SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, January 10, 2016

ROTI: SAJAK KOMSAS TINGKATAN 2

Pengenalan

Sajak nukilan Ahmad Syahrul Wahid, awal 30-an, guru pendidikan khas di SK Gong Nangka, Marang ini dipaparkan pada muka surat 27 - 28 naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Puisi lima rangkap itu terdiri daripada lima baris bagi setiap rangkap, kecuali rangkap pertama dengan 4 baris.

Maksud rangkap demi rangkap

Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

...

Perut yang lapar
selera kian me ggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

...

Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

...

Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.


Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

...

Marang

Sumber:
Tunas Cipta, Disember 2010,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
...

No comments: