SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 6, 2016

DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA: SAJAK KOMSAS TINGKATAN 2 (THE POWER OF LANGUAGE)4

Pengenalan

Puisi moden 5 rangkap, 25 baris, 78 patah perkataan ini termuat dalam antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Penulis sajak, Baha Zain, sasterawan negara tahun 2013, bekas pelajar Sekolah Anderson, Ipoh dan Universiti Malaya bersara sebagai timbalan ketua pengarah DBP. Beliau juga pemimpin organisasi penulis, termasuk Gapena dan Pena.

...

Maksud rangkap demi rangkap

"Dia mencipta manusia.
Mengajarnya pandai betbicara."
(Al-Quran, 55:3-4)

(Penyajak memulakan puisi dengan petikan maksud dua ayat al-Quran dari surah ar-Rahman yang menegaskan bahawa Allah yang mencipta insan, serta membimbing insan sehingga mampu berksta-kata)

Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman

(Allah mengurniakan insan percakapan dan fikiran / idea bagi menyebutnya. Insan menyebarkan pengetahuan merentasi sempadan wilayah dan merentasi masa)

Engkau jadikan kami bangsa
berkulit sawo matang.
Belayar di samudera jauh
menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh
di pantai-pantai semenanjung.

(Allah menciptakan keturunan bangsa Melayu, mengharung lautan luas lalu meneroka kepulauan dan singgah di kawasan pesisir semenanjung)

Kata-kata yang berselerakan
langit, bumi, laut, gunung,
awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Seperti kami memetik buah-buahan
kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif  tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.

(Bahasa alam yang mengungkapkan kawasan sekeliling. Berdasarkan bahasa alam, insan mempelajari aqidah / tauhid / kepercayaan. Rujukan terhadap buku suci dilakukan bagi memberi maksud kewujudan petunjuk sekeliling, selain memurnikan pemahaman)

Kata-kata mengembangkan pengalaman,
terbentang di semesta alam,
memaknakan kewujudan.

(Kebolehan berbahasa menambah ilmu pengetahuan menerusi tanda keagungan Allah di muka bumi yang mengisi tujuan penciptaan insan dan alam)

Sumber:
Dewan Sastera, Februari 2010,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tema:


Nilai murni

1

2

3

Persoalan

1

2

3

Pengajaran

1

2

3

Perbincangan kbat



Contoh tugasan soalan

1


2


3


Cadangan jawapan

1

2

3


Saranan kepada murid


Saranab kepada guru


Kesimpulan dan penutup




1 comment:

Anonymous said...

Langsung tidak membantu