Sunday, January 23, 2011
PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA (PERFECT COMPETITION MARKET)
Definisi
Sebuah pasaran yang terdiri daripada bilangan penjual dan pembeli yang tidak terhingga jumlahnya sehingga harga keluaran yang bersifat homogen ditetapkan oleh pasaran.
Ciri utama
1 Bilangan pembeli dan penjual yang tidak terhingga banyaknya.
Bahagian permintaan (pembeli) dan bahagaian penawaran (penjual) secara individu sangat kecil dalam pasaran; tindakan sesebuah firma dan seseorang pembeli tidak berkuasa mempengaruhi pasaran
2 Keluaran homogen: tidak dibezakan secara fizikal dan psikologi, bersifat pengganti sempurna, tiada kesetiaan jenama, tidak perlu saingan bukan harga (iklan)
3 Penerima harga: penjual dan pembeli menerima harga yang ditentukan oleh mekanisme pasaran (DD = SS)
Sebab itulah keluk permintaan firma ialah anjal sempurna, iaitu bebas menjual sebanyak manapun keluaran berdasarkan harga yang ditetapkan pasaran.
4 Bebas keluar masuk pasaran: Firma yang rugi (untung kurang normal) keluar, manakala firma luar bebas masuk bagi merebut untung lebih normal. Dalam jangka panjang, proses penyesuaian menyebabkan semua firma hanya menikmati untung normal.
5 Pengetahuan sempurna: penjual tahu harga faktor, tempat memperoleh faktor; pembeli tahu harga barang, tahu tempat beli
6 Mobiliti faktor sempurna: Faktor sama cekap, dan bebas bergerak ke mana-mana tempat dan jenis kerja
Bukti AR = MR = P
TR = P x Q; AR = [P X Q] / Q ==> AR = P
MR =∆TR / ∆Q è [∆P x ∆Q] / ∆Q; ∆MR = ∆P è MR = P
Penentuan Keseimbangan dan Keuntungan (untuk semua jenis pasaran, termasuk persaingan sempurna)
TR > TC untung lebih normal; TR = TC untung normal; TC > TR untung kurang normal
Pada keseimbangan MR = MC, jika AR > AC untung lebih normal; AR = AC untung normal; AC > AR untung kurang normal
Perhatian tentang istilah firma, industri (pasaran), jangka pendek, jangka panjang
Firma ialah organisasi yang memiliki loji untuk menjalankan proses pengeluaran
Industri ialah gabungan firma yang mengeluarkan barang yang sama
Jangka pendek wujud input tetap, kos tetap: AC, AVC dua keluk berbeza. AVC berada di bawah AC, makin menghampiri AC, tetapi tidak akan menyentuh (tangen) atau memotong AC
Jangka panjang semua input, kos berubah: LAC = AVC (maka AVC tidak perlu ditunjukkan lagi)
Keseimbangan firma jangka pendek: ketiga-tiga jenis untung
Cara melukis keluk: 1) Paksi; 2) AC, tandakan titik minimum; 3) MC potong minimum AC
Kes untung lebih normal: sebahagian AR = MR berada di atas AC
Kes untung kurang normal: keseluruhan AR = MR di atas AC
Kes untung normal: titik minimum AC tangen (menyentuh) AR = MR
Keseimbangan firma jangka panjang: penyesuaian untung normal
(berkait rapat dengan ciri bebas keluar masuk firma dari / ke dalam pasaran)
Kes untung lebih normal, firma baharu memasuki pasaran merebut untung itu
Lukis LAC, ARo (loji 1: untung lebih normal) SAC sebelah kiri AC, selarikan untuk keseimbangan Do / So pasaran
kemudian, AR1 kes untung normal, iaitu SMC1 = MR1 = AR1 = SAC = SMC
Jelaskan keluk industri dan firma
(kes untung kurang normal, langkah melukis dan hurain masih sama, cuma ACo di bahagian kanan LAC
Titik tutup firma
jangka pendek: selagi firma dapat menampung AVC, iaitu TR = minimum TC
: AR mesti tangen minimum AVC, jika AR turun sedikit pun di bawah minimum AVC, hent operasi pengeluaran
jangka panjang: untung normal sahaja, sebab AVC = AC, sebenarnya cerita sama juga dengan jangka pendek!
Penawaran firma jangka pendek: bahagian keluk MC bermula daripada titik minimum AVC, iaitu titik tutup firma
Penilaian Pasaran
Kebaikan:
1 Kecekapan pengeluaran: jangka panjang sahaja, LAC = LMC = SAC = SMC , ringkasnya minimum AC
2 Kecekapan peruntukan, P = MC; kebajikan masyarakat di tahap maksimum;
3 Kos saingan bukan harga tidak wujud. Maka, AC lebih rendah.
Keburukan:
1 Pilihan pengguna terhad ¬ homogeniti keluaran ==> kepuasan rendah;
2 Kos sosial: tidak peduli cemar, sesak; asal maksimum untung
3 Mutu barang malar ¬ tiada R & D kerana jangka panjang untung normal sahaja; nikmati kualiti sama untuk tempoh lama
4 Tiada kelebihan saingan bukan harga; khidmat lepas jualan, pembelian berakhir sebaik bayar harga barang.
Penutup
Dalam dunia sebenar, contoh terdekat ialah pasaran barang pertanian. Sebagai ciri ekstrem pasaran, persaingan sempurna boleh dianggap penanda aras kepada ketidaksempurnaan pasaran yang sebenarnya kita hadapi. Maka, kita perlu mempelajarinya, macam hendak mencapai markah 100% dalam semua peperiksaan yang diduduki...
Saturday, January 22, 2011
PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG (ADOPTED DISABLE AND AN OLD LADY)
Watak dan Perwatakan
Mak Timah: ibu angkat Pungut
: penyayang / tegas / empati / ikhlas / kuat berdoa
Bibik: nenek Pungut, keturunan Cina peranakan, tauke rumah sewa Mak Timah / jiran Mak Timah
: percaya kepada telekan, licik
anak lelaki bongsu Mak Timah: tempat Mak Timah menumpang / memelihara Pungut
: ambil mudah / hormat ibu / penyayang
Sinopsis Cerpen (antologi Dirgahayu Bahasaku: muka surat 137 - 145, karya Mohamed latiff Mohamed)
Peristiwa penting
1 Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa. Dia tergigil-gigil, suara berdengung macam nyamuk, menggeleng-gelengkan kepala dengan pantas dan meluru keluar masuk bilik, bermain dengan jari sendiri, dan duduk di atas kerusi kecil.
Mak Timah: ibu angkat Pungut
: penyayang / tegas / empati / ikhlas / kuat berdoa
Zahara binti Muhamad @ Yap Siew Hong / Pungut: 24 tahun, cacat ( bisu / pekak / tidak mampu urus diri), ketinggian 0.6 meter
: bergantung kepada orang lain sepenuhnya
Bibik: nenek Pungut, keturunan Cina peranakan, tauke rumah sewa Mak Timah / jiran Mak Timah
: percaya kepada telekan, licik
anak lelaki bongsu Mak Timah: tempat Mak Timah menumpang / memelihara Pungut
: ambil mudah / hormat ibu / penyayang
Sinopsis Cerpen (antologi Dirgahayu Bahasaku: muka surat 137 - 145, karya Mohamed latiff Mohamed)
Pungut diambil sebagai anak angkat ketika berusia tidak sampai sebulan. Pungut lahir dengan tidak cukup bulan dan seluruh organ tubuhnya amat halus. Ramalan doktor bahawa Pungut hanya boleh bertahan setahun dua nyata meleset. Dari sebesar buah betik, Pungut hanya membesar setinggi satu kaki dan cacat segala-galanya. Mak Timah yang telah uzur menguruskan semua keperluan makan minum dan penjagaan Pungut yang hanya tahu merengek seperti bunyi nyamuk, menggeleng-geleng kepala dengan pantas dan keluar masuk bilik sambil bermain jari sendiri. Mak Timah sering berdoa supaya Tuhan mengambil nyawa Pungut sebelum nyawanya sendiri dicabut. Mak Timah tidak setuju dengan cadangan anak lelaki bongsunya supaya Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat. Mak Timah menganggap Pungut sebagai ujian Tuhan terhadap dirinya.
Peristiwa penting
1 Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa. Dia tergigil-gigil, suara berdengung macam nyamuk, menggeleng-gelengkan kepala dengan pantas dan meluru keluar masuk bilik, bermain dengan jari sendiri, dan duduk di atas kerusi kecil.
2 Mak Timah yang uzur tetap membersihkan Pungut, memandikannya, dan menyuapkan Pungut makanan. Pungut tidak tahu menguyah, sebaliknya menelan makanan sekali gus seperti ular sawa.
3 Setelah Pungut (Yap Siew Hong) dilahirkan sebesar buah betik, neneknya Bibik mahu menyerahkannya kepada sesiapa yang mahu. Bibik mengatakan Pungut sebagai anak sial sebagaimana ramalan bomoh (loktang / datok)
4 Bibik memberitahu Mak Timah bahawa anak sulungnya Siew Lan mahu membuang Siew Hong jika tiada orang yang mahu mengambilnya. Bibik menawarkan Mak Timah bayaran angkat sumpah (mahkamah) dan duit seratus lima puluh ringgit.
5 Sangkaan Mak Timah bahawa Pungut akan membesar seperti gadis normal yang lain meleset. Harapan Mak Timah supaya apabila dia tua, Pungut akan memabntu dan menjaganya, tetapi perkara sebaliknya yang terjadi.
6 Bomoh Dollah memberitahu Mak Timah bahawa Pungut terkena kenan patung. Bibik juga memberitahu perkara yang sama bahawa ketika mengandung, Siew Lan pernah menonton wayang patung.
7. Mak Timah berleter, menyeranah, memaki Pungut apabila terpaksa bangun semasa sakit untuk membersihkan Pungut. Mak Timah terfikir Tuhan mahu membanyakkan dosanya dengan memanjangkan umur Pungut.
8. Mak Timah kesal dengan sikap anak lelaki bongsunya yang hanya tahu mengira duit dan untung rugi dalam memelihara anak. Mak Timah bertegas dengan pendiriannya sehingga anaknya itu terdiam apabila Mak Timah menyebut tentang mati.
Perbincangan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang berikut.
"Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak," Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas kepada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
"Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit." Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.
i. Berikan maksud pandai dibela. [2 markah]
ii. Nyatakan dua sebab Mak Timah mahu mengambil anak Siew Lan? [3 markah]
iii. Jelaskan dua cara mengatasi masalah pembuangan bayi mengikut pendapat anda, [4 markah]
iv. Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [3 markah]
Analisis Soalan
i. Aras soalan: petikan
Tugasan soalan: maksud rangkai kata
Cadangan jawapan: kena cara memelihara / betul asuhan
ii. Aras soalan: petikan
Tugasan soalan: dua sebab
Fokus soalan: nyatakan sahaja
Cadangan jawapan: Mak Timah mahu mengambil anak Siew lan kerana rasa kasihan . Selain itu, Munah
dan Katijah merengek-rengek memintanya berbuat demikian.
iii. Aras soalan: kbkk
Tugasan soalan: dua cara
Fokus soalan: jelaskan / ada penerangan (selain subjek, predikat)
Cadangan jawapan: Pada pendapat saya, masalah pembuangan bayi boleh diatasi dengan mengenakan
hukuman yang lebih berat kepada penjenayah yang terbabit. Pendidikan tentang bahaya
pergaulan bebas hingga melahirkan anak zina mesti dilaksanakan segera.
iv. Aras soalan: komsas
Tugasan soalan: satu persoalan petikan, satu persoalan cerpen
Fokus soalan: huraikan (masukkan penerangan)
Cadangan jawapan: Persoalan dalam petikan ialah belas kasihan terhadap kanak-kanak. Mak Timah sanggup mengambil Siew Hong kerana mengenangkan budak itu akan dibuang. Persoalan dalam cerpen pula ialah kesabaran dalam menjaga insan cacat / istimewa. Mak Timah yang sudah tua dan uzur terpaksa menggagahkan diri mengeuruskan keperluan makan minum dan kebersihan diri Pungut.

Friday, January 21, 2011
BERLUMBA-LUMBA MENGERJAKAN KEBAJIKAN (THE FRIDAY ADDRESS)
Bumi kita umpama sebutir debu dalam sistem cakerawala Bima Sakti atau milky ways. Tiada ahli astronomi atau saintis yang dapat mengganggarkan jumlah sebenar sistem cakerawala di alam raya ini, atau mampu memberitahu di manakah sempadan terakhir semua sistem cakerawala. Jawapan paling singkat ialah infiniti, iaitu hitungan angka yang tidak terhingga sama ada ke arah positif, mahupun ke arah negatif.
Akal manusia bagaikan sinaran lilin yang memiliki batasan tertentu. Lagipun umur seseorang manusia terlalu singkat untuk menerokai perkara-perkara yang di luar jangkauan pancaindera mereka. Manusia dapat merasai belaian angin, menggunakan tenaga elektrik dan pelbagai gelombang AM, FM, analog, digital, alpha, gamma, sinar-X , molekul, ikatan hidrokarbon serta macam-macam lagi yang ada di sekitar mereka, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebab itulah hujah golongan athies (mulhid) sangat melucukan. Mereka menggunakan logik mudah sillogysm, kalau nampak baharu ada, kalau tidak nampak maknanya tidak ada. Kerana tidak nampak Tuhan, mereka kata Tuhan tidak ada, tetapi mereka juga tidak nampak arus elektrik yang mereka percaya ada!
Hujah golongan yang kononnya hakikat per se juga jelas karut-marutnya. Mereka berhujah yang penting ialah niat dan bukannya perbuatan. Makam tertinggi yang dicapai oleh pengamal makrifat ala hakikat mereka ialah dengan niat semata-mata, misalnya cukup sekadar berniat, tidak perlu rukuk atau sujud dalam solat.
Anehnya golongan hakikat itu tahu pula hendak makan minum dan berumah tangga. Mengapakah tidak diniatkan sahaja tanpa melakukan semuanya? Sayangnya apabila pintu hati telah termateri dan tertutup rapat, mereka menafikan kesesatan yang dianuti.
Junjungan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam telah berpesan supaya umatnya berpegang terhadap al-Qur'an dan al-Sunnah, nescaya tidak akan sesat buat selama-lamanya (taraktu fikum amraini ma tamassa'tum bihima, lan tadillu abada, kitabullah wa sunnatur-rasul, au kama qala). Bergurulah dengan ilmuan yang faqih dan tinggi tahap akhlaknya. Datangilah majlis-majlis ilmu yang sah, serta dianjurkan oleh organisasi yang juga sah seperti masjid, surau, organisasi dakwah dan yang seumpamanya.
Dalam banyak bahagian ayat al-Qur'an, banyak kali gesaan fastabiqul-khairat diulang-ulang. Masyarakat yang beriman digesa supaya berlumba-lumba bagi mengerjakan kebajikan. Selagi ada kesempatan usia (muda sebelum tua, hidup sebelum mati), kaya sebelum miskin dan lapang sebelum sibuk, amalan kebajikan terhadap diri sendiri, kaum keluarga, jiran tetangga, masyarakat umum, negara dan umat mesti disegerakan.
Perbincangan tentang kebajikan mencakup bidang yang sangat luas. Di samping menjaga kebajikan dalam konteks manusiawi (hablum-minannas), masyarakat yang beriman juga hendaklah menjaga kebajikan terhadap alam sekitar, termasuk flora dan fauna tentunya terikat dengan hubungan Yang Maha Pencipta (hablum minallah). Bukanlah kebajikan namanya jika berasa lazat dengan amalan untuk diri sendiri semata-mata sebagaimana si abid (ahli ibadah) yang jahil, atau si alim yang angkuh...
Aplikasi dan Pelaksanaan
1 Semarakkan wacana ilmu tentang konsep kebajikan
2 Senaraikan bidang kebajikan untuk individu, keluarga, tetangga, masyarakat, negara dan umat
3 Kenal pasti agensi, badan atau organisasi yang berorientasikan kebajikan seperti kehendak syariat
4 Sebarkan konsep kebajikan yang dituntut oleh al-Qur'an menerusi pelbagai media
5 Merancang aktiviti kebajikan untuk pelbagai peringkat masyarakat tanpa mengira aliran atau kepercayaan
6 Menetapkan kebajikan sebagai agenda penting dakwah bil-hal...
(berdasarkan inti sari mimbar Masjid Solatiah, Rapat Setia Baru minggu ini)
GAMBAR RAJAH DAN KELUK DALAM PEMBELAJARAN EKONOMI (THE TOOL OF ECONOMICS STUDY)
Pengenalan
Jika kena cara dan taktiknya, mata pelajaran ekonomi lebih mudah difahami berbanding dengan Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Sejarah. Ekonomi bukanlah tentang mengingat fakta atau peristiwa. Sebaliknya, pengajian ekonomi bertujuan menjelaskan fenomena yang nampak rencam (sophisticated) dalam bentuk analisis model dan konsep yang ringkas, tetapi tepat.
Anggapan bahawa mata pelajaran ekonomi sebagai terlalu abstrak dan membosankan hanyalah pendapat berat sebelah. Sudah tentulah buku ekonomi tidak seyogia dilayan macam buku sastera atau novel, mahupun sebagai buku bahasa dan sejarah. Hanya dengan secebis kesabaran, serta mendapat pertolongan daripada guru atau sahabat, ekonomi ialah suatu mata pelajaran yang teramat mudah.
Alat analisis ekonomi
Sebagai kajian sains sosial, ekonomi dipelajari menerusi sejumlah data tentang tingkah laku individu, firma dan kerajaan dalam sebuah pusingan aliran pendapatan. Bagi memudahkan perbincangan, data akan dipersembahkan dalam bentuk carta dan gambar rajah. Dengan itu, sesuatu fenomena yang memerlukan penerangan yang berjela-jela akan diringkaskan secara konseptual atau modifikasi gambar rajah.
Fungsi gambar rajah dalam kajian ekonomi umpama kunci sesebuah kenderaan. Sebelum boleh digerakkan, kunci mesti diputar dekat strering, atau secara kawalan jauh. Namun, kunci sahaja belum memadai jika pemandu tidak berkeupayaan memandu kenderaan ke arah destinasi yang ditujui.
Tiada kunci, enjin kenderaan tidak boleh dihidupkan. Enjin kenderaan yang dihidupkan pula bukanlah jaminan bahawa kenderaan berkenaan akan mula bergerak. Seorang pemandu yang sihat diperlukan bagi mengendalikan kenderaan yang bergerak dengan putaran tayar sebagai contact patch terakhir dengan permukaan jalan.
Dalam analisis ekonomi, carta dan gambar rajah memang penting dari segi modifikasi konsep ekonomi. Walaupun demikian, perkara yang lebih dipentingkan ialah huraian atau penjelasan yang diwakili oleh gambar rajah. Pada akhirnya, seseorang pelajar ekonomi tidak lagi perlu bergantung kepada gambar rajah untuk tujuan analisis.
Perhatikan beberapa pernyataan berikut:
1 Permintaan ialah kesanggupan seseorang pembeli membayar sesuatu barang (dan perkhidmatan) pada tingkat harga, kuantiti, pasar dan jangka masa tertentu.
2 Hukum utiliti sut menggambarkan bahawa makin banyak penggunaan sesuatu barang, tingkat kepuasan pada mulanya meningkat, kemudian peningkatan itu makin perlahan, dan akhirnya turun.
3 Lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar dengan harga yang sebenarnya dibayar, atau utiliti yang dinikmati tanpa perlu bayaran.
4 Firma persaingan sempurna masih boleh meneruskan operasi pengeluaran dalam jangka pendek selagi dapat menampung kos berubah purata, iaitu jumlah kos berubah sama dengan jumlah hasil.
5 Keluk penawaran firma persaingan sempurna dalam jangka pendek ialah bahagian keluk kos sut yang berada di sebelah atas keluk kos berubah purata.
6 Kecekapan pengeluaran dan kecekepan peruntukan hanya akan tercapai serentak bagi firma persaingan sempurna jangka panjang dalam kes untung normal. Dalam kata lain, keseimbangan firma tercapai pada MR = SMC = LMC = SAC = LAC = DD = P.
Pelajar ekonomi hanya dapat mengungkapkan ayat-ayat di atas jika terlebih dahulu telah mengenal pasti hubungan geometrik antara semua keluk, paksi dan pemboleh ubah yang berkaitan. Sekali lagi diulangi, dapatkan kunci dahulu, kemudian mulakan perjalanan. Pelajar yang telah membiasakan diri dengan taktik ini akan mendapati begitu mudah untuk memberi penjelasan terhadap apa-apa tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran ekonomi kerana telah berjaya mevisualisasikan keluk itu tanpa perlu melukisnya lagi...

Thursday, January 20, 2011
SYAIR MAKNA RIAK (CONCIETED BEHAVIOUR)
Pengenalan Syair
Syair tergolong dalam genre puisi tradisional. Berbeza dengan pantun yang mengandungi baris pembayang dan baris maksud, kesluruhan baris syair ialah suatu kesinambungan. Rima akhir setiap baris syair disamakan (aaaa), manakala pantun menggunakan rima akhir ab-ab.
Untuk murid tingkatan 5, terdapat dua buah syair yang perlu dipelajari menerusi antologi Dirgahayu Bahasaku, iaitu Syair Makna Riak (muka surat 7 - 8), dan Syair Pemberontakan Patani (muka surat 9 - 10). Kedua-dua syair ialah selenggaran Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh. Secara umumnya, pembelajaran syair bertujuan agar murid beroleh nilai-nilai murni sebagai pengajaran dan teladan dalam menempuh cabaran kehidupan.
Konsep Riak
Dalam bahagian pengenalan prosa tradisional (muka surat 3 - 4) ada dinyatakan bahawa perasaan riak ialah suatu sikap negatif yang perlu dijauhi. Orang yang bersikap riak hidup berpura-pura dengan tujuan supaya dirinya dipandang tinggi oleh orang di sekelilingnya dan supaya dirinya mendapat pengiktirafan masyarakat. Perbuatan mengaburi mata masyarakat sebegitu yang semata-mata bertujuan mendapatkan pujian tidak patut dicontohi, terutama dalam proses mencari ilmu.
Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.
Tanda-tanda bahawa seseorang itu dikuasai perasaan riak ialah apabila segala pekerjaan yang dilakukan hanya bermaksud menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Dalam kata lain, amalan yang dilakukan tiada keikhlasan. Kalau tiada orang yang melihat, pekerjaan itu tidak akan dilakukan sama sekali.
Contohnya, ibadat solat (sembahyang). Seseorang yang riak hanya bersungguh-sungguh melakukan ibadat solat hanya di hadapan orang lain. Sebaliknya, jika bersendirian, ibadat solat hanya dilakukan secara sambil lewa, atau tidak dilakukan langsung.
Tuhan sangat bencikan orang yang bersikap riak kerana perbuatan itu bererti mengadakan sekutu bagi Allah. Sepatutnya semua amal ibadat (bahkan keseluruhan kehidupan) diniatkan semata-mata untuk mencapai keredaan Ilahi. Apabila ibadat dilakukan kerana manusia (niatnya), maka sesorang itu telah syirik (mengadakan sekutu Tuhan) tanpa disedari.
(Nota tambahan: Perasaan riak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu kewajipan, misalnya solat berjemaah. Si malas akan berkata, "buat apa tunggang terbalik melakukan solat. Kalau riak masuk neraka juga." Pegangan si malas itu nyata salah).
Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.
Riak juga boleh dilakukan semasa melakukan ibadah puasa. Ada orang yang sanggup menahan lapar dan dahaga, serta menjaga tutur kata. Tubuh dan badan tidak dihiraukan, iaitu seperti tidak terurus semata-mata bagi menunjukkan diri sebagai benar-benar berpuasa, sedangkan niat di hati sekadar mahu dipuji orang.
Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.
Orang yang riak juga berlagak seumpama wali dengan tidak mempedulikan urusan dunia. Hemahnya menggambarkan seorang yang begitu ahli (tentang akhirat), sedangkan hatinya tetap terpaut kepada dunia. Pada zahirnya nampak sebagai wali yang zuhud, tetapi cumalah lakonan semata-mata.
Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.
Ada juga yang menunjuk-nunjuk konon dirinya seorang yang berilmu. Dalam majlis jamuan dan keramaian, orang berkenaan bersyarah tanpa berhenti. Selain itu, perbuatan riak dihiasi dengan susunan kata yang bertujuan memancing pujian khalayak.
Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.
Orang yang riak juga bercakap dengan ilmu yang kelihatan hebat. Percakapannya tentang kehidupan kononnya didasarkan kepada kajian yang sah. Semua yang dilakukan itu hanya supaya orang lain memandang si riak sebagai cerdik, dan membuka peluang kepadanya beristeri banyak.
Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu berhampaian,
Tasbih di tangan beruitan.
Ada juga orang yang riak menunjuk-nunjuk pakaian orang alim seperti serban yang dililit melambai-lambai, sejadah sengaja disangkut di bahu dan tasbih sengaja digerakkan di tangan. Si riak mahu orang ramai kagum dengan penampilannya. Dia berniat mahu dipuji-puji.
Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.
Penyakit riak juga dijelmakan dalam bentuk ahli zikir. Di hadapan orang, si riak akan memejamkan mata sambil duduk bersila. Lidahnya menyebut-nyebut nama Allah Taala. Pelakuan zahir yang seolah-olah bergantung kepada Allah sebenarnya dengan niat supaya dapat siangkat sebagai pemimpin.
Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.
Riak membawa bahana dan bala. Segala amalan yang dilakukan akan ditolak. Malah, amalannya si riak menjadi sia-sia dan mendapat kemurkaan Allah Taala.
Perbincangan
1 Bagaimanakah riak dilakukan menerusi cara seseorang itu berpakaian? [2 markah]
2 Jelaskan dua cara bagi mengelakkan perbuatan riak? [4 markah]
3 Nyatakan dua persoalan daripada syair di atas. [3 markah]

Wednesday, January 19, 2011
GURU AKADEMIK TINGKATAN 6 KINI PENSYARAH PRAUNIVERSITI (REBRANDING SIXTH FORM ACADEMIC STAFF)
Bulan Mei 2011 kian hampir. Bagi guru yang mengajar tingkatan 6, sistem modular yang dicanangkan oleh Bahagian Pengurusan Tingkatan 6, Kementerian Pelajaran Malaysia masih ditunggu. Sistem tiga semester yang bakal dilaksanakan ialah transformasi besar yang membabitkan perubahan sukatan pelajaran, kaedah kuliah, pentaksiran berterusan dan peperiksaan berpusat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Langkah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) hendak memperkasa semula kursus diploma dengan tempoh pengajian lebih singkat, iaitu dua tahun setengah dijangka memberi kesan kepada enrolmen pelajar tingkatan enam. Lulusan diploma yang selama ini lebih menjurus kepada penyediaan modal insan tahap pertengahan kini kembali diberi peluang untuk terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama tanpa perlu bergraduat dan bekerja terlebih dahulu. Pengkhususan dalam kursus diploma akan menjadikan pengajian tingkatan 6 yang lebih bersifat umum akan menghadapi saingan yang lebih sengit dari segi daya tarikan.
Jika terlaksana sebagaimana yang dirancang, sistem semester tingkatan enam akan menawarkan kursus-kursus yang setara dengan pengajian tahun pertama di universiti tempatan dan antarabangsa. Pelajar yang berjaya memperoleh kelulusan STPM berkemungkinan besar memperoleh pengecualian jam kredit tertentu di peringkat universiti. Maknanya, jangka masa pengajian ijazah pertama mereka akan hanya mengambil masa antara empat atau lima semester sahaja.
Pelajar terbaik STPM juga berpeluang menyambung pengajian di universiti terbaik dunia seperti Havard, Yale, MIT, Princeton, John Hopkins (Amerika Syarikat), Cambridge, Imperial College, LSE, Oxford (Britain), A.N.U., Monash (Australia) dan timur tengah. Semuanya bergantung kepada akreditasi atau penarafan yang diberikan terhadap kualiti kursus pengajian prauniversiti tingkatan 6. Pihak kementerian sudah pasti membuat persediaan ke arah itu.
Kini, aspek kemudahan pembelajaran pengajian tingkatan 6 juga masih ditunggu. Memandangkan bahawa kuliah dan pentadbiran tingkatan 6 masih bernaung di sekolah, maka warga sekolah yang lain masih menganggap pelajar dan guru akademik tingkatan 6 tetap tertakluk kepada peraturan, tatacara dan tugas yang umum. Keadaan itu berlaku kerana kefahaman tentang bidang tugas pensyarah prauniversiti masih kurang jelas sama ada dari segi terma rujukan tugas dan tanggungjawab lain.
Walaupun berada dalam premis yang sama, pengajian tingkatan 6 ialah entiti yang berasingan daripada pengurusan tingkatan satu hingga lima. Pengajian tingkatan 6 ialah kursus lepas menengah, iaitu prauniversiti. Pelajar tingkatan 6 bukanlah seperti murid sekolah yang lain, manakala guru akademik tingkatan 6 ialah pensyarah.
Isu yang timbul di sekolah ialah apabila guru lain mempertikaikan bidang tugas pensyarah tingkatan 6 dan emolumen yang mereka nikmati. Hakikatnya, lantikan pensyarah tingkatan 6 ditetapkan oleh kementerian, bukan kehendak peribadi sesiapa. Jika semua guru berpegang kepada prinsip menghormati terma rujukan tugas masing-masing, mana mungkin mereka tidak semena-mena masuk kawasan orang lain.
Sistem semester dan pentaksiran berterusan bakal menyaksikan pensyarah tingkatan 6 tidak menang tangan nanti, khususnya sebelum sistem modular betul-betul mantap. Item pentaksiran dan dokumentasi menjadi sangat penting supaya kesahan dan kebolehpercayaan pentadbiran alat pengukuran yang digunakan berada di tahap tertinggi. Sebahagian jadual pensyarah tingkatan 6 di sekolah akan diisi dengan tugas berkenaan.
Walaupun sebahagian guru beranggapan bahawa mengajar budak tingkatan 6 lebih ringan, tetapi hanya yang terlibat lebih maklum. Jawatan pensyarah tingkatan 6 ialah gred naik pangkat DG 44 ke atas. Maknanya, guru akademik tingkatan 6 memang layak bergelar pensyarah kerana pengalaman dan kekananan mereka dalam perkhidmatan...
DRAMA "TIANG CENGAL DINDING SAYUNG" KOMSAS TINGKATAN 5 (NEVER UNDERRATED DISADVANTAGE PEOPLE)
Pendahuluan
Sebab judul skrip drama nukilan Suriani Mohd. Yusof macam cerita tentang rumah kampung itu hanya terjawab pada perenggan terakhir (antologi Dirgahayu Bahasaku: muka surat 234). Judul itu ambilan ujaran Pak Man yang ditujukan kepada Man Bengap, cucu angkatnya yang lurus dan polos, justeru tergolong dalam kategori insan istimewa. Namun, sisi manusiawi dan kepekaan Man Bengap terhadap erti kasih sayang mengatasi sikap Sabri, Sabariah, Shahrul dan Salmah yang berpendidikan tinggi, serta berjawatan hebat tetapi kontang tidak berjiwa.
Watak dan perwatakan
Jimah, 55 tahun, isteri Jumaat yang tidak ditemui beberapa hari akibat tsunami yang menenggelamkan bot nelayannya. Ibu kepada Sabri, Sabariah, Shahrul dan Salmah, serta ibu angkat kepada Dr. Sani. Setia menunggu kepulangan suami walaupun mulut celupar Sabariah mengatakan ayah mereka telah mati. Jimah memulangkan semua wang yang dikirimi anak-anak tanpa mengusik satu sen pun kerana dapat menjangkakan bila-bila masa akan diungkit. Semuanya tersimpan dalam buku akaun atas nama setiap orang anaknya.
Sabri, 37 tahun, anak sulung Jimah. Arkitek. Suka memberi nasihat, mendamaikan pertelingkahan adik-beradik dan merasionalkan keadaan. Namun, Sabri gagal mempengaruhi adik-adiknya supaya berubah laku dan lebih cermat bercakap dengan ibu mereka.
Sabariah, 34. Angah (anak kedua). Lulusan ekonomi dan menetap di London. Bercakap tanpa tapisan, termasuk kepada ibunya, Jimah. Mengungkit pemberian wang bulanan 100 paun sterling, serta menyalahkan ayahnya kerana terus ke laut. Memarahi Shahrul yang tergesa-gesa hendak pulang ke Kuala Lumpur, serta menempelak Salmah yang berpakaian seksi. Tidak menyetujui saranan supaya membawa Jimah ke London andainya bapa mereka mati.
Shahrul, 30. Alang (anak ketiga), akauntan yang bekerja dengan bank di Kuala Lumpur. Lebih mementingkan kerja daripada bersama-sama ibu di kampung.
Salmah, 29. Juga dipanggil Putih, pereka fesyen yang beroperasi di Ipoh. Masih bujang, tetapi hanya balik pada hari keempat kejadian tsunami yang membabitkan bapa.
Sani, 28. Doktor, anak angkat Jumaat dan Jimah. Paling kerap menjenguk Jimah dan Jumaat di kampung.
Wan Malini, 23. Isteri Dr. Sani.
Man Bengap, 25. Cucu angkat Pak Man dan Mak Jah. Terencat akal, tetapi berani dan empati. Sentiasa memegang lastik, dan berjaya menghalau dua orang penjahat, Wahid dan Senin.
Pak Man, 60. Nelayan kampung yang tajam pengamatan tentang falsafah kerukunan keluarga. Reda walaupun tidak dikurnai zuriat daripada perkongsian hidup dengan Mak jah.
Mak Jah, 55. Isteri Pak Man / nenek angkat Man Bengap. Banyak memberi nasihat. Memahami tindakan Jimah yang tidak berganjak dari pantai walaupun dipujuk untuk balik ke rumah. Berfikiran positif dan bijak.
