangkatan (satu tingkatan) dengan mereka. Murid baharu juga telah diarah memegang n***s berbungkus yang didakwa milik rakan mereka seorang demi seorang sebelum diarah membersihkan bilik air di asrama. walaupun amaran diberi kepada kumpulan murid yang dibuli supaya tidak memaklumkan peristiwa itu kepada ibu bapa, cerita itu gagal disembunyikan. 

Kes terpencil ibarat 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' tidak patut dipandang sebelah mata oleh kepimpinan sekolah agama. Imej hebat institusi pengajian berteraskan Islam boleh terjejas justeru sikap pengetua dan kepimpinan sekolah agama yang tidak cekap mengesan kerosakan yang dilakukan oleh segelintir subordinat dan warga sekolah. Kepimpinan yang cuai dan lemah tidak boleh dibiarkan berleluasa begitu sahaja ...

Sunday, April 20, 2014

HAJI IDRIS PENGARAH JPN PERAK MULAI 9 APRIL (PATIENCE AND PERSISTENCE LADDER TO SUCCESSFUL EDUCATIONAL LEADER)

Berkat kesabaran dan istiqamah, akhirnya Tuan Haji Mohd. Idris bin Ramli dilantik sebagai pengarah pendidikan negeri Perak yang baru. Beliau telah menjadi timbalan pengarah sejak zaman Datuk Mohd Rauhi lagi, dan kekal demikian hinggalah Tuan Haji Mohd. Roli bersara pada bulan Mac yang lalu. Haji Idris pernah memangku jawatan pengarah JPN Perak selama hampir setahun sebelum kembali sebagai timbalan pengarah. 

Banyak yang menjangka bahawa Haji Idris mungkin bersara sebagai timbalan pengarah sahaja sehingga penghujung tahun ini, tetapi rezeki nyata berpihak kepada beliau. Kesetiaan dalam tugas tanpa mengira balasan menggambarkan keperibadian yang mulia walaupun pernah teruji dengan kes Dipang semasa berada di kerusi ketua sektor suatu ketika dahulu. Pengalaman sebagai pengetua sebelumnya telah memberi kekuatan kepada Haji Idris untuk menghadapi detik genting dalam meniti puncak kepimpinan pendidikan.

Haji Idris mudah mesra dan tidak kekok menyapa subordinat beliau terlebih dahulu. Namun, Haji Idris sangat tegas dalam perkara yang berkaitan dengan prinsip dan tugas, serta begitu teliti dalam pemilihan calon jawatan kanan pendidikan di negeri Perak. Contohnya, dalam sesi temu duga calon rakan penambahbaikan sekolah (school improvement partnerSIP +) dan jurulatih pakar pembangunan sekolah (school improvement specialist coachesSISC +) yang ditempatkan di setiap daerah, Haji Idris melontarkan soalan yang bersifat provokatif, tetapi merupakan tapisan penting kewibawaan pegawai yang bakal dilantik.
Haji Idris menerima cenderamata daripada Haji Hashim, pengetua Star
dalam majlis anugerah kecemerlangan  kali ke-54 sekolah berkenaan

Walaupun tidak diucapkan, prinsip pegangan Haji Idris begitu jelas dalam pelaksanaan amanah dan tugas sejak bergelar guru penolong. Sebagai guru Bahasa Melayu, Haji Idris terbabit aktif dengan proses pentaksiran peringkat kebangsaan dalam mata pelajaran berkenaan. Beliau pernah menjadi orang kanan Datuk Rauhi bagi membantu Lembaga Peperiksaan Malaysia menguruskan hal ehwal pentaksiran bahasa.

Prinsip Haji Idris mungkin sekali sejajar dengan semangat peribahasa 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Beliau mahukan pencapaian optimum dalam tugas dan tidak suka membiarkan sesuatu kerja yang diamanahkan itu terbengkalai separuh jalan. Perbezaan pendekatan atau kontroversi tidak menjadi halangan untuk menyempurnakan amanah dan tugas.

Kerusi pengarah JPN Perak bukan sekadar panas, malah berhadapan dengan harapan dan impian besar. JPN Perak pernah sinonim dengan slogan 'Perak Nombor Satu' (era Datuk Abdul Rahim bin Abdul Majid) yang lebih menyerlah dalam bidang kokurikulum. Dengan komposisi latar belakang sosioekonomi murid yang rencam, kedudukan nombor satu dari segi akademik peringkat kebangsaan memang ibarat mahu menggapai bintang nan tinggi. 

Kini, Haji Idris berpeluang memindahkan prinsip amanah dan tugas beliau dalam usaha pembaharuan dan penambahbaikan pencapaian pendidikan di negeri Perak. Di tangan beliau, JPN Perak, serta seluruh warga pendidikan negeri meletakkan harapan dan impian yang tidak kunjung padam. Rapport yang terjalin sekian lama antara Haji Idris dengan warga JPN, PPD dan sekolah di negeri Perak dijangka memberi kelebihan ke arah itu.

Warga pendidikan negeri Perak mengalu-alukan pelantikan Tuan Haji Mohd. Idris bin Ramli sebagai pengarah JPN Perak yang baru. Semoga tuan dikurniakan segala kekuatan dalam memacu kecemerlangan pendidikan di negeri Perak. Kepimpinan tuan yang ikhlas memberi cahaya yang cemerlang, insya-Allah ...

Saturday, April 19, 2014

KADAR PERTUKARAN ASING (INTERNATIONAL MONETARY SYSTEM)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: KEWANGAN ANTARABANGSA, KADAR P’TUKARAN ASING  (21042014) ___________
HP 1:  M’takrifⁿ kesan forex;     HP 2:  m’hitung forex;   P 3:  m’huraiⁿ faktor m’pengaruhi DD, SS forex
HP 4:  m’jelasⁿ penentuan forex dalam sistem boleh ubah, kadar pertukaran tetap

Takrif kadar pertukaran asing,  forex





Rumus dan contoh penghitungan forex







Tujuan meminta mata wang asing
biaya M
‘I’ luar negeri
bayaran pindahan
melancong
bayar pinjaman









Faktor m’pengaruhi DD, SS forex
harga
mata wang
asing
murah



Sistem kadar pertukaran boleh ubah (apungan)












Sistem kadar pertukaran tetap













©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

...

...

...