SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 19, 2011

RAHSIA KEKAL REMAJA DAN AWET MUDA (ALL IS WELL IS THE KEY TO ALWAYS YOUNG)

Penonton filem perisikan British, James Bond 007 tentu ingat akan prinsip ejen itu: sembunyikan emosi, jangan tunjuk cemas dan cari jalan keluar. Meskipun nyawa sudah di hujung tanduk, atau hanya dipisahkan oleh satu bidikan pistol, Bond masih boleh bertenang. Memanglah dalam filem semua pun boleh, tetapi prinsip itu bukanlah sesuatu idea yang remeh-temeh.

Dalam sebuah filem Hindi penuh komedi aksi, 3 Idiots lakonan Amer Khan, ungkapan "all is well" menjadi tagline yang penting apabila watak-watak utamanya berhadapan dengan kerumitan. Tangan kanan diletakkan di kawasan jantung, dan watak itu berkata demikian. Nampak macam kelakar semata-mata, tetapi ada elemen intelektual yang tidak disedari di situ.

Naskhah arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee sebahagiannya mengangkat tema kesejahteraan masyarakat. Kesengsaraan dan tekanan tidak harus dibiarkan membebani seseorang hingga tidak sempat menikmati kehidupan yang seumpama persinggahan sahaja. Ahmad Albab dan Tiga Abdul ialah antara contoh kecerdasan emosi yang ditonjolkan menerusi watak utamanya.

Kajian oleh sarjana di Barat mendapati bahawa ketawa dan senyum menjadi rahsia kekal remaja dan awet muda. Sebahagian otot di bahagian muka membentuk titik positif yang melambatkan proses penuaan fizikal. Namun, awas tidak usah pula keterlaluan ketawa, justeru kemungkinan mendatangkan kecederaan kepada rahang, malah ada kes di Singapura hinggakan rahang tidak dapat dikatup semula.

Dalam satu hadith disebutkan bahawa senyum ialah sedekah. Seseorang yang tersenyum bukan sahaja boleh menceriakan orang lain, bahkan membahagiakan diri sendiri, andainya ada keikhlasan. Membahagiakan diri sendiri dan membahagiakan orang lain itulah yang dikatakan sedekah.

Setiap kali menghadap cermin, sambil membaca doa, lemparkan senyuman kepada diri sendiri. Amalan itu menjadi terapi kendiri tanpa kos dari segi kewangan. Malah, perbelanjaan untuk membeli suplemen awet muda yang belum tentu mujarab dan risikonya dapat dialihkan kepada aktiviti kebajikan yang lebih besar.

Senyuman yang ikhlas ialah senyuman yang bertempat, ditujukan kepada orang-orang yang sihat mindanya dan bukan yang berniat buruk. Ada adab dan kriteria akhlak yang perlu diambil kira. Senyuman bukanlah senjata yang digunakan untuk maksud jahat dan zalim.

Kesimpulannya, senyum ialah senaman muka secara percuma. Senyuman menaikkan seri wajah dan memancarkan cahaya kebaikan. Walaupun si tukang nasihat ini tidak semestinya berjaya, seperti biasalah jurulatih tidak semestinya lebih handal dan hebat daripada anak didik sendiri...

No comments: