SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, May 14, 2015

GURU BUKAN LILIN (CATALYST IN LEARNING)

Ungkapan lama mengatakan guru umpama lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Tujuannya memang sangat mulia, iaitu menghargai guru pada tahap paling ekstrem. Namun, metafora itu tidak pernah terpilih sebagai tema hari guru di negata kita.

Terdapat ungkapan lain yang cuba ditonjolkan bagi mengganti metafora lilin tadi. Misalnya, guru umpama matahari yang sentiasa memberi cahaya kepada kehidupan insan. Walaupun begitu lilin masih tetap teratas apabila terkait dengan bidang keguruan.

Lilin suatu lambang pengorbanan yang tuntas. Lilin lebih dianggap mustahak pada zaman dahulu dan juga persediaan jika berlaku gangguan bekalan elektrik pada waktu malam. Lilin juga diletak pada kek sambutan hari lahir ala-Barat.

Walaupun guru boleh ditakrifkan secara lebih luas, hakikatnya bahawa sambutan hari guru ditujukan kepada guru yang sedang atau pernah bertugas di sekolah. Maksudnya, guru merujuk kepada suatu kerjaya ikhtisas yang memikul amanah sebagaimana yang diinstitusikan serta layak menerima emolumen serta faedah sampingan yang lain. Justeru demikian, selain memiliki kelayakan akademik dan ikhtisas dalam bidang pengkhususan yang tertentu, guru juga perlu memiliki tahap kesihatan, iltizam, etika, amalan terbaik dan segala kemuliaan bagi menolong murid dalam proses pembelajaran.

...

...

...

...

..




2 comments:

Fadzilah HMD said...

Assalaamualaikum warahmatullahi Wabarokatuh Cikgu Azhar
Selamat Hari Guru saya ucapkan.
Terima kasih, Jazakumullah khair kathiro...

Saya Nor Fadzilah Mohamad Daud pelajar SMTI 1995/96...Cikgu mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu.

Terima Kasih Cikgu!!
Semoga Allah S.W.T merahmati cikgu, memberi kesihatan yang baik dan semoga cikgu sentiasa bahagia Dunya Wal Akhiroh...Jasamu ku kenang...

**cikgu pesan pagi-pagi lepas solat subuh peruntukkan masa untuk mengaji Al Quran.. :)

cikgu azhar said...

W.salamFadzilah HMD,

terima kasih atas doa dan ingatan. Kirim salam untuk rakan-rakan.