RAHSIA KEKAL REMAJA DAN AWET MUDA (ALL IS WELL IS THE KEY TO ALWAYS YOUNG)
Penonton filem perisikan British, James Bond 007 tentu ingat akan prinsip ejen itu: sembunyikan emosi, jangan tunjuk cemas dan cari jalan keluar. Meskipun nyawa sudah di hujung tanduk, atau hanya dipisahkan oleh satu bidikan pistol, Bond masih boleh bertenang. Memanglah dalam filem semua pun boleh, tetapi prinsip itu bukanlah sesuatu idea yang remeh-temeh.
Dalam sebuah filem Hindi penuh komedi aksi, 3 Idiots lakonan Amer Khan, ungkapan "all is well" menjadi tagline yang penting apabila watak-watak utamanya berhadapan dengan kerumitan. Tangan kanan diletakkan di kawasan jantung, dan watak itu berkata demikian. Nampak macam kelakar semata-mata, tetapi ada elemen intelektual yang tidak disedari di situ.
Naskhah arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee sebahagiannya mengangkat tema kesejahteraan masyarakat. Kesengsaraan dan tekanan tidak harus dibiarkan membebani seseorang hingga tidak sempat menikmati kehidupan yang seumpama persinggahan sahaja. Ahmad Albab dan Tiga Abdul ialah antara contoh kecerdasan emosi yang ditonjolkan menerusi watak utamanya.
Kajian oleh sarjana di Barat mendapati bahawa ketawa dan senyum menjadi rahsia kekal remaja dan awet muda. Sebahagian otot di bahagian muka membentuk titik positif yang melambatkan proses penuaan fizikal. Namun, awas tidak usah pula keterlaluan ketawa, justeru kemungkinan mendatangkan kecederaan kepada rahang, malah ada kes di Singapura hinggakan rahang tidak dapat dikatup semula.
Dalam satu hadith disebutkan bahawa senyum ialah sedekah. Seseorang yang tersenyum bukan sahaja boleh menceriakan orang lain, bahkan membahagiakan diri sendiri, andainya ada keikhlasan. Membahagiakan diri sendiri dan membahagiakan orang lain itulah yang dikatakan sedekah.
Setiap kali menghadap cermin, sambil membaca doa, lemparkan senyuman kepada diri sendiri. Amalan itu menjadi terapi kendiri tanpa kos dari segi kewangan. Malah, perbelanjaan untuk membeli suplemen awet muda yang belum tentu mujarab dan risikonya dapat dialihkan kepada aktiviti kebajikan yang lebih besar.
Senyuman yang ikhlas ialah senyuman yang bertempat, ditujukan kepada orang-orang yang sihat mindanya dan bukan yang berniat buruk. Ada adab dan kriteria akhlak yang perlu diambil kira. Senyuman bukanlah senjata yang digunakan untuk maksud jahat dan zalim.
Kesimpulannya, senyum ialah senaman muka secara percuma. Senyuman menaikkan seri wajah dan memancarkan cahaya kebaikan. Walaupun si tukang nasihat ini tidak semestinya berjaya, seperti biasalah jurulatih tidak semestinya lebih handal dan hebat daripada anak didik sendiri...

Tuesday, January 18, 2011
ANAK PENGGUNTING RAMBUT: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (THE BARBER'S DAUGHTER)
Pengenalan
Watak:
Sinopsis
1 "Aku" memujuk Manis yang diketawakan kawan-kawan di tadika kerana dia anak penggunting rambut. "Aku" cuba memahamkan Manis bahawa pekerjaan sambilannya itulah yang memberikan rezeki sampingan. "Aku" terus menggunting rambut walaupun telah menjadi peneroka Felda.
Watak: "Aku" / pencerita / penggunting rambut sambilan / peneroka Felda
Perwatakan: Gigih / rajin
Nilai: Kegigihan / kerajinan
Latar masyarakat: Masyarakat yang gigih / masyarakat yang rajin
Persoalan: Kegigihan / kerajinan dalam mencari rezeki / menyara kehidupan keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah gigih berusaha mencari rezeki
2. "Aku" menghalalkan makan minum Manis walaupun pernah menganggap anaknya itu mula mencuri kerana mengambil sendiri wang tanpa kebenaran. Apabila mengetahui Manis suka keropok lekor, "aku" menambah wang belanja sekolah Manis.
Watak: Manisah / Manis / anak penggunting rambut
Perwatakan: Peka / prihatin / pemaaf
Latar masyarakat: Masyarakat yang peka / prihatin / pemaaf
Nilai: Kepekaan, keprihatinan, sedia memaafkan
Persoalan: Kepekaan / keprihatinan terhadap keperluan anak / Kesediaan memaafkan kesalahan keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah peka / prihatin terhadap keperluan keluarga / kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan keluarga
3. Manis membantu "aku" menyapu gumpalan rambut pelanggan dan menanamnya dekat pokok pisang di belakang rumah mereka. Manis juga menyediakan kelengkapan menggunting rambut.
Watak: Manisah
Perwatakan: rajin / suka membantu
Latar masyarakat: Masyarakat yang rajin / masyarakat yang suka membantu
Nilai: Kerajinan / tolong-menolong
Persoalan: Kerajinan / tolong-menolong sesama anggota keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah rajin / menolong / membantu dalam urusan keluarga
4. Manis "memberontak" dan bertambah marah apabila dituduh sebagai pembawa imej rambut pendek di asrama. Dia menggunting rambutnya lebih pendek.
Watak: Manisah
Perwatakan: mudah berasa hati / mudah tersentuh perasaan / perasa / sensitif
Latar masyarakat: Masyarakat yang mudah berasa hati
Nilai: Kepekaan / keprihatinan / ketelitian (merujuk pihak lain, misalannya warden asrama yang melabel Manis sebagai pembawa pengaruh imej rambut pendek tanpa siasatan lanjut)
Persoalan: Kepentingan menjaga / mengambil kira perasaan / sensiviti orang lain
Pengajaran: Kita hendaklah menjaga / mengambil kira perasaan / sensiviti orang lain sebelum bercakap.
5. "Aku" terlalu merindui Manis yang menyambung pengajian tinggi di Kuala Lumpur kerana jarang-jarang balik kampung. Aku berasa terkilan, tetapi dalam masa yang sama tidak mengetahui punca sebenar Manis bersikap demikian.
Watak: "Aku" / penggunting rambut / bapa Manisah
Perwatakan: Penyayang / kebapaan
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang / bersifat kebapaan
Nilai: Kasih sayang
Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran: Kita hendak menyayangi sesama keluarga
6. Abang-abang Manis menangis, serta berpelukan sesama sendiri apabila Manis menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Itulah pertama kali "aku" melihat mereka begitu.
Watak: Tiga orang abang Manisah
Perwatakan: Penyayang
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang
Nilai: Kasih sayang
Persoalan: Kasih sayang sesama adik-beradik / keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi adik-beradik / keluarga kita.
Analisis cerpen secara keseluruhan
Tema: Kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuan tunggalnya yang mewarisi penyakit ibunya.
Latar tempat: rumah "aku" / rumah Manisah; hospital, tadika, asrama, Bagan Datoh, ladang Felda, Kuala Lumpur.
Latar masa: Subuh, Asar (Manisah dikebumikan), siang hari (Manisah bersekolah, membantu bapa), zaman kanak-kanak Manisah, zaman mahasiswi Manisah
Watak:
Aku: pencerita ("aku"), tukang gunting rambut sambilan. Berasal dari Kampung Batu 25, Bagan Datoh, kemudian peneroka Felda. Dipanggil Mat Gunting, Uda Ahmad. Mempunyai 3 orang anak lelaki, selain Manisah, anak bongsunya. Pernah mengambil upah di kebun kelapa.
Manisah (Manis): Anak perempuan tunggal "aku". Tidak membantah rambutnya dipotong pendek oleh "aku", terutama setelah menang dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa tadika. Selalu pening sejak kecil, tetapi mudah senyum. Sukakan keropok lekor di kantin, hingga bertindak mengambil sendiri wang simpanan "aku". Merahsiakan penyakit leukimia yang dihidapi hingga hujung nyawa. Ucapan terakhirnya, "Manis tak mampu abah... (Rambut Manis gugur setiap hari)."
Sinopsis
Penceritaan sudut pandangan orang pertama (penggunting rambut) mengisahkan seorang bapa tunggal yang begitu kasih kepada anak perempuannya yang seorang, iaitu Manisah, atau dipanggil Manis sahaja. Sejak kecil, Manis begitu bangga dengan ayahnya sebagai tukang gunting rambut, dan sering berlagak sebagai pembantu. Oleh sebab tidak mahir menyisir rambut anak perempuan, "aku" sentiasa menggunting pendek rambut Manis hinggalah dia besar panjang. Manis kemudiannya belajar di sekolah asrama, serta pernah ditegur kerana fesyen rambutnya itu. Manis berjaya masuk ke universiti, tetapi pada tahun akhir pengajiannya, selama lapan bulan Manis tidak balik-balik ke rumah dengan alasan sibuk. Akhirnya, panggilan telefon daripada rakan Manis membongkar rahsia bahawa Manis menghidap penyakit leukimia (barah darah) yang diwarisi secara genetik daripada ibunya. Semasa melawat Manis di hospital, rambut Manis gugur hingga separuh botak akibat rawatan, namun Manis masih tersenyum manis kepada "aku" seperti selalunya walaupun wajahnya pucat lesi. Manis meninggal dunia di ribaan "aku" menjelang Subuh. Rambut Manis yang melekat pada sikat ditanami, dan "aku" bersara daripada pekerjaan sambilan sebagai tukang gunting.
Peristiwa menarik:
Peristiwa menarik:
1 "Aku" memujuk Manis yang diketawakan kawan-kawan di tadika kerana dia anak penggunting rambut. "Aku" cuba memahamkan Manis bahawa pekerjaan sambilannya itulah yang memberikan rezeki sampingan. "Aku" terus menggunting rambut walaupun telah menjadi peneroka Felda.
Watak: "Aku" / pencerita / penggunting rambut sambilan / peneroka Felda
Perwatakan: Gigih / rajin
Nilai: Kegigihan / kerajinan
Latar masyarakat: Masyarakat yang gigih / masyarakat yang rajin
Persoalan: Kegigihan / kerajinan dalam mencari rezeki / menyara kehidupan keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah gigih berusaha mencari rezeki
2. "Aku" menghalalkan makan minum Manis walaupun pernah menganggap anaknya itu mula mencuri kerana mengambil sendiri wang tanpa kebenaran. Apabila mengetahui Manis suka keropok lekor, "aku" menambah wang belanja sekolah Manis.
Watak: Manisah / Manis / anak penggunting rambut
Perwatakan: Peka / prihatin / pemaaf
Latar masyarakat: Masyarakat yang peka / prihatin / pemaaf
Nilai: Kepekaan, keprihatinan, sedia memaafkan
Persoalan: Kepekaan / keprihatinan terhadap keperluan anak / Kesediaan memaafkan kesalahan keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah peka / prihatin terhadap keperluan keluarga / kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan keluarga
3. Manis membantu "aku" menyapu gumpalan rambut pelanggan dan menanamnya dekat pokok pisang di belakang rumah mereka. Manis juga menyediakan kelengkapan menggunting rambut.
Watak: Manisah
Perwatakan: rajin / suka membantu
Latar masyarakat: Masyarakat yang rajin / masyarakat yang suka membantu
Nilai: Kerajinan / tolong-menolong
Persoalan: Kerajinan / tolong-menolong sesama anggota keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah rajin / menolong / membantu dalam urusan keluarga
4. Manis "memberontak" dan bertambah marah apabila dituduh sebagai pembawa imej rambut pendek di asrama. Dia menggunting rambutnya lebih pendek.
Watak: Manisah
Perwatakan: mudah berasa hati / mudah tersentuh perasaan / perasa / sensitif
Latar masyarakat: Masyarakat yang mudah berasa hati
Nilai: Kepekaan / keprihatinan / ketelitian (merujuk pihak lain, misalannya warden asrama yang melabel Manis sebagai pembawa pengaruh imej rambut pendek tanpa siasatan lanjut)
Persoalan: Kepentingan menjaga / mengambil kira perasaan / sensiviti orang lain
Pengajaran: Kita hendaklah menjaga / mengambil kira perasaan / sensiviti orang lain sebelum bercakap.
5. "Aku" terlalu merindui Manis yang menyambung pengajian tinggi di Kuala Lumpur kerana jarang-jarang balik kampung. Aku berasa terkilan, tetapi dalam masa yang sama tidak mengetahui punca sebenar Manis bersikap demikian.
Watak: "Aku" / penggunting rambut / bapa Manisah
Perwatakan: Penyayang / kebapaan
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang / bersifat kebapaan
Nilai: Kasih sayang
Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran: Kita hendak menyayangi sesama keluarga
6. Abang-abang Manis menangis, serta berpelukan sesama sendiri apabila Manis menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Itulah pertama kali "aku" melihat mereka begitu.
Watak: Tiga orang abang Manisah
Perwatakan: Penyayang
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang
Nilai: Kasih sayang
Persoalan: Kasih sayang sesama adik-beradik / keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi adik-beradik / keluarga kita.
Analisis cerpen secara keseluruhan
Tema: Kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuan tunggalnya yang mewarisi penyakit ibunya.
Latar tempat: rumah "aku" / rumah Manisah; hospital, tadika, asrama, Bagan Datoh, ladang Felda, Kuala Lumpur.
