Ketika pemimpin politik Melayu yang lain sibuk berjuang untuk kemerdekaan negara, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama untuk orang Melayu, iaitu Malay National Bank bertempat di Klang Street, Kuala Lumpur pada tahun 1946. Maarof sanggup memujuk ibunya yang berada di mambau, Negeri Sembilan supaya menjual tanah pusaka seluas 10 hektar (24 ekar) semata-mata untuk menampung dan membiayai kos operasi dan penubuhan bank berkenaan. Maarof menolak tawaran untuk dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama justeru tidak sanggup membiarkan nasib orang Melayu yang hanya bergantung kepada ceti haram (dan terdedah kepada sistem riba yang kejam) (BH Ahad, 4.5.2014: halaman 8 - 9).
Anak jati Seri Menanti yang datang daripada keluarga bangsawan itu menerima pendidikan aliran Inggeris di Sekolah St. Paul, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pengajian undang-undang di United Kingdom (1928- 30). Maarof pernah bertugas sebagai penolong pegawai daerah (ADO) di beberapa buah daerah di negeri Perak, iaitu Selama, Parit, Kampar dan Tapah sebelum beralih ke bidang kehakiman dan guaman. Keprihatinan Maarof untuk mengeluarkan orang Melayu daripada putaran ganas kemiskinan, belenggu lintah darat dan orang tengah, serta pengambilan tanah secara terancang atas alasan komersial telah mendorong beliau untuk memulakan asas sistem kewangan dan perbankan yang kukuh.
kepada pengkagum Inggeris, bacalah tembelang mereka ini ...
(klik gambaran untuk paparan skrin penuh)
Pemikiran dan tindakan Maarof yang begitu futuristik itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Pihak tertentu (masih belum dikenal pasti menerusi proses siasatan) telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta. Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur - Bentong.
Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.
Nama Maarof sebagai pemikir sistem kewangan dan perbankan Melayu terawal mungkin tidak begitu dikenali berbanding dengan Profesor Di-Raja Ungku Abdul Aziz yang mencetuskan idea penubuhan Lembaga Tabung Haji dan Angkasa (angkatan koperasi kebangsaan). Namun, kisah perjuangan ayahanda kepada Datuk Mustapha Maarof, 80, anak lelaki tunggal beliau yang mencipta nama sebagai pelakon sejak era P. Ramlee lagi, telah membuka dimensi baharu terhadap sejarah ekonomi orang Melayu sejak penindasan penjajah Inggeris lagi. Walaupun menerima pendidikan Inggeris hingga ke England, Maarof masih mengekalkan jati diri dan enggan menjadi boneka kaum penjajah sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Mustapha menyifatkan ayah beliau sebagai cukup peramah dan merendah diri, serta santun terhadap orang kampung kerana sering menumpangkan mereka menaiki kereta Austin milik beliau. Mustapha juga sering mengikut ayahnya menjala ikan sebagai hobi mengisi masa lapang. Maka, Mustapha sangat musykil dan terkilan betapa pihak tertentu tergamak berlaku kejam terhadap arwah bapanya yang baik budi dan tidak menanggung sebarang beban hutang.
Sebagai menghargai jasa Maarof, kerajaan telah mengabadikan nama Maarof pada sebatang jalan yang bermula dari dataran Maybank menuju ke gedung membeli-belah di Bangsar. Perkara itu disahkan oleh Al-Marhum Tuanku Ja'afar, Yang di-Pertuan Agong ke-10 kepada Mustapha secara peribadi. Apakah kesudahan bank yang diasaskan oleh Maarof?
...
...
...
1 comment:
Bank tu menjadi Bank Bumiputra dan sekarang CIMB... hurmmm
Post a Comment