SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 7, 2014

BOLA SEPAK AFF: MALAYSIA TEMPUH JALAN SUKAR DI VIETNAM (CHANGING THE SCRIPT AWAY)

Kekalahan 1-2 di laman sendiri memberi kelebihan kepada pasukan lawan pada saingan separuh akhir kedua Khamis nanti. Malaysia kini menanggung misi wajib menang sekurang-kurangnya 2-1 juga bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan. Kemenangan 1-0 hanya bermakna memberi laluan percuma kepada Vietnam melangkah ke penentuan juara kejohanan rantau Asia Tenggara itu.

Peraturan jaringan gol di tempat lawan dalam sistem perlawanan timbal balik juga bermaksud bahawa anak buah Dolah Salleh mesti memburu gol awal bagi memberi tekanan kepada Vietnam. Jika Malaysia mampu mengecewakan Singapura di Kallang tempoh hari, mengapa tidak di Hanoi? Selagi wisel penamat 90 minit permainan pusingan kedia tidak ditiup oleh pengadil, harapan seluruh peminat bola sepak tanah air tetap menyala.

Di Stadium Shah Alam sebentar tadi, skuad negara bermula dengan garang apabila Safiq Rahim mudah memperdayakan penjaga gol Vietnam menerusi sepakan penalti pada minit ke-14. Pengadil dari China, Ma Ning menghadiahi tendangan bola mati satu lawan satu itu apabila pemain pertahanan Vietnam tertampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Kegembiraan kem. Malaysia itu bagaimanapun hanya bertahan sekadar 16 minit apabila Voo Huy Toan bijak memanfaatkan tangkapan kurang kemas Apek yang muntah berhampiran dengannya.

Jika tindakan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny menjadi viral dengan ungkapan "keeper kita mana?", giliran kita pula bertanya "Mahalli Jasuli mana?". Mahalli sering lambat berpatah balik ke kedudukan asal sebagai bentang utama setiap kali naik membantu serangan. Lebih baik Mahalli terus diberi peranan sebagai pemain tengah bagi mengkucar-kacirkan kubu lawan.

Apek juga didapati mengulangi skrip tangkapan kurang kemas ketika membuka jalan kepada gol penyamaan Singapura tempoh hari. Memang sukar bagi mana-mana penjaga gol mempertahankan gawang gol daripada dibolosi jika pemain pertahanan asyik lesap entah di mana. Kita berharap Khairul Fahmi berjaya mengatasi masalah berkenaan daripada berulang lagi.

Nguyen Van Quet bijak mengelirukan pertahanan Malaysia sebelum mengecewakan Apek yang cuba menutup ruang dengan mara ke hadapan sedikit. Jaringan gol minit ke-60 bagaikan sudah cukup untuk Vietnam melengah-lengahkan masa dan bertahan seperti meletak bas melintang di hadapan pintu gol mereka. Serangan bertali arus seeta tendangan sudut silih berganti Malaysia tidak mengubah apa-apa.

Perlawanan sedikit tercemar apabila tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua belah pihak yang gagal mengawal perasaan. Perbuatan segelintir penyokong Harimau Malaya membaling botol air mineral telah mencederakan penyokong Vietnam. Peristiwa berlaku antara minit ke-85 hingga 90.


Saturday, December 6, 2014

GURU MUDA, KAKITANGAN PEJABAT USAH LUPA KEHALUSAN BUDI BAHASA (WHAT THE NOVICE MUST LEARN)

Dalam satu majlis keramaian, penulis blog (PB) berkesempatan mendengar pendapat seorang timbalan pengarah kesihatan negeri yang juga doktor pakar tulang (ortopedik) bercakap tentang tingkah laku doktor-doktor muda generasi Y. Beliau agak kesal dengan sikap orang muda sekarang yang sukar untuk menerima teguran dan sangat berkira tentang kerja. Mereka juga tidak begitu menjaga tutur kata apabila berkomunikasi dengan orang lama dan pegawai atasan.

Hal itu mengingatkan PB tentang satu peristiwa di sekolah apabila seorang guru wanita yang masih 'setahun jagung' mendesak seorang guru veteran menyerahkan maklmuat yang dikehendaki. Memang benar guru wanita muda itu diberikan tanggungjawab mengumpul maklumat berkaitan, tetapi dia patut tahu cara mendekati guru lama yang barangkali sebaya dengan ayahnya sendiri atau paling tidak sudah lama bergelar cikgu sedangkan dia ketika itu masih seorang bayi yang masih mentah. Maka, tidak salah apabila guru veteran tadi memberi teguran supaya dia lebih beradab.

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, December 5, 2014

KEPERLUAN BERSIKAP TERBUKA DALAM DAKWAH (THE WISDOM OF DOING)

Seorang bekas pendakwah selebriti yang kemudiannya terjun dalam dunia politik baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mengundang maklum balas bersifat kontra. Malah, hal peribadi beliau turut dibangkitkan kerana beliau dianggap cuba meraih semula perhatian yang semakin suram akibat munculnya demikian banyak tokoh pendakwah muda yang berpengaruh, termasuk golongan pelakon atau penyanyi yang berhijrah yang beliau label sebagai ustaz dan ustazah 'jadian' segera. Hakikatnya ialah zaman glamor seseorang tokoh ada yang singkat dan tidak kurang juga yang mengalami pasang surut bergantung kepada sambutan orang ramai yang tidak boleh dipaksa-paksa.

Pendakwah tersohor dalam sejarah umat tidak semestinya datang daripada masyarakat cendekia yang memiliki ijazah doktor falsafah pengajian dakwah, syariah, tafsir dan sebagainya. Sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam yang pernah digelar sebagai umat terbaik (khaira ummah, 3:110), generasi al-Quran yang unik, generasi Rabbani yang komited dan bayangan masyarakat syurga muncul dari madrasah tarbiyyah baginda bermula di rumah Arqam ibn Abi Arqam. Cuba teliti pula profil pendakwah hebat seperti Ahmad Deedat, Yusuf Islam (Cat Stevens) dan banyak lagi.

...

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, December 4, 2014

KEPERLUAN HOTEL PATUH SYARIAH (THE RIGHT TO EXERCISE FAITH AND SACRED VALUES)

Malaysia dikira beruntung justeru begitu banyak daya tarikan pemandangan alam, keselamatan perjalanan dan keluhuran budi masyarakatnya. Jumlah ketibaan pelancong yang mencecah angka 30 juta orang menyumbang terhadap kegiatan ekonomi tempatan, serta pendapatan negara. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) pula menjimatkan perbelanjaan pelancong asing untuk menikmati perjalanan yang mewah.

...

...

...

...

...

...

..

KADAR SEWA HOTEL LEBIH MURAH UNTUK KAKITANGAN AWAM (THE IMPORTANT OF OCCUPATION INFO)

Ketika mahu mendaftar masuk ke Concorde Inn, KLIA Sepang petang tadi, petugas kaunter hotel bertanya status pekerjaan. Katanya, perbezaan bayaran penginapannya memang ketara kepada orang 'gomen'. Kebetulan, tiada dokumen rasmi seperti kad ID pengesahan pekerjaan, misalnya kad keanggotaan koperasi guru pun jadilah.

Memandangkan beza bayarannya boleh tahan, iaitu RM100, mesti panjang akal dan tidak mengalah begitu sahaja. Penulis blog (PB) lantas bertanya sama ada salinan slip gaji boleh diterima sebagai dokumen gantian. Petugas kaunter itu menyatakan persetujuan.

Masalah seterusnya tiada salinan slip gaji di dalam tangan. PB terus meminta izin menggunakan kemudahan internet hotel untuk mencetak slip e-penyata gaji. Nasib baib Concord Inn mesra pelanggan kerana dengan senang hati melayan permintaan PB itu.



PB ditunjukkan 'business centre room' lalu ditinggalkan bersendirian di situ setelah petugas hotel menaip kata laluan di skrin komputer. Tidak sampai dua minit PB berjaya mencetak slip gaji terkini. Alhamdulillah, capaian internet di kawasan koridor raya multimedia (MSC) memang laju walaupun pada waktu puncak.

Tiada bayaran dikenakan walaupun pada waktu itu PB belum mendatar sebagai penyewa bilik penginapan di situ. Tidak seperti Bank Islam yang mengenakan bayaran RM1 bagi setiap keping salinan fotokopi walaupun kepada pemilik akaunnya sendiri. Rasa macam kena rompak pada siang hari kerana di negara maju sekalipun paling tinggi RM0.50 setiap keping.

Penjimatan sewa penginapan berdekatan KLIA sangat penting kerana apabila berurusan di lapangan terbang segala-galanya tidak murah lagi. Sebab itu pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle secara percuma kepada penyewa dalam jarak perjalanan kenderaan kira-kira lima minit itu. Contohnya caj letak kereta bertingkat di blok bersebelahan balai berlepas ditetapkan pada kadar RM5 bagi setiap satu jam.

Berbalik kepada kad dokumen pekerjaan untuk potongan harga sewa penginapan di hotel terpilih, maksudnya bukan harga murah. Kalau polis atau tentera memang mudah kerana kad pengenalan mereka memang khas selagi masih berkhidmat. Namun, kakitangan awam yang lain kena menambah koleksi kad masing-masing di dalam dompet selain pelbagai kad kesetiaan tiga empat buah pasar raya, kad debit (kredit?) dan sebagainya.

Concorde Inn KLIA lebih kurang Hotel Seri Malaysia, macam asrama sekolah atau kolej kediaman universiti. Tiada bangunan bertingkat-tingkat, lif atau tangga. Cuma, petugas hotelnya banyak warga Indon dan Bangla ...

Wednesday, December 3, 2014

KESELAMATAN DALAM PERJALANAN MUSIM HUJAN (BLIND SPOT IN DRIVING)

Cuaca memang sukar untuk diramalkan kerana fenomena geografi merupakan tanda kekuasaan Ilahi bagi mereka yang mahu berfikir. Pada suku pertama tahun ini, pakar kaji cuaca pernah meramalkan bahawa musim kemarau dan panas bakal berlanjutan hingga penghujung September. Namun, belum sempat habis bulan Julai, hujan mula turun mencurah-curah.

Kejadian ribut, puting beliung dan petir juga semakin kerap berlaku di kawasan-kawasan yang dahulunya tidak memiliki pengalaman sedemikian, misalnya di Pendang, Kedah. Tanah Tinggi Cameron pula dilanda banjir akibat hakisan tanah yang berkait rapat dengan kegiatan pencerobohan tanah secara berleluasa. Jalan raya bermutu tinggi seperti di Slim juga tidak terkecuali daripada 'amukan' air yang tidak mengenal mangsa.

...

...

...

...

...

...

Tuesday, December 2, 2014

MUNGKINKAH HARGA BARANG TURUN APABILA HARGA MINYAK JATUH MERUDUM? (EXCUSES AND JUSTIFICATION)

Apabila harga bahan api diumumkan naik, bukan main cepat golongan peniaga menaikkan harga barang dengan pelbagai alasan walaupun pengangkutan bukanlah komponen kos yang tertinggi. Namun, apabila harga bahan api sudah turun, bukan main liat lagi golongan peniaga yang sama hendak menurunkan harga barang. Persatuan pengguna yang memang dikenali sebagai kurang stamina di negara kita hampir tidak kedengaran bersuara membela nasib orang ramai yang sentiasa menjadi mangsa kerakusan kaum pemodal atau kapitalis itu.

Kelemahan persatuan pengguna tempatan dilengkapkan pula dengan isu kepimpinan gerakan koperasi yang kurang bermaya dan tidak menyengat. Mereka lebih berminat mengejar glamor dan kesempatan berdamping dengan orang-orang kenamaan. Maka, golongan pemborong dan pengedar barangan masih mampu ketawa terbahak-bahak sambil bermaharajalela memanipulasi pasaran.

Kuasa tawar-menawar masyarakat pengguna tempatan bagi mengajar golongan peniaga yang tamak berada di tahap yang cukup lemah. Kekuatan untuk bersatu secara tuntas tidak berlaku sehingga golongan peniaga minoriti masih mampu mendabik dada, serta mengangkat kepala dengan begitu angkuh. Akibatnya, kos sara hidup terus