Latar masa: Subuh, Asar (Manisah dikebumikan), siang hari (Manisah bersekolah, membantu bapa), zaman kanak-kanak Manisah, zaman mahasiswi Manisah
Monday, January 17, 2011
BUAL BICARA KEMBARA AMIRA BAB 3 (SHARING IS CARING)
Pengacara: Assalamu alaikum dan selamat pagi. Kita sungguh bertuah justeru dapat bersua muka dengan dua orang ahli panel handalan bagi membincangkan bab 3 novel Kembara Amira. Di sebelah kanan saya ialah Profesor Doktor Teoh Kok Seng, dari Institut Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selamat pagi profesor. Di sebelah kiri saya pula ialah Dr. Andria Hani, guru kanan bahasa SMK Seri Sayang. Selamat datang Dr. Izinkan saya memulakan majlis dengan menanyakan Prof. Teoh tentang watak yang ditampilkan dalam bab 3 novel Kembara Amira.
Prof. Teoh: Hanya tiga watak ditampilkan dalam bab 3, iaitu Amira, Jacinta dan Profesor Zaidah. Dua orang remaja dan seorang ibu yang berilmu tinggi. Walaupun hanya tiga watak, tetapi Cikgu Amer Hamzah selaku pengarang novel telah berjaya mengolah penceritaan sepanjang 10 muka surat itu dengan baik. Terdapat unsur monolog dalam bentuk penilaian seseorang watak terhadap watak yang lain, usik-mengusik dan nasihat.
Pengacara: Apakah pendapat Dr. Andria tentang perwatakan watak utama novel, khusus untuk bab 3?
Dr. Andria: Terima kasih saudari Asyikin. pada hemat saya, Amira sememangnya digambarkan dengan perwatakan yang bijak, teliti, prihatin, setia kawan dan penyayang. Misalnya, dia dapat mengaitkan bungkusan pakaian JC di kedai dobi Pak Cik Rama yang tidak diambil walaupun cuti sebelum mendapat kepastian bahawa sebenarnya JC langsung tidak balik ke mana-mana sepanjang cuti. Amira juga sangat prihatin terhadap JC sehingga membuat analogi angsa putih yang terapung di permukaan tasik yang tenang, walhal kakinya bekerja keras mengayuh supaya tidak dihanyutkan. Saya rasa memadailah dua contoh sebagai permulaan.
Pengacara: JC, iaitu Jacinta nampaknya remaja yang perasa atau sensitif, tetapi dalam masa yang sama boleh dikatakan sebagai keras hati. Apa kata Prof. Teoh?
Prof. Teoh: Saya bersetuju. JC serta-merta menangis apabila Amira membuka rahsia bahawa dia sanggup ke Bukit Mat Raya daripada ke London untuk bertemu dengan emak baharunya. Perwatakan keras hati JC dapat disokong dengan hujah bahawa JC telah menunjukkan bantahan terhadap keputusan bapanya berkahwin lagi dengan tidak pulang-pulang menjenguk banglo keluarga di Pulau Pinang. Namun, JC remaja yang kelakar dan pemaaf. JC cepat pulih daripada perasaan duka apabila diusik oleh Amira tentang peristiwa JC jatuh cinta kepada Dr. Zawawi ketika di Niah dahulunya. JC juga hanya berpura-pura marah apabila rahsia mereka berdua turut dikongsi dengan Profesor Zaidah.
Pengacara: Profesor Zaidah mempamerkan sifat keibuan yang sejati apabila menenangkan JC yang masih dibelenggu kekecewaan. Dalam dunia sebenar agaknya adakah profesor wanita bersifat demikian?
Dr. Andria: Tiada beza naluri keibuan tidak kira tahap pendidikan atau latar masyarakat mereka. Prof. Zaidah segera mengusap-usap rambut JC apabila terdengar esakannya. Prof. Zaidah juga memberi nasihat supaya JC lebih bersikap rasional dan rasional dalam menilai tindakan bapanya. Sebelum beredar dari khemah dua sahabat itu, Prof. Zaidah sempat menawarkan pilihan kepada JC jika mahu mengubah keputusan ke London. Bapa JC akan dimaklumkan tentang itu.
Pengacara: Baiklah, sekarang saya buka majlis kepada hadirin untuk sebarang kemusykilan atau pendapat. Hadirin hanya diberikan masa maksimum 45 saat untuk pertanyaan atau berhujah. Silakan.
Hadirin 1: Saya Prakash. Soalan saya tujukan kepda Prof. Teoh. Bab 3 lebih menjurus kepada nilai kasih sayang. Bolehkah profesor jelaskan dengan lebih lanjut.
Prof. Teoh: Terima kasih saudara Prakash, soalan yang penting untuk dibincangkan. Semua peristiwa yang Dr. Andria dan saya sebutkan dari mula tadi sebenarnya berkisar tentang nilai kasih sayang. Amira sangat mengambil berat terhadap JC. Daripada JC memerap di asrama, Amira mengajak JC menyertainya di Bukit Mat Raya supaya JC dapat menilai pendiriannya sendiri dalam persekitaran hutan tanpa dipengaruhi orang lain.
Pengacara: Terima kasih saudara Prakash dan Prof. Teoh. Satu sahaja soalan lagi, silakan.
Hadirin 2: Saya Ai Ling. Mengapa novel bercitra feminin dinukilkan oleh pengarang maskulin? Saya tujukan soalan buat Dr. Andria.
Dr. Andria: Satu soalan yang tidak dijangka sama sekali. Terima kasih adik Ai Ling. Dalam dunia pengkaryaan sastera, seseorang pengarang bebas menggunakan kreativiti menulis asalkan penceritaannya masih boleh diterima dan menghormati sensiviti khalayak pembaca yang mewakili pelbagai latar belakang. Saya fikir Cikgu Amer Hamzah selaku pengarang novel telah melakukan kerja rumah sebelum melukiskan watak-watak feminin yang Ai Ling nyatakan itu dalam bentuk penulisan kreatif. Penulis wanita juga banyak menulis watak lelaki, misalnya J.K. Rowling yang menghasilkan karya fantasi yang sering diadaptasi ke layar perak, iaitu kisah Harry Potter. Tidak salah, bukan?
Pengacara: Dalam satu ayat, saya mohon Prof. Teoh membuat kesimpulan tentang bab 3 yang kita bincangkan.
Prof. Teoh: Bab 3 mengukuhkan eksposisi, iaitu perkembangan watak utama, iaitu Amira dan rakan karibnya, iaitu JC supaya pembaca berasa lebih teruja untuk meneruskan pembacaan.
Pengacara: Dr. Amira, pesanan untuk hadirin dalam satu ayat tentang pembelajaran bab 3.
Dr. Andria: Seperti biasa, analisis komsas seperti watak dan perwatakan, latar masyarakat, nilai, persoalan dan pengajaran, serta perbincangam kbkk boleh disokong berdasarkan peristiwa-peristiwa yang sama.
Pengacara: Terima kasih Prof. Teoh, Dr. Andria dan hadirin. Mudahan-mudahan program bual bicara kali ini mendatangkan manfaat kepada semua. Sekian, assalamu alaikum dan jumpa lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)