SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, April 17, 2014

MENITI LIKU KEHIDUPAN BERSAMA KELUARGA (SMILE WHILE YOU STILL HAVE TEETH)

Keluarga ialah suatu anugerah yang tiada tolok bandingan. Ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara membentuk ikatan yang sangat unik, serta tiada galang gantinya. Sokongan keluarga memberi kekuatan kepada seseorang itu untuk terus berusaha memperoleh kejayaan yang hakiki dalam kehidupan yang singkat selagi hayat dikandung badan.

Keluarga yang bersatu padu dengan pertautan kasih sayang berlandaskan syariat mengecapi kebahagiaan dan kesejahteraan meskipun tidak akan sunyi daripada dugaan, kekangan, kekurangan dan kesulitan. Keluarga sedemikian ibarat kata pepatah: cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Kemesraan yang terjalin akur terhadap akhlak yang digariskan seperti kewajipan menjaga tutur kata, tingkah laku, aurat dan segala perkara yang telah jelas dalam agama, al-ma'lum min'ad-din bi'd-darurah.

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, April 16, 2014

PENUTUPAN UNIVERSITI AL-BUKHARY: SUATU IKTIBAR (HIGHER EDUCATION FINANCING AND LEADERSHIP)

Kini, isu di atas telah diangkat sebagai kes mahkamah apabila sekumpulan pelajar memfailkan saman terhadap beberapa pihak yang tersenarai (klik di sini). Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) yang berkonsepkan pengajian secara percuma menerusi pembiayaan wakaf sepenuhnya ialah milik tokoh perniagaan ulung bumiputera, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary yang menguasai empayar beras, gula, prasarana, penerbitan, pengangkutan dan banyak lagi. Maka, apabila universiti yang baru sahaja beroperasi dengan jumlah pelajar sebanyak 600 orang dari serata dunia terpaksa ditutup secara mengejut, natijah yang muncul selepasnya bakal menjadi duluan dan rujukan pada masa hadapan.

AiU mencontohi model universiti wakaf terkemuka dunia, iaitu al-Azhar, Kaherah yang menjadi penanda aras pengajian tinggi Islam seluruh dunia. Malah, kebanyakan universiti tersohor Barat seperti Harvard, Yale, Cambridge dan Oxford diasaskan  atas nama kebajikan pihak gereja. Namun, hari ini, dana endowment mereka sudah melebihi keluaran dalam negara kasar (KDNK) kebanyakan negara dunia ketiga. 

Sesebuah universiti moden menghendaki proses perancangan strategik yang merangkumi fasa jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang. Perancangan yang dimaksudkan meliputi tradisi kecendekiawanan dan kecemerlangan ilmu, kewangan, pembangunan fizikal, kelayakan dan pengkhususan akademik, bidang pengajian, penyelidikan, kepimpinanan, tadbir urus dan jaringan. Universiti bukan sebuah sekolah tinggi vokasional atau kilang mengeluarkan bakal pekerja berkemahiran, tetapi sebuah entiti penerokaan kebenaran yang tidak terbatas, sejajar dengan asal istilah universiti, iaitu universe yang bererti jagat raya yang tidak diketahui penghujungnya.

Aristotle pernah mengatakan bahawa dia sangat dekat dengan gurunya, Plato di The Academy, tetapi kebenaran lebih dekat lagi (baca lebih lanjut di sini). Dalam kata lain, pencari kebenaran tidak terikat dengan sesiapa, melainkan hanya terhadap kebenaran itu sendiri. Namun, dengan berlalunya masa, prinsip kebebasan akademik harus berhadapan dengan hierarki pentadbiran dan pihak yang membiayai perjalanan universiti walaupun mereka tidak semestinya dialu-alukan dalam kalangan cendekiawan yang jujur dan tulen.

Dilema universiti pascamoden ialah tekanan kuat pasaran yang hanya mahu orientasi pengajian yang akur kepada telunjuk industri semata-mata. Maka, anggota lembaga pengarah universiti dipenuhi oleh tokoh industri berpengaruh yang lebih berkuasa daripada pentadbiran akademia (naib canselor) dalam urusan membuat keputusan dan dasar. Lantikan profesor adjung dalam kalangan pemuka konglomerat membuktikan betapa universiti yang biasa-biasa meletakkan kedudukan yang berlebihan kepada mereka berbanding dengan ilmuan dan karyawan yang menjunjung panji-panji kebenaran dan kecendekiawanan.

