SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, January 5, 2016

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS: SAJAK KOMSAS TINGKATAN 5

Pengenalan

Sajak 4 rangkap, 25 baris dan 115 patah perkataan (termasuk ejaan yang dilemahkan, sinkof) ini termuat pada halaman 16 -17 naskhah antologi 'Sejadah Rindu'. Penulisnya, Allahyarham Sazalee bin Hj. Yacob (1961 - 2009),  memiliki Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Malaya. Pernah bertugas sebagai penyelia Felda sehingga 31 Ogos 2007.

Maksud rangkap demi rangkap

Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

(Lelaki kecil dalam judul sajak mungkin sekali bapa kepada bakal pelajar universiti, ataupun orang kampung yang dikenali, terpulang kepada imaginasi pembaca. Kecil bukan darisegi saiz dan pengalaman hidup, tetapi kecil kerana tidak pernah berpeluang menempuh alamm pengajian tinggi. Lelaki kecil menghantar gadis itu bagi mengharungi persekitaran yang berbeza berbanding dengan persekitaran desa yang terbentang sawah padi yang menguning. Malah, gadis itu bakal menjalani kehidupan remaja yang berlainan secara tuntas. Lelaki kecil berpesan supaya si gadis bersedia mnikmati persekitaran gedung ilmudengan mempelajari segala disiplin dan kaedah pembelajaran pengajian tinggi)

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

(Lelaki kecil merelakan si gadis pergi sebagai insan suci yang memiliki hala tuju yang jelas, serta sanggup mendepani / mengharungi segala bentuk ujian kesenangan dan kesusahan. Gadis itu seharusnya mampu membezakan antara percakapan biasa dengan ungkapan bombastik / berat. Dia mesti mampu meloloskan diri daripada ketidaktentuan pencapaian dan fikiran yang sihat)

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

(Di persekitaran universiti yang padat dengan wacana ilmiah / intelektual, terdapat juga aliran pemikiran yang berbahaya. Keunggulan universiti tidak sunyi / terhindar daripada pengaruh buruk yang mengelirukan. Persekitaran universiti yang mementingkan ketelitian, muncul juga keangkuhan yang menyisihkan akhlak mulia)

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah

(Lelaki kecil mengingatkan si gadis supaya bijak membawa diri menempuh cabaran hidup di kampus antara pengalaman manis dengan dugaan tersembunyi. Walaupun dalam proses pengajian kelak mengharungi pelbagai dugaan yang menyakitkan, lelaki kecil mahu si gadis tetap bertahan tanpa berpatah balik)

Belati Cinta Zulaikha, 2004
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tema:

Nilai murni



Persoalan



Pengajaran


Perbincangan komsas




Perbincangan kbat

Contoh Tugasan Soalan

(aras petikan)



(aras kbat)


(aras komsas)


Cadangan jawapan





Saranan kepada murid



Saranan kepada guru


Kesimpulan dan Penutup



1 comment:

Unknown said...

Sgt baik
Skrg sy lebih memahami sajak itu
Terima kasih byk2