SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 21, 2011

GAMBAR RAJAH DAN KELUK DALAM PEMBELAJARAN EKONOMI (THE TOOL OF ECONOMICS STUDY)

Pengenalan

Jika kena cara dan taktiknya, mata pelajaran ekonomi lebih mudah difahami berbanding dengan Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Sejarah. Ekonomi bukanlah tentang mengingat fakta atau peristiwa. Sebaliknya, pengajian ekonomi bertujuan menjelaskan fenomena yang nampak rencam (sophisticated) dalam bentuk analisis model dan konsep  yang ringkas, tetapi tepat.

Anggapan bahawa mata pelajaran ekonomi sebagai terlalu abstrak dan membosankan hanyalah pendapat berat sebelah. Sudah tentulah buku ekonomi tidak seyogia dilayan macam buku sastera atau novel, mahupun sebagai buku bahasa dan sejarah. Hanya dengan secebis kesabaran, serta mendapat pertolongan daripada guru atau sahabat, ekonomi ialah suatu mata pelajaran yang teramat mudah.

Alat analisis ekonomi

Sebagai kajian sains sosial, ekonomi dipelajari menerusi sejumlah data tentang tingkah laku individu, firma dan kerajaan dalam sebuah pusingan aliran pendapatan. Bagi memudahkan perbincangan, data akan dipersembahkan dalam bentuk carta dan gambar rajah. Dengan itu, sesuatu fenomena yang memerlukan penerangan yang berjela-jela akan diringkaskan secara konseptual atau modifikasi gambar rajah.

Fungsi gambar rajah dalam kajian ekonomi umpama kunci sesebuah kenderaan. Sebelum boleh digerakkan, kunci mesti diputar dekat strering, atau secara kawalan jauh. Namun, kunci sahaja belum memadai jika pemandu tidak berkeupayaan memandu kenderaan ke arah destinasi yang ditujui.

Tiada kunci, enjin kenderaan tidak boleh dihidupkan. Enjin kenderaan yang dihidupkan pula bukanlah jaminan bahawa kenderaan berkenaan akan mula bergerak. Seorang pemandu yang sihat diperlukan bagi mengendalikan kenderaan yang bergerak dengan putaran tayar sebagai contact patch terakhir dengan permukaan jalan.

Dalam analisis ekonomi, carta dan gambar rajah memang penting dari segi modifikasi konsep ekonomi. Walaupun demikian, perkara yang lebih dipentingkan ialah huraian atau penjelasan yang diwakili oleh gambar rajah. Pada akhirnya, seseorang pelajar ekonomi tidak lagi perlu bergantung kepada gambar rajah untuk tujuan analisis.

Perhatikan beberapa pernyataan berikut:

1   Permintaan ialah kesanggupan seseorang pembeli membayar sesuatu barang (dan perkhidmatan) pada tingkat harga, kuantiti, pasar dan jangka masa tertentu.

2   Hukum utiliti sut menggambarkan bahawa makin banyak penggunaan sesuatu barang, tingkat kepuasan pada mulanya meningkat, kemudian peningkatan itu makin perlahan, dan akhirnya turun.

3   Lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar dengan harga yang sebenarnya dibayar, atau utiliti yang dinikmati tanpa perlu bayaran.


4    Firma persaingan sempurna masih boleh meneruskan operasi pengeluaran dalam jangka pendek selagi dapat menampung kos berubah purata, iaitu jumlah kos berubah sama dengan jumlah hasil.


5    Keluk penawaran firma persaingan sempurna dalam jangka pendek ialah bahagian keluk kos sut yang berada di sebelah atas keluk kos berubah purata.


6  Kecekapan pengeluaran dan kecekepan peruntukan hanya akan tercapai serentak bagi firma persaingan sempurna jangka panjang dalam kes untung normal. Dalam kata lain, keseimbangan firma tercapai pada MR = SMC = LMC = SAC = LAC = DD = P.


Pelajar ekonomi hanya dapat mengungkapkan ayat-ayat di atas jika terlebih dahulu telah mengenal pasti hubungan geometrik antara semua keluk, paksi dan pemboleh ubah yang berkaitan. Sekali lagi diulangi, dapatkan kunci dahulu, kemudian mulakan perjalanan. Pelajar yang telah membiasakan diri dengan taktik ini akan mendapati begitu mudah untuk memberi penjelasan terhadap apa-apa tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran ekonomi kerana telah berjaya mevisualisasikan keluk itu tanpa perlu melukisnya lagi...

4 comments:

ila said...

thanks 4 da share cikgu.

harap cikgu rajen2 p0st entry untuk kitorang nie.

cikgu azhar said...

terima kasih ila atas perhatian.

mungkin saya akan adakan blog yang khusus untuk ekonomi. blog yang ada ini terhad untuk dimasukkan elemen grafikal atau jadual. bahan boleh dikatakan lengkap, cuma perlu dimuat naik. Insya-Allah seminggu dua lagi kot...

Unknown said...

Tk cigku atas penerangan cikgu membuatkan sy lebih tertarik pd subjek ekonomi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.