Mantan naib canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Hashim Yacob pernah menyatakan bahawa beliau mendapati sukar untuk melaksanakan idea pembaharuan dan pembangunan universiti justeru perlu mendapat restu lembaga pengarah universiti (yang tidak mampunyai kepekaan yang tuntas terhadap dunia cendekia) terlebih dahulu. Sesetengah universiti swasta pula ditubuhkan atas pertimbangan perniagaan yang melihat pengajian tinggi sebagai komoditi dagangan. Maka, banyaklah kursus yang bersifat vokasional dan hands-on ditawarkan sehingga martabat universiti sebagai gedung ilmu, kepimpinan dan penyelidikan tidak lagi menjadi keutamaan yang teratas.

Pembiayaan sesebuah universiti sudah memerlukan dana yang cukup besar kerana harus menggaji profesor yang terbaik dalam bidang pengkhususan masing-masing, prasarana kampus dan perbelanjaan harian. Universiti awam mendapat suntikan dana pembayar cukai menerusi kelulusan belanjawan negara, tetapi dengan pertambahan permintaan kemasukan pelajar dari tahun ke tahun, universiti awam juga harus mencari dana tambahan menerusi konsep pengkorporatan dan kegiatan perniagaan yang berkaitan dengan dunia kecendekiawanan. Hasrat menaik taraf politeknik premier sebagai universiti awam bakal menambah keperluan peruntukan yang telah sedia tinggi.

Bilangan pelajar universiti tempatan yang sudah mencecah setengah juta orang bermakna permintaan terhadap pembiayaan pengajian tinggi semakin kritikal. Kemudahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi tumpuan, tetapi bergantung juga kepada pembayaran balik peminjam terdahulu yang mungkin agak perlahan atas pelbagai alasan. Pelajar yang kurang berkemampuan mungkin memperoleh bantuan kewangan Baitul Mal dan zakat.

Selain AiU, terdapat Institut Profesional Baitulmal (IPB) yang menawarkan kelayakan ikhtisas perakaunan, kesetiausahaan dan lain-lain, serta kolej universiti perubatan Pusrawi yang mungkin berpotensi dinaik taraf sebagai universiti penuh berteraskan pembiayaan wakaf. Sementara menanti proses mahkamah dan keputusan Kementerian Pendidikan, jaminan tentang kesinambungan pengajian pelajar AiU hendaklah jelas. kakitangan AiU mungkin tidak menghadapi masalah untuk diserapkan dalam pelbagi cabang perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar berdasarkan kepakaran pengkhususan dan kesarjanaan masing-masing.

Sesungguhnya universiti yang ditubuhkan atas nama Islam dan pembiayaan wakaf merupakan harapan kepada umat yang masih serba ketinggalan dalam persekitaran kepesatan perubahan dunia tanpa sempadan dominasi Barat. Universiti seumpama itu harus menjadi pencetus teladan terhadap pembiayaan pendidikan tinggi dalam kalangan umat untuk kembali memacu kehidupan yang sejahtera berlandaskan prinsip tawhid. Masih belum terlambat untuk kepimpinan umat bagi mencari jalan supaya impian besar dakwah membawa rahmat kepada sekalian alam bakal kesampaian, insya-Allah ...

Tuesday, April 15, 2014

SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA (PROTECTIONISM AND EFFICIENCY)

...

...

...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: SEKATAN PAB  (16042014)      _________________________________________

HP 1:  M’garisⁿ kesan –ve PAB t’hadap eko. sesebuah negara;     HP 2:  m’jelasⁿ tujuan sekatan PAB
HP 3:  memerihalⁿ alat sekatan PAB;    HP 4:  m’analisis kesan tarif

Kesan –ve PAB
Saingan industri muda
Lambakan
BoP -ve
belum menikmati eko. bidangan
à kos pgⁿ >, P >, DD <
n. maju jual barang harga rendah
à industri tempatan hilang pasaran
< I luar negara, < maju sektor p’khidmatan: terimaan < bayaran

Tujuan sekatan
Isi
Huraian
Melindungi industri muda
kepercayaan, eko. bidangan, kualiti b/p ~ kemahiran buruh, tekno à sekat M b/p =
Melindungi industri penting
pgⁿ keperluan asas: tidak b’gantung M:  kecemasan / perang à minyak soya vs sawit
M’pelbagaiⁿ ekonomi
<ⁿ p’gantungan sektor, X ,M t’tentuà sekat M brg asing = à kilang baru b’daya saing
↑ⁿ guna tenaga
bantu industri tempatan wujudⁿ peluang kerja (UN ↓)
Hindari lambakan
saingan kel .tempatan yang =
M’p’baiki BoP
kadar syarat perdagangan merugiⁿ, ↓M, DD barang tempatan ↑ (andaian X tetap)
+ΔY
tarif sumber biaya belanjawan kurangan

Alat sekatan
Tarif

Bukan tarif
(cukai M)
ad-valorem: b’dasarⁿ P

spesifik: nilai tetap
1  kuota M
kuantiti max. M: <ⁿ saingan brg M tidak anjal harga
2  kawalan tukaran asing
BPs tetapⁿ kuantiti max. m/wang asing dibeli õ p’M tempatan
3  subdisi X
bantuan kewangan kpd p’X à kos↓, Px ↓, Dx ↑, saingan ↓
4  embargo
boikot / pulau M negara t’tentu, eg. rejim haram Tel Aviv
5  piawaian kesihatan
p’aturan bawa masuk ~ bebas penyakit, sijil halal

Kesan tarif  (keluk)

sebelum tarif:

P =___,  Qd =  ___;   Qs = ___;  ∑M =  ____;  ∑ belanja M =  ____


selepas tarif b’saiz _____ per unit  à  keluk ____ b’alih ke  _____:

P __ ke  ___, Qd __  ke  ___;   Qs__ ke ___;  ∑M __  ke  ____; 
∑ belanja M__  ____
è ∑ tariff = ___  X  ___  =  _____
è ∑ belanja p’guna =  belanja __  + _______  =  _____ +  ______ =  _____

Kesan tarif (hujah dialektik)
baik

buruk
Dx __,  SS ganti M __  à  BoP  >  _____
1
herotan p’untukan ________ ke industri <  ________
Y  ___ sebanyak ∑ ________
2
Pm, ↑P p’ganti ___:  kualiti ≠  à kebajikan  __
> banyak _______ pindah ke industri di________
3
Y firma di________ bukan sebab __________
m’galakⁿ industeri p’gantian  ___
4
beban x cekap: bayar P >  + bayar ________
↑ⁿ  _____  _________ ,  ↓ ___
5
tindak balas ________ dagang à jejas industri  ___

6
Kemajuan ind. tempatan __________ ~ galakan

Latihan esei:  (a)  Berikan maksud:
                               (i)  perdagangan antarabangsa;  (ii)  harga relatif;  (iii)  kadar pertukaran              [ 6 markah ]

                         (b)  Jelaskan dua bentuk laba perdagangan antarabangsa.                                             [ 4 markah ]
©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

...

...

...

Monday, April 14, 2014

HURAIAN TEORI FAEDAH BERBANDING: KAEDAH GAMBAR RAJAH (PRODUCE WITHIN PRODUCTION POSSIBILITY FRONTIER CURVE, CONSUME OUTSIDE)

Pengenalan:
Teori perdagangan antarabangsa (PAB), sama ada fedah mutlak atau faedah berbanding boleh dijelaskan menerusi kaedah gambar rajah keluk kemungkinan pengeleuaran (KKP). Ahli ekonomi sering menggambarkan bahawa negara yang berdagang mengeluarkan barang pada KKP, tetapi menggunakan barang di luar KKP. Aksiom itu sahaja sudah menjadi hujah tentang manfaat PAB setelah berlakunya pengkhususan dan kadar syarat perdagangan yang adil (kadar pertukaran yang dipersetujui memberi laba / keuntungan kepada dua buah negara yang berdagang).

Prinsip perbandingan KKP dua buah negara:

Katakan paksi menegak mewakili makanan, manakala paksi mendatar mewakili pakaian. KKP negara A lebih curam dengan sudut yang bersaiz lebih kecil di paksi menegak, berbanding dengan KKP negara B yang lebih landai dengan saiz sudut di paksi menegak yang lebih besar. Maka, negara A akan mengkhusus dalam keluaran makanan.

Negara B pula memiliki saiz sudut di paksi mendatar yang lebih kecil berbanding dengan negara B. Maka, negara B akan mengkhusus dalam keluaran pakaian. Ringkasnya, pengkhususan keluaran merujuk kepada saiz sudut yang lebih kecil di paksi keluaran berkenaan.

Cara Melukis KKP dua buah negara:

1   Rujuk jadual sebelum pengkhususan
2   Darab dua setiap keluaran untuk memperoleh had pengeluaran maksimum
3   Sediakan dua keluk berasingan untuk dua buah negara
     (contoh keluk tunggal di atas sekadar menentukan pengkhususan, belum berlaku PAB)
4   Sambung kedua-dua titik maksimum keluaran kedua-dua barang
5   Hitung harga relatif kedua-dua barang
6   Pilih satu kadar pertukaran
7   Lukis keluk kadar pertukaran berkenaan
8   Tetapkan eksport dan penggunaan dalam negeri (setiap negara yang mengkhusus)
9   Tunjukkan pada keluk KKP penggunaan sebelum pengkhususan
10   Tunjukkan penggunaan selepas PAB di luar KKP

Contoh keluk:





Huraian

Huraian

Huraian

Huraian


Penutup:

...

Sunday, April 13, 2014

KRISIS BEKALAN AIR: PERSPEKTIF PERNIAGAAN ATAU CENDEKIAWAN? (LIMITED RESOURCES AND GREAT MIND)

Air ialah nadi kehidupan sekalian makhluk di muka bumi (klik di sini). Malah, hampir semula permulaan tamadun yang hebat berdekatan dengan punca air seperti sungai, laut dan lembah. Jika di kawasan gurun dan padang pasir, oasis dan wadi menjadi tumpuan, tetapi kini juga dijadikan tarikan pelancongan (klik di sini).

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Saturday, April 12, 2014

SIAKAP 3 RASA DI PERSEKITARAN TIDAK TERURUS (RESTAURANT CLEANING MANAGEMENT)

Antara daya tarikan sesebuah premis makanan sama ada kafe, kantin, medan selera atau restauran ialah hidangan yang berkhasiat dan lazat, harga yang berpatutan, layanan yang baik, masa menunggu yang munasabah dan persekitaran yang sedap mata memandang. Pengecualian mungkin berlaku kepada warga ibu kota yang dihimpit waktu dan kos sara hidup yang tinggi. Mereka harus rela menutup sebelah mata dan lubang hidung supaya sanggup makan hidangan yang paling asas seperti mi bodoh (panggilan untuk mi yang digoreng kosong tanpa rencah dan sayur) agar perut tidak berkeroncong di tempat kerja.

Kini hanya tinggal kurang enam tahun untuk Malaysia menggapai impian bergelar negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri. Sudah jenuh pelbagai pihak menggesa masyarakat supaya jangan hanya berbangga dengan kemudahan prasarana kelas pertama, tetapi pemikiran masih kelas tiga. Sikap suka memotong giliran, membuang sampah sesuka hati, merokok tanpa mempedulikan orang lain, memfitnah saingan politik dan perniagaan, serta seribu satu contoh lain menggambarkan betapa kepincangan masyarakat dunia ketiga masih menjadi stigma.

Keadaan yang serupa didapati masih berleluasa di tempat penjualan makanan sama ada di tepi jalan, mahupun di dapur hotel berbintang-bintang. Macam-macam alasan yang tidak masuk akal akan diberi jika teguran dibuat terhadap kelemahan yang seperti sengaja dikekalkan. Di manakah keikhlasan para peniaga dan usahawan makanan sampai sanggup menjadikan pengguna mereka sendiri sebagai mangsa?
Sesekali penulis blog (PB) seisi keluarga berkunjung ke premis makanan atas saranan kawan-kawan yang pernah ke tempat berkenaan. Kadang-kadang PB terpengaruh juga dengan banyaknya orang yang singgah menjamu selera di sesebuah premis menjual makanan. Lagi pun terdapat kekangan masa untuk menyediakan hidangan tertentu di rumah, di samping sebab peralatan memasak dan urusan membeli bahan. 

Baru-baru ini PB singgah di sebuah warung makanan yang terletak di Simpang Pulai, Ipoh. Setelah buku menu disuakan, PB memesan hidangan persis seperti yang tertera dalam gambar di atas. Mohon maaf terlebih dahulu kerana perkongsian imej berkenaan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk atau untuk menghentam mana-mana pihak. 

Sebaliknya gambar hanya sebagai bahan hiasan cerita supaya dapat menangkap imaginasi pembaca blog ini dengan lebih cepat. Mungkin terlintas di fikiran bahawa hidangan di atas kaya dengan garam, kolestrol dan lemak yang ditakuti oleh mereka yang mengambil berat tentang pembakaran kalori dan sistem pencernaan tubuh badan. Namun, hidang tersebut memang berbaloi dengan harga yang dibayar.
Masalahnya ialah dari segi pengurusan kebersihan di premis makanan berkenaan. Nasib baik hal itu hanya terpandang setelah PB sekeluarga selesai menikmati hidangan. Tiba-tiba ternampak pula tisu bertaburan di atas lantai berdekatan tanpa disapu, manakala longgokan sampah dalam kotak dibiarkan berhampiran kerusi meja pelanggan.

Mengapakah pemilik premis tersebut begitu cuai dan lengah? Tidakkah dia berasa bertanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang menjadi sumber dia beroleh rezeki? Adakah dia hanya akan bertindak jika tiba-tiba muncul penguat kuasa kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT)?

Sungguh memalukan bahawa premis makanan yang menyediakan hidangan makanan halal tidak peduli tentang mutu kebersihan dan persekitaran. Sebagai peniaga Islam, sudah tentu kebersihan menduduki senarai teratas sebagaimana mafhum hadith bahawa kebersihan sebahagian iman. Walhal, masyarakat di negara Barat yang dilabel sebagai bebas melampau (hedonisme) sangat menitikberatkan kebersihan premis makanan (klik di sini).

Kesimpulannya, 

Friday, April 11, 2014

KHATIB MASJID JAMEK PARIT TEGUR JEMAAH SEMASA MENYAMPAIKAN KHUTBAH (DISCIPLINE IN THE MOSQUE)

Tengah hari tadi di masjid jamek pekan Parit, jemaah solat Jumaat menerima teguran keras beberapa kali daripada khatib bertugas merangkap imam. Pada khutbah bahagian pertama, beliau meminta jemaah memenuhkan saf hadapan yang masih kelihatan lompong, lalu secara spontan membacakan dalil tentang kelebihan saf hadapan. Beliau diam seketika sehingga jemaah akur sebelum menyambung kembali khutbah.

Dalam bahagian  kedua khutbah pula, beberapa kali khatib berusia lewat 40-an itu menegur jemaah yang bercakap, terutama budak-budak di saf belakang. Sekali lagi khatib memberhentikan sekejap khutbah dan jemaah pula menoleh ke arah suara yang masih kedengaran. Akhirnya, budak yang berkenaan pun senyap setelah menyedari mereka diperhatikan.

Sebelum memulakan bacaan doa dalam khutbah, khatib mengingatkan jemaah supaya tidak mengulang lagi perbuatan berbuat bising jika tidak mahu ditegur saban minggu.

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, April 10, 2014

HURAIAN FAEDAH BERBANDING (COMPROMISE AND COMPENSATION)

...

...

pengeluaran sebelum p’khususan

selepas p’khususan

selepas PAB  ( 1 :  4 )
negara
makanan
pakaian
kos lepas (pakaian)
kos lepas
(makanan)

makanan
pakaian

makanan
pakaian
M’sia
50
10
0.2
5

100
0

60
10
Jepun
50
20
0.4
2.5

0
40

40
30
Jumlah
100
30



100
40

100
40

Terdapat ___ buah negara iaitu ______________ dan ___________. Kedua-dua negara mengeluarkan ______________ dan ____________. Sebelum pengkhususan, ______________ mengeluarkan ___ unit makanan dan ___ unit pakaian, manakala __________ mengeluarkan ___ unit makanan dan ___ unit pakaian. Jumlah keluaran dunia sebelum pengkhususan ialah ___ unit makanan dan ___ unit pakaian. __________ memiliki kelebihan dalam pengeluaran kedua-dua barang, iaitu ______________ dan  _____________ kerana kecekapan buruh yang lebih tinggi berbanding dengan  _____________. Maksudnya, _____________ memiliki faedah mutlak dalam pengeluaran kedua-dua barang.

Pengkhususan dan perdagangan masih boleh dijalankan berdasarkan kos lepas yang lebih rendah bagi setiap barang. Kos lepas makanan Malaysia ialah ___ unit pakaian, manakala di Jepun bersamaan ___. Kos lepas pakaian di Malaysia ialah ___ unit makanan berbanding dengan Jepun = ….

Maka, Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran ____________. Buruh dari sektor ____________ berpindah ke sektor _____________ menjadikan keluaran ____________ Malaysia menjadi 2 X ___, iaitu ___ unit _____________. Jepun pula mengkhusus dalam pengeluaran ______________. Buruh dari sektor ___________ berpindah ke sektor ____________, lalu menjadikan keluaran ___________ berjumlah 2 X ___ = ___ unit pakaian. Jumlah keluaran dunia sudah berubah kepada ___ unit makanan dan ___ unit makanan. Perubahan yang berlaku ialah sebanyak _____ unit makanan dan _____ unit pakaian. Pengkhususan telah berjaya meningkatkan jumlah keluaran dunia bagi kedua-dua barang.
                                                                                                                           
Malaysia tidak lagi mengeluarkan ____________, manakala Jepun tidak lagi mengeluarkan ____________, sedangkan kedua-dua negara memerlukan barang tersebut. Maka, pertukaran perlu dilakukan berdasarkan kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua buah negara. Hitungan yang dibuat menunjukkan harga relatif di Malaysia ialah 1 unit pakaian kepada ___ unit makanan (1:__), manakala Jepun 1:__. Kadar pertukaran perlu terletak antara dua harga relatif itu.

Andaikan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1:__. Andaikan Jepun  menggunakan __ unit __________. Lebihan __ unit __________ lagi dieksport ke Malaysia. Sebagai balasan, Jepun akan memperoleh ___ unit _________ (__ unit pakaian X ___ unit makanan). Malaysia pula memperoleh __ unit __________ dan mempunyai baki __ unit _________ untuk penggunaan domestik (dalam negeri).

Berdasarkan kegiatan perdagangan antarabangsa Malaysia dengan Jepun, penggunaan dalam negeri Malaysia bagi makanan ber_________ __ unit, manakala penggunaan  ber_________ sebanyak  ___ unit.  Jepun pula memperoleh ____________  ___  _____________,  dan ___ makanan. Maka, kedua-dua buah negara telah beroleh laba (manfaat, untung) hasil kegiatan pertukaran eksport import yang berlaku.



©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

...

...

...

Wednesday, April 9, 2014

JALUR ILMIAH DALAM KARYA 'PICISAN' (SHIFTING THE BURDEN OF THINKING)

Jika seseorang awam disuruh membaca bahan berat seperti jurnal penyelidikan, buku teks atau laporan perangkaan, banyak yang akan mengangkat bendera putih tanda enggan berbuat demikian. Namun, jika diberikan surat khabar atau majalah yang menjurus kepada genre penulisan popular, mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya atas dorongan ingin tahu tentang perkara yang bersabit dengan kecenderungan manusia (human interest). Kebanyakan orang cenderung untuk mengisi masa senggang dengan kegiatan yang ringan dan santai, iaitu tidak mahu fikiran berserabut dengan ayat-ayat tahap tinggi. 

Ahli akademik di universiti pun mengehadkan pembacaan bahan berat dalam pejabat masing-masing atau dalam majlis yang bersifat rasmi. Jika mereka ke kantin, mereka akan berborak seperti orang awam yang lain merujuk isu semasa yang hangat disebarkan oleh media tradisional dan media sosial maya. Derai ketawa mereka lebih lantang daripada suara pelajar yang 'pura-pura' mengawal macho masing-masing.

Walaupun kegiatan berfikir secara serius dianggap membebankan otak, hanya dengan berfikir seseorang itu dapat membuat keputusan yang tepat, menentukan tindakan yang wajar dan bertemu dengan kebenaran yang hakiki. Seseorang itu mungkin sangat sibuk dengan urusan duniawi sehinggalah dia digesa berfikir sejenak tentang tujuan dia menjadi begitu. Individu yang lain pula asyik bercakap tentang makan minum sahaja tanpa menyedari keperluan tubuh badan dan kerohanian yang lain.

Memang mudah untuk melabel golongan yang enggan berfikir sebagai dijangkiti sindrom kelesuan minda, gelojoh, melulu dan jahil. Hakikatnya ialah fakulti berfikir mereka sedang tidur nyenyak, lalu perlu ada cara yang sangat bijaksana untuk menggerakkan mereka supaya menjadi aktif dan bertenaga. Kalau terlalu lama berehat, suatu ketika akan lebih cepat karat (too rest is to rust).

Apabila akses pendidikan semakin meluas, penulisan bahan bacaan ringan mula menerima sentuhan kosa kata dan gambaran peristiwa yang lebih rencam. Pembaca sasaran sudah biasa dengan laras ayat yang lebih tinggi kerana mereka terdedah dengan kegiatan pembelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Maka, niat mereka membaca untuk suka-suka atau melepaskan tekanan dapat dimanipulasikan dengan penerapan idea dan pemikiran yang lebih mencabar.

...

...

...

...

...