SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, May 8, 2014

RIMUP ERATKAN HUBUNGAN MURID AWAL REMAJA (FUTURISTIC NATION BUILDING STRATEGY)

Perpaduan ialah jaminan atau insurans kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara dalam jangka masa panjang. Dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian latar belakang keturunan, kepercayaan dan pencapaian sosioekonomi seperti Malaysia, perpaduan yang utuh akan berjaya menghalang anasir yang tidak dikehendaki daripada mengapi-apikan sensiviti rakyat jelata yang hanya mengundang padah. Selain memupuk semangat cinta negara menerusi pelaksanaan kurikulum di sekolah, murid yang berlainan sekolah dan aliran digabungkan dalam aktiviti terancang.

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) mula diperkenalkan pada tahun 1986 (klik di sini) dan mengalami penambahbaikan dari masa ke masa supaya sentiasa relevan dengan keperluan terkini. Kesinambungan sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pintar swasta dan sekolah antarabangsa masih dalam kerangka pendemokrasian pendidikan, iaitu pendidikan bermutu untuk semua murid. Ibu bapa diberi pilihan yang luas supaya anak masing-masing menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik berdasarkan kecenderungan, keupayaan dan wawasan tertentu.

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments: