SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 23, 2015

INDUSTRI 'KECANTIKAN' LELAKI KIAN PESAT BERKEMBANG (MASCULINE CARE)

Lambakan jenama kecantikan wanita dalam pasaran merupakan fenomena perniagaan sejagat. Pengaruh cuaca terhadap kesihatan kulit dan penjagaan kesihatan kaum hawa telah berjaya dimanipulasikan secara optimum oleh perusahaan yang berkaitan. Kepakaran dermatologis (pakar perubatan penjagaan kulit) dan warisan ramuan tradisional memiliki kekuatan segmen pasaran yang tersendiri.

Antara produk kecantikan wanita terlaris di pasaran ialah krim pelembap muka, krim pelindung cahaya matahari dan losyen. Banyak usahawan produk kecantikan muncul sebagai jutawan segera dalam usia muda. Sebahagian mereka memperoleh khidmat nasihat dan rundingan penyelidik dalam kalangan tenaga akademik universiti tempatan.

Cuaca ekstrem dan tidak menentu mengakibatkan kulit terdedah kepada alahan dan tindak balas bahan cemar. Maka, suatu rejim penjagaan atau rawatan yang sesuai perlu dilakukan supaya tidak cepat kelihatan kusam dan mengalami proses penuaan pramasa. Imej diri sudah semestinya dipandang juga dari segi penampilan dan perawakan seseorang itu.

Kosmetik memang sinonim dengan kaum wanita. Mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli produk kosmetik yang serasi, serta merujuk klinik pakar kulit dan kosmetik. Kecuali selebriti dinia hiburan, usahawan dan tokoh ternama yang menitikberatkan penampilan dan keyakinan diri, kebanyakan lelaki biasa beranggapan bahawa kosmetik hanya akan menjuruskan diri mereka ke arah imej metroseksual seperti lelaki berwatak lembut atau sotong.

...

...

...

...

No comments: