Friday, May 9, 2014
HUTANG ISI RUMAH DAN NYAWA BANK (THE PARADOX OF SAVINGS)
Walaupun berhadapan dengan pilihan yang sukar, pada akhirnya keputusan terbaik harus diambil juga. Apabila nisbah hutang isi rumah kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sudah mencecah tahap kritikal (melebihi 50 peratus, klik di sini), Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa melaksanakan dasar kewangan kualitatif yang lebih ketat. Syarat kredit ansuran dikenakan kawalan, iaitu bayaran pendahuluan yang lebih tinggi dan tempoh bayaran balik yang lebih singkat.
Fenomena yang disebut sebagai gelembung harta benda (gelembung aset) yang bukan berasaskan kuasa beli sebenar isi rumah berpunca daripada gaya hidup glamor dan promosi agresif pinjaman peribadi oleh bank-bank perdagangan. Seorang pegawai kanan pinjaman bank pernah mengatakan bahawa bank lebih cenderung memberi hutang kepada orang yang ada wang sebagai jaminan bayaran balik. Mungkin atas sebab yang sama, kakitangan awam menjadi sasaran pinjaman peribadi dan pelbagai skim perlindungan justeru pembayaran boleh dilakukan menerusi potongan gaji yang diuruskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa).
Kegiatan memberi pinjaman merupakan sumber pendapatan bank perdagangan sama ada sistem konvensional yang berdasarkan kadar faedah (bunga), atau sistem muamalat yang mengenakan caj keuntungan. Pertumbuhan sektor hartanah yang tidak menentu mengakibatkan bank perdagangan lebih berhati-hati dalam menyusun porfolio perniagaan mereka.
...
...
...
...
...
...
Thursday, May 8, 2014
RIMUP ERATKAN HUBUNGAN MURID AWAL REMAJA (FUTURISTIC NATION BUILDING STRATEGY)
Perpaduan ialah jaminan atau insurans kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara dalam jangka masa panjang. Dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian latar belakang keturunan, kepercayaan dan pencapaian sosioekonomi seperti Malaysia, perpaduan yang utuh akan berjaya menghalang anasir yang tidak dikehendaki daripada mengapi-apikan sensiviti rakyat jelata yang hanya mengundang padah. Selain memupuk semangat cinta negara menerusi pelaksanaan kurikulum di sekolah, murid yang berlainan sekolah dan aliran digabungkan dalam aktiviti terancang.
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) mula diperkenalkan pada tahun 1986 (klik di sini) dan mengalami penambahbaikan dari masa ke masa supaya sentiasa relevan dengan keperluan terkini. Kesinambungan sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pintar swasta dan sekolah antarabangsa masih dalam kerangka pendemokrasian pendidikan, iaitu pendidikan bermutu untuk semua murid. Ibu bapa diberi pilihan yang luas supaya anak masing-masing menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik berdasarkan kecenderungan, keupayaan dan wawasan tertentu.
...
...
...
...
...
...
...
...
Wednesday, May 7, 2014
CONTOH SURAT RAYUAN BATAL SAMAN HAD LAJU (LETTER TO POLICE OFFICER)
...
...
...
...
...
...
...
...
Nama
Alamat
Alamat 0x-ABCDEF (P)
Alamat 01X-YYYYYYY (hp)
Ketua Trafik Negeri ___________
Ibu Pejabat Kontinjen Polis ______________
(bandar) 18 Rabiul Awal 1435
(u/p: Tuan DSP _____________)
20
Januari 2014
RAYUAN PEMBATALAN
NOTIS SAMAN LALU LINTAS
KOMPAUN KESALAHAN
TRAFIK PANDU LAJU: NOMBOR PENDAFTARAN PALSU (no. daftar kereta)
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2 Pada __ januari yang lalu saya telah
membuat semakan sistem kompaun trafik di balai polis __________________.
Salinan maklumat saman belum jelas (OKS) berkenaan dilampirkan bersama surat
ini.
3 Pegawai polis yang bertugas di kaunter
pada petang itu telah menunjukkan kepada saya gambar kenderaan yang dirakamkan oleh
pihak trafik daerah __________ bertarikh __ _______ ___. Nombor pendaftaran ___ _____ memang milik saya, tetapi untuk kenderaan penumpang
(jenama), bukan _____________________ seperti yang tertera. Saya sertakan juga
sesalinan geran kenderaan yang dimaksudkan itu.
4 Pada tarikh yang dinyatakan juga saya tidak
berada di lokasi kejadian. Saya berada di _______ setelah selesai urusan perjalanan
dari ___________ di negeri ___________. Pegawai polis yang bertugas juga
memaklumkan kepada saya bahawa kes pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan
bukanlah kes baharu, namun saya perlu membuat rayuan bagi membatalkan notis
saman.
