SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 5, 2014

MESEJ SALAH KEPADA PENJENAYAH (NEVER EVER SUPPORTING CRUEL ACTS)

Manusia sering menjadi musuh terhadap perkara yang mereka jahil tentangnya. Seseorang yang jahil akan hanya bergantung kepada perasaan, sentimen, ego, intuisi (ilham) dan sangkaan yang cenderung untuk meleset, sesat dan sipi. Malah, kejahilan mendorong kepada proses membuat keputusan dan tingkah laku yang melencong dan palsu.

Akses pendidikan rasmi merupakan upaya sesebuah masyarakat untuk mengurangkan tahap kejahilan dan amalan cuba jaya. Perspektif pendidikan sebagai proses ketibaan makna memberi maksud bahawa insan dibimbing menerusi kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial (ESQ) yang menjurus kepada tingkah laku asertif, iaitu menjaga hak diri sendiri , tetapi dalam masa yang sama menjaga hak orang lain.

Mutakhir ini media memainkan isu pelaksanaan hukum hudud di Brunei Darus-Salam mulai semalam (5/5/14) dan cadangan usul parlimen tentang pelaksanaannya di Malaysia. Seperti yang diduga, golongan yang berasa diri mereka bakal terjejas dengan ura-ura pelaksanaan undang-undang berasaskan syariah itu mula menunjukkan belang mereka yang sebenar. Mereka menolak cadangan pelaksanaan hudud secara terbuka tanpa alasan ilmiah yang kukuh, melainkan sekadar menzahirkan kebencian terhadap umat Islam dan cara hidup Islam yang syumul.

Golongan penentang yang tidak rasional itu seolah-olah menutup mata terhadap kekejaman penjenayah yang sanggup mendatangkan kecederaan parah, kematian dan trauma terhadap mangsa sasaran mereka. Demikian juga dengan penjenayah terhormat yang pecah amanah, mencuri hak orang ramai, membolot projek dan kekayaan secara licik dan sebagainya. Proses pembuktian dan sabitan jenayah yang berlaku bukan semudah itu untuk dimanipulasi bagi menganiaya mana-mana pihak yang tidak bersalah sebagaimana dalam perundangan sekular.

Penjenayah yang tidak berhati perut sanggup melakukan perkara yang tidak munasabah terhadap kanak-kanak yang tidak berdaya, kemudian cuba melupuskan bukti jenayah mereka. Apabila ditangkap dan dibicarakan, mereka buat muka kasihan, lalu disokong oleh keluarga dan pejuang hak asasi yang bertunjangkan aliran liberal. Keadaan itu mendorong pelakuan jenayah secara berleluasa justeru penjenayah berasa kebanyakan anggota masyarakat, termasuk golongan bijak pandai mudah melupakan kekejaman mereka, sebaliknya menentang hukuman tegas daripada dijatuhkan.

Hudud berakar umbi daripada kosa kata 'had', iaitu sempadan yang tidak boleh diceroboh tanpa alasan yang wajar. Hakikatnya, proses pelaksanaan hudud bukan hanya proses mahkamah dan jatuh hukuman, tetapi mencakup juga persediaan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang berteraskan kebenaran dan keadilan. Demikian juga persediaan prasarana, kepakaran dan tatacara pembuktian yang bebas daripada sebarang cubaan manipulasi.

Mudah cakap, mereka yang jahil terhadap perundangan syariah hendaklah menghormati hujah ilmiah yang autentik. Pihak yang menyampaikan penerangan pula hendaklah mencari jalan yang terbaik supaya golongan jahil syariah itu dapat diajak menjadi lebih lunak. Kesabaran yang menjadi kunci kejayaan dakwah sejak zaman-berzaman perlu menjadi titik tolak dialog, perbincangan dan wacana ilmu yang menjurus terhadap pembanterasan jenayah, sekali gus menjadi pemangkin kewujudan masyarakat yang sejahtera.

...

...

...

No comments: