SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, January 12, 2016

MEMPERKENALKAN 'TIRANI' NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 (THE BEAUTY REGIME)

Pengenalan

Setelah membaca hampir satu per tiga naskhah kreatif ini, kemusykilan tentang tajuk novel karya Beb Sabariah (Puan Haja Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet) akhirnya terlerai. Ayat pertama bab 8 dengan judul 'Hadiah Alam' pada muka surat 110 itu berbunyi "Kecantikan ialah tirani yang berumur pendek." Kata-kata itu terpacul daripada mulut Dr. Rushdi yang memetik falsafah Socrates pada kurun ke-9 Masihi.

Novel tanpa ilustrasi itu memiliki ketebalan 344 muka surat bahagian penceritaan. Selain butiran teknikaliti halaman berhuruf roman, terdapat juga halaman glosari, indeks dan biodata Beb Sabariah, pesara guru yang aktif berkarya. Naskhah novel edisi murid dijual pada harga rak RM15.50 sahaja.

Watak utama: Waheeda Nurlyana binti Fadhil (halaman 62)

Watak pembantu: Raidah / ibu Waheeda
                                : Bazilah / rakan Waheeda / pelajar sarjana / tunang Dr. Zahari
                                : Ghazi / abang Waheeda / bekas jurutera Petronas
                               : Zahid bin Datuk Yasser / suami Waheeda
                               : Fatimah / sepupu Waheeda / akauntan Tajau Emas


Latar tempat : rumah agam, rumah inap desa pergunungan Matang, Sarawak
                         : rumah pangsa bapa saudara Bazilah di Singapura
                         :  Silicon Medical Centre (SMC), tempat Waheeda menjadi prosedur pembedahan kecantikan
                         : 


Sinopsis

Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa. Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre, Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya, Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah hampir tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas pembedahan berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembira.

Tema


Perwatakan


Latar masyarakat


Nilai


Persoalan


Pengajaran


Teknik penceritaan / plot


Perbincangan kbat



Contoh tugasan


Cadangan jawapan



Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


9 comments:

Dhasheta Gunasekaran said...

Bolehkah saya dapatkan latar masyarakat novel tirani tingkatan 5.

Anonymous said...

Saya nak sinopsis setiap bab
Secepat mungkin

Anonymous said...

Sinopsis bab 5

Anonymous said...

i need sinopsis for every bab

Anonymous said...

watak dan perwatakan ?????

Anonymous said...

TLG LENGKAPKAN ITS SOO USEFUL

Anonymous said...

ada synopsis setiap bab tak?

Rahimah Basri said...

Peristiwa penting ?

Nesha Amour said...

Saya nak sinopsis setiap bab...pls