Friday, April 11, 2014
KHATIB MASJID JAMEK PARIT TEGUR JEMAAH SEMASA MENYAMPAIKAN KHUTBAH (DISCIPLINE IN THE MOSQUE)
Tengah hari tadi di masjid jamek pekan Parit, jemaah solat Jumaat menerima teguran keras beberapa kali daripada khatib bertugas merangkap imam. Pada khutbah bahagian pertama, beliau meminta jemaah memenuhkan saf hadapan yang masih kelihatan lompong, lalu secara spontan membacakan dalil tentang kelebihan saf hadapan. Beliau diam seketika sehingga jemaah akur sebelum menyambung kembali khutbah.
Dalam bahagian kedua khutbah pula, beberapa kali khatib berusia lewat 40-an itu menegur jemaah yang bercakap, terutama budak-budak di saf belakang. Sekali lagi khatib memberhentikan sekejap khutbah dan jemaah pula menoleh ke arah suara yang masih kedengaran. Akhirnya, budak yang berkenaan pun senyap setelah menyedari mereka diperhatikan.
Sebelum memulakan bacaan doa dalam khutbah, khatib mengingatkan jemaah supaya tidak mengulang lagi perbuatan berbuat bising jika tidak mahu ditegur saban minggu.
...
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment