SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 21, 2011

BERLUMBA-LUMBA MENGERJAKAN KEBAJIKAN (THE FRIDAY ADDRESS)

Bumi kita umpama sebutir debu dalam sistem cakerawala Bima Sakti atau milky ways. Tiada ahli astronomi atau saintis yang dapat mengganggarkan jumlah sebenar sistem cakerawala di alam raya ini, atau mampu memberitahu di manakah sempadan terakhir semua sistem cakerawala. Jawapan paling singkat ialah infiniti, iaitu hitungan angka yang tidak terhingga sama ada ke arah positif, mahupun ke arah negatif.

Akal manusia bagaikan sinaran lilin yang memiliki batasan tertentu. Lagipun umur seseorang manusia terlalu singkat untuk menerokai perkara-perkara yang di luar jangkauan pancaindera mereka. Manusia dapat merasai belaian angin, menggunakan tenaga elektrik dan pelbagai gelombang AM, FM, analog, digital, alpha, gamma, sinar-X , molekul, ikatan hidrokarbon serta macam-macam lagi yang ada di sekitar mereka, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebab itulah hujah golongan athies (mulhid) sangat melucukan. Mereka menggunakan logik mudah sillogysm, kalau nampak baharu ada, kalau tidak nampak maknanya tidak ada. Kerana tidak nampak Tuhan, mereka kata Tuhan tidak ada, tetapi mereka juga tidak nampak arus elektrik yang mereka percaya ada!

Hujah golongan yang kononnya hakikat per se juga jelas karut-marutnya. Mereka berhujah yang penting ialah niat dan bukannya perbuatan. Makam tertinggi yang dicapai oleh pengamal makrifat ala hakikat mereka ialah dengan niat semata-mata, misalnya cukup sekadar berniat, tidak perlu rukuk atau sujud dalam solat.

Anehnya golongan hakikat itu tahu pula hendak makan minum dan berumah tangga. Mengapakah tidak diniatkan sahaja tanpa melakukan semuanya? Sayangnya apabila pintu hati telah termateri dan tertutup rapat, mereka menafikan kesesatan yang dianuti.

Junjungan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam telah berpesan supaya umatnya berpegang terhadap al-Qur'an dan al-Sunnah, nescaya tidak akan sesat buat selama-lamanya (taraktu fikum amraini ma tamassa'tum bihima, lan tadillu abada, kitabullah wa sunnatur-rasul, au kama qala). Bergurulah dengan ilmuan yang faqih dan tinggi tahap akhlaknya. Datangilah majlis-majlis ilmu yang sah, serta dianjurkan oleh organisasi yang juga sah seperti masjid, surau, organisasi dakwah dan yang seumpamanya.

Dalam banyak bahagian ayat al-Qur'an, banyak kali gesaan fastabiqul-khairat diulang-ulang. Masyarakat yang beriman digesa supaya berlumba-lumba bagi mengerjakan kebajikan. Selagi ada kesempatan usia (muda sebelum tua, hidup sebelum mati), kaya sebelum miskin dan lapang sebelum sibuk, amalan kebajikan terhadap diri sendiri, kaum keluarga, jiran tetangga, masyarakat umum, negara dan umat mesti disegerakan.

Perbincangan tentang kebajikan mencakup bidang yang sangat luas. Di samping menjaga kebajikan dalam konteks manusiawi (hablum-minannas), masyarakat yang beriman juga hendaklah menjaga kebajikan terhadap alam sekitar, termasuk flora dan fauna tentunya terikat dengan hubungan Yang Maha Pencipta (hablum minallah). Bukanlah kebajikan namanya jika berasa lazat dengan amalan untuk diri sendiri semata-mata sebagaimana si abid (ahli ibadah) yang jahil, atau si alim yang angkuh...

Aplikasi dan Pelaksanaan

1   Semarakkan wacana ilmu tentang konsep kebajikan

2   Senaraikan bidang kebajikan untuk individu, keluarga, tetangga, masyarakat, negara dan umat

3   Kenal pasti agensi, badan atau organisasi yang berorientasikan kebajikan seperti kehendak syariat

4   Sebarkan konsep kebajikan yang dituntut oleh al-Qur'an menerusi pelbagai media

5   Merancang aktiviti kebajikan untuk pelbagai peringkat masyarakat tanpa mengira aliran atau kepercayaan

6   Menetapkan kebajikan sebagai agenda penting dakwah bil-hal...

(berdasarkan inti sari mimbar Masjid Solatiah, Rapat Setia Baru minggu ini)

No comments: