Sebahagian yang lain pula sudah berada dalam zon naik pangkat dari segi jawatan pentadbiran dan gred hakiki. Ringkasnya, mereka melakukan pengorbanan yang berisiko jugalah. Dari segi pertukaran tempat bertugas juga secara automatik menjadi terhad.
Pada awalnya, ada guru tingkatan 6 yang menikmati kenaikan gred DG 48 dan DG 52. Kedudukan gred itu setara dengan gred jawatan pengetua dan melebihi gred penolong kanan. Lama-kelamaan majlis pengetua dan penolong kanan pula berjaya menikmati laluan pantas.
Kemudian guru penolong juga menikmati kenaikan gred 8 + 6 + 3 + 3, sementara laluan pantas guru tingkatan 6 masih tertakluk kepada kekosongan dan juga perakuan pentadbiran sekolah. Akhirnya, kelebihan dari segi itu seakan-akan sudah lenyap. Mungkinkah hal itu semata-mata persepsi (tanggapan) atau suatu hakikat?
Menjelang tahun 2018, pengajian prauniversiti tingkatan 6 akan bertaraf autonomi. Maksudnya, pentadbiran dan pelaksanaan pengajian tingkatan 6 akan berasingan terus dengan sekolah aliran perdana walaupun mungkin masih berada di sekolah yang sama. Pentadbiran akan diketuai oleh seorang pengarah, sama seperti politeknik, kolej komuniti dan kolej vokasional.
Perincian modus operandi pengajian prauniversiti tingkatan 6 mod A itu sudah pun bermula dengan projek rintis sekolah pusat tingkatan 6 di setiap daerah. Mod B bermaksud pengajjian tingkatan masih beroperasi di sekolah, tetapi menikmati autonomi pentadbiran dan kewangan. Mod C pula merujuk pengajian tingkatan 6 di bawah satu pentadbiran sekolah sepertimana kebanyakan yang berlaku sekarang.
Idea pengajian tingkatan 6 bertaraf autonomi telah dicetuskan sejak zaman Allahyarham Dr. Sulaiman Daud menyandang jawatan menteri pendidikan. Beliau mencadangkan nama kolej junior. Setelah beberapa dekad berlalu, proses penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan 6 dilaksanakan mulai tahun 2008.
Apabila mod A dan mod B dilaksanakan sepenuhnya, persekitaran pembelajaran tingkatan 6 bakal mengalami anjakan paradigma yang jelas. Guru akan bergelar pensyarah dan perlu dipanggil sebagai encik, puan, cik, Dr. dan sebagainya. Pelajar akan kelihatan lebih berdisiplin dan matang apabila akur terhadap etika dan kod berpakaian yang dikehendaki.
...
...
...
...
4 comments:
Salam Cikgu Azhar, saya seorang guru smk yang berpengalaman 15 tahun mengajar calon spm di opsyen sediada. Saya telah memperolehi sarjana dan kini berhasrat sambung belajar ke peringkat phd. Saya sangat berminat untuk menjadi guru tingkatan 6 tetapi tidak pasti cara/laluan memohon untuk menjadi guru ting.6. Mohon pencerahan dimana saya perlu pergi untuk tujuan permohonan ini dan apa yang perlu saya usahakan. Ribuan Terima Kasih cikgu Azhar.
Biasanya guru arus perdana boleh memohon mengajar tingkatan 6 disekolah sendiri jika sekolah guru tersebut menawarkan tingkatan 6
Saya GPK Koko dan DG 52. Sekolah saya mngajar sekarang akan mnjadi sekolan untk tg 6 sepenuhnya 3 tahun lagi. Soalan saya...adakah saya akan kekal sbg GPK Koko di sini atau dipindahkan ke sklh lain. Klu saya berminat mngajar tg 6, adakah saya akan mnjadi guru biasa. Tq
Salam Tuan...sy ingin bertanya bgm jika GA t6 ingin kembali mengajar sepenuhnya di arus perdana
Post a Comment