5
Sehubungan itu, saya berharap pihak tuan dapat membuat pengesahan bahawa
nombor pendaftaran ____ _______ seperti
yang tertera pada kereta ______________ tersebut adalah palsu. Saya juga
memohon agar dapat dilepaskan daripada notis saman berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Saya Yang Benar,
(nama)
KP: _____________________
...
...
...
Tuesday, May 6, 2014
SOALAN HANGAT ESEI MAKROEKONOMI STPM (PREPARATON AND TARGET)
...
...
...
Jadual analisis soalan STPM 2014
Contoh soalan bab 1:
Huraikan lima petunjuk makroekonomi
Cadangan isi jawapan:
i) kadar pertumbuhan ekonomi
ii) kadar inflasi
iii) kadar pengangguran
iv) akaun dagangan
v) akaun semasa
vi) keluaran (dalam) negara kasar
Contoh soalan bab 2:
Dengan contoh berangka, jelaskan cara penghitungan pendapatan negara kaedah perbelanjaan
Cadangan isi jawapan:
i) konsep kaedah perbelanjaan
ii) format jadual (beri contoh angka yang mudah dikira dalam nilai RM juta)
iii) asas rumus C + I + G + Xn = KDNK hp
(perbelanjaan penggunaan awam, swasta + pembentukan modal kasar awam, swasta,
perubahan stok, eksport bersih)
iv) KDNK hp - PFbLN = KNK hp
Contoh soalan bab 3:
Contoh soalan bab 4:
Terangkan teori permintaan wang Keynes.
Cadangan isi jawapan:
i) asas teori keutamaan kecairan Keynes - permintaan wang (urus niaga, awasan, spekulasi)
ii) perangkap kecairan (kadar bunga paling rendah, semua masyarakat jual bon,
keluk LD anjal sempurna
iii) pengaruh kadar bunga, pendapatan
Contoh soalan bab 5:
Bezakan antara:
a) naik nilai dengan terlebih nilai
b) susut nilai dengan terkurang nilai
dalam urus niaga pertukran wang asing
Cadangan jawapan:
i) sistem pertukaran wang asing
(naik nilai: apabila harga mata wang tempatan lebih tinggi daripada keseimbangan pasaran
sistem pertukaran bebas)
(terlebih nilai: apabila harga wang tempatan ditetapkan lebih rendah daripada harga pasaran sistem pertukaran tetap)
(susut nilai:
terkurang nilai:
...
...
...
...
...
Jadual analisis soalan STPM 2014
BAB
|
PENGGAL 2 (P2)
|
ULANGAN 2 (U2)
|
Catatan
|
|
1
|
Sebab matlamat dasar makro
|
Aliran (wang) pusingan PN 3 sektor
|
||
2
|
(5) sebab nilai PN tidak tepat
|
Hubung kait Ypc, taraf hidup (aplikasi)
|
||
3
|
(2) faktor kemahiran buruh ~ AD - AS
|
Keseimbangan PN 3 sektor AE-Y, -ΔI
|
||
4
|
4.1
Definisi wang, (4) fungsi wang
4.2
Kesan +ΔMs ~ rajah kecairan
Keynes
|
4.1
(5) faktor had ciptaan wang
4.2
penentuan r Keynes, kesan +ΔY
|
||
5
|
(5) alat kawalan import ~ defisit BoP
|
(rajah) kesan +ΔFDI t’hadap forex RM
|
Contoh soalan bab 1:
Huraikan lima petunjuk makroekonomi
Cadangan isi jawapan:
i) kadar pertumbuhan ekonomi
ii) kadar inflasi
iii) kadar pengangguran
iv) akaun dagangan
v) akaun semasa
vi) keluaran (dalam) negara kasar
Contoh soalan bab 2:
Dengan contoh berangka, jelaskan cara penghitungan pendapatan negara kaedah perbelanjaan
Cadangan isi jawapan:
i) konsep kaedah perbelanjaan
ii) format jadual (beri contoh angka yang mudah dikira dalam nilai RM juta)
iii) asas rumus C + I + G + Xn = KDNK hp
(perbelanjaan penggunaan awam, swasta + pembentukan modal kasar awam, swasta,
perubahan stok, eksport bersih)
iv) KDNK hp - PFbLN = KNK hp
Contoh soalan bab 3:
Contoh soalan bab 4:
Terangkan teori permintaan wang Keynes.
Cadangan isi jawapan:
i) asas teori keutamaan kecairan Keynes - permintaan wang (urus niaga, awasan, spekulasi)
ii) perangkap kecairan (kadar bunga paling rendah, semua masyarakat jual bon,
keluk LD anjal sempurna
iii) pengaruh kadar bunga, pendapatan
Contoh soalan bab 5:
Bezakan antara:
a) naik nilai dengan terlebih nilai
b) susut nilai dengan terkurang nilai
dalam urus niaga pertukran wang asing
Cadangan jawapan:
i) sistem pertukaran wang asing
(naik nilai: apabila harga mata wang tempatan lebih tinggi daripada keseimbangan pasaran
sistem pertukaran bebas)
(terlebih nilai: apabila harga wang tempatan ditetapkan lebih rendah daripada harga pasaran sistem pertukaran tetap)
(susut nilai:
terkurang nilai:
...
...
...
Monday, May 5, 2014
MESEJ SALAH KEPADA PENJENAYAH (NEVER EVER SUPPORTING CRUEL ACTS)
Manusia sering menjadi musuh terhadap perkara yang mereka jahil tentangnya. Seseorang yang jahil akan hanya bergantung kepada perasaan, sentimen, ego, intuisi (ilham) dan sangkaan yang cenderung untuk meleset, sesat dan sipi. Malah, kejahilan mendorong kepada proses membuat keputusan dan tingkah laku yang melencong dan palsu.
Akses pendidikan rasmi merupakan upaya sesebuah masyarakat untuk mengurangkan tahap kejahilan dan amalan cuba jaya. Perspektif pendidikan sebagai proses ketibaan makna memberi maksud bahawa insan dibimbing menerusi kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial (ESQ) yang menjurus kepada tingkah laku asertif, iaitu menjaga hak diri sendiri , tetapi dalam masa yang sama menjaga hak orang lain.
Mutakhir ini media memainkan isu pelaksanaan hukum hudud di Brunei Darus-Salam mulai semalam (5/5/14) dan cadangan usul parlimen tentang pelaksanaannya di Malaysia. Seperti yang diduga, golongan yang berasa diri mereka bakal terjejas dengan ura-ura pelaksanaan undang-undang berasaskan syariah itu mula menunjukkan belang mereka yang sebenar. Mereka menolak cadangan pelaksanaan hudud secara terbuka tanpa alasan ilmiah yang kukuh, melainkan sekadar menzahirkan kebencian terhadap umat Islam dan cara hidup Islam yang syumul.
Golongan penentang yang tidak rasional itu seolah-olah menutup mata terhadap kekejaman penjenayah yang sanggup mendatangkan kecederaan parah, kematian dan trauma terhadap mangsa sasaran mereka. Demikian juga dengan penjenayah terhormat yang pecah amanah, mencuri hak orang ramai, membolot projek dan kekayaan secara licik dan sebagainya. Proses pembuktian dan sabitan jenayah yang berlaku bukan semudah itu untuk dimanipulasi bagi menganiaya mana-mana pihak yang tidak bersalah sebagaimana dalam perundangan sekular.
Penjenayah yang tidak berhati perut sanggup melakukan perkara yang tidak munasabah terhadap kanak-kanak yang tidak berdaya, kemudian cuba melupuskan bukti jenayah mereka. Apabila ditangkap dan dibicarakan, mereka buat muka kasihan, lalu disokong oleh keluarga dan pejuang hak asasi yang bertunjangkan aliran liberal. Keadaan itu mendorong pelakuan jenayah secara berleluasa justeru penjenayah berasa kebanyakan anggota masyarakat, termasuk golongan bijak pandai mudah melupakan kekejaman mereka, sebaliknya menentang hukuman tegas daripada dijatuhkan.
Hudud berakar umbi daripada kosa kata 'had', iaitu sempadan yang tidak boleh diceroboh tanpa alasan yang wajar. Hakikatnya, proses pelaksanaan hudud bukan hanya proses mahkamah dan jatuh hukuman, tetapi mencakup juga persediaan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang berteraskan kebenaran dan keadilan. Demikian juga persediaan prasarana, kepakaran dan tatacara pembuktian yang bebas daripada sebarang cubaan manipulasi.
Mudah cakap, mereka yang jahil terhadap perundangan syariah hendaklah menghormati hujah ilmiah yang autentik. Pihak yang menyampaikan penerangan pula hendaklah mencari jalan yang terbaik supaya golongan jahil syariah itu dapat diajak menjadi lebih lunak. Kesabaran yang menjadi kunci kejayaan dakwah sejak zaman-berzaman perlu menjadi titik tolak dialog, perbincangan dan wacana ilmu yang menjurus terhadap pembanterasan jenayah, sekali gus menjadi pemangkin kewujudan masyarakat yang sejahtera.

Sunday, May 4, 2014
KONSPIRASI KAPITALIS PENJAJAH HALANG PENUBUHAN BANK ANAK TEMPATAN (THE STORY BEHIND JALAN MAAROF, BANGSAR)
Ketika pemimpin politik Melayu yang lain sibuk berjuang untuk kemerdekaan negara, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama untuk orang Melayu, iaitu Malay National Bank bertempat di Klang Street, Kuala Lumpur pada tahun 1946. Maarof sanggup memujuk ibunya yang berada di mambau, Negeri Sembilan supaya menjual tanah pusaka seluas 10 hektar (24 ekar) semata-mata untuk menampung dan membiayai kos operasi dan penubuhan bank berkenaan. Maarof menolak tawaran untuk dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama justeru tidak sanggup membiarkan nasib orang Melayu yang hanya bergantung kepada ceti haram (dan terdedah kepada sistem riba yang kejam) (BH Ahad, 4.5.2014: halaman 8 - 9).
Anak jati Seri Menanti yang datang daripada keluarga bangsawan itu menerima pendidikan aliran Inggeris di Sekolah St. Paul, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pengajian undang-undang di United Kingdom (1928- 30). Maarof pernah bertugas sebagai penolong pegawai daerah (ADO) di beberapa buah daerah di negeri Perak, iaitu Selama, Parit, Kampar dan Tapah sebelum beralih ke bidang kehakiman dan guaman. Keprihatinan Maarof untuk mengeluarkan orang Melayu daripada putaran ganas kemiskinan, belenggu lintah darat dan orang tengah, serta pengambilan tanah secara terancang atas alasan komersial telah mendorong beliau untuk memulakan asas sistem kewangan dan perbankan yang kukuh.
kepada pengkagum Inggeris, bacalah tembelang mereka ini ...
(klik gambaran untuk paparan skrin penuh)
(klik gambaran untuk paparan skrin penuh)
Pemikiran dan tindakan Maarof yang begitu futuristik itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Pihak tertentu (masih belum dikenal pasti menerusi proses siasatan) telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta. Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur - Bentong.
Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.
Nama Maarof sebagai pemikir sistem kewangan dan perbankan Melayu terawal mungkin tidak begitu dikenali berbanding dengan Profesor Di-Raja Ungku Abdul Aziz yang mencetuskan idea penubuhan Lembaga Tabung Haji dan Angkasa (angkatan koperasi kebangsaan). Namun, kisah perjuangan ayahanda kepada Datuk Mustapha Maarof, 80, anak lelaki tunggal beliau yang mencipta nama sebagai pelakon sejak era P. Ramlee lagi, telah membuka dimensi baharu terhadap sejarah ekonomi orang Melayu sejak penindasan penjajah Inggeris lagi. Walaupun menerima pendidikan Inggeris hingga ke England, Maarof masih mengekalkan jati diri dan enggan menjadi boneka kaum penjajah sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Mustapha menyifatkan ayah beliau sebagai cukup peramah dan merendah diri, serta santun terhadap orang kampung kerana sering menumpangkan mereka menaiki kereta Austin milik beliau. Mustapha juga sering mengikut ayahnya menjala ikan sebagai hobi mengisi masa lapang. Maka, Mustapha sangat musykil dan terkilan betapa pihak tertentu tergamak berlaku kejam terhadap arwah bapanya yang baik budi dan tidak menanggung sebarang beban hutang.
Sebagai menghargai jasa Maarof, kerajaan telah mengabadikan nama Maarof pada sebatang jalan yang bermula dari dataran Maybank menuju ke gedung membeli-belah di Bangsar. Perkara itu disahkan oleh Al-Marhum Tuanku Ja'afar, Yang di-Pertuan Agong ke-10 kepada Mustapha secara peribadi. Apakah kesudahan bank yang diasaskan oleh Maarof?
...
...
...
Saturday, May 3, 2014
CABARAN INDUSTRI KRAF TANGAN TEMPATAN (THE TOUCH OF CREATIVITY)
Rangka rancangan penulisan:
1 Pendahuluan: hakikat industri kreatif turun-temurun, permintaan
2 Cabaran 1: kos pelaburan
3 Cabaran 2: teknologi
4 Cabaran 3: kecekapan pengeluaran
5 Cabaran 4: kawalan mutu
6 Cabaran 5: modal insan
7 Cabaran 6: penjenamaan
8 Cabaran 7: pemasaran
9 Cabaran 8: daya saing
10 Cabaran 9: khidmat selepas jualan
11 Cabaran 10: hak paten
12 Penutup: pembaharuan dalam sinergi industri

Lampu Aladin pun ada?
...
...
...
sentuhan tangan 'emas'
...
...
...
sejak bayi sudah didedahkan dengan persekitaran perniagaan
...
...
...
...
...
Friday, May 2, 2014
APAKAH YANG ANDA SIBUK SEBENARNYA? (ALWAYS RE-THINK FOR A WHILE)
Bijak pandai sering mengungkapkan bahawa berbuatlah sesuatu dengan betul dan berbuatlah perkara yang betul (do the things right, do the right things, klik di sini). Pemikir pengurusan tersohor, Peter Drucker mengatakan 'kecekapan ialah membuat sesuatu perkara dengan betul, manakala keberkesanan ialah melakukan perkara yang betul' (Ibid). Pengurus melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan betul, manakala pemimpin melaksanakan peranan dan tangggungjawab yang betul (klik di sini).
Banyak orang kelihatan sibuk sekali dengan pergerakan ke sana ke mari tanpa noktah sehinggalah ajal datang menjemput mereka. Namun, andai kata ditanya tentang sebab mereka menjadi sibuk, mungkin hanya jawapan mudah yang akan diterima, iaitu tiada landasan falsafah langsung. Mereka sibuk dengan urusan kehidupan yang samar dan hanya ditentukan oleh pihak lain.
Dalam kata lain, kebanyakan orang memang sibuk dengan jadual kegiatan harian yang padat, tetapi tidak begitu pasti sama ada kesibukan yang mereka alami itu hanya sebagai sebagai rutin seumpama robot yang sudah siap diprogramkan atau mereka hanya mengikut perbuatan orang lain. Tidakkah mereka mahu berfikir barang sejenak punca mereka menjadi demikian sibuk dan untuk apa? Kemahuan siapakah yang mereka hendak penuhi dengan segala kesibukan yang berlaku?
sumber ambilan imej di sini
Ungkapan klasik di atas menggesa insan supaya berfikir sejenak tentang perihal kesibukan diri masing-masing. Tidaklah cukup hanya menjadi sibuk tanpa menyedari alasan untuk menjadi sibuk. Mesti ada penjelasan tentang kesibukan yang dialami supaya segala perbuatan dan tugas yang dilaksanakan menjurus ke arah sesuatu yang betul dan bukannya sia-sia.
Jika seekor ibu burung yang merupakan sejemput daging yang kerdil terbang pada awal-awal pagi untuk mencari makanan buat anak di sarang dengan kesanggupan menanggung risiko kehilangan nyawa, apakah insan yang sibuk juga berfikir tentang tujuan kesibukan mereka? Insan bukan burung yang hanya melaksanakan fungsi biologi untuk makan minum dan membiak dalam persekitaran rantaian makanan yang 'kejam'. Insan menggalas peranan dan tanggungjawab besar untuk memakmurkan bumi, berusaha ke arah kesejahteraan dan menyumbang terhadap keharmonian yang tuntas.
...
...
...
...
...
Thursday, May 1, 2014
AMALAN BULAN REJAB DAN ISU HADITH PALSU (CLOSE TO RAMADAN)
Kedatangan bulan Rejab menandakan bulan puasa puasa hanya tinggal dua bulan. Bagi umat Islam yang menjadikan keseluruhan hidup mereka sebagai ibadah untuk mencapai keredaan Ilahi sentiasa melaksanakan amalan soleh, kebaktian dan taqwa sepanjang masa dengan bersungguh-sungguh. Amalan digandakan dalam bulan-bulan tertentu terutama sepanjang bulan ramadan al-Mubarak yang saban tahun dinanti-nanti.
Keutamaan bulan Syaaban memang jelas disebut (klik di sini), tetapi tentang kelebihan bulan Rejab memang menimbulkan kemusykilan (klik di sini). Maka, umat Islam digesa supaya tidak melakukan pendustaan terhadap Rasulullah Salallahu alaihi wasallam dengan menyebarkan hadith palsu tentang amalan khusus bulan Rejab tanpa merujuk ulama dan sarjana fiqh dan ilmu hadith. Jalan yang lebih selamat ialah laksanakan sesuatu amalan yang baik tanpa dikaitkan dengan fadilat (keutamaan) yang tidak dapat disahkan (klik di sini).
Imam al-Ghazali dalam naskhah "Hai Anak' telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang keperluan ilmu dalam beramal (klik di sini).
...
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Posts (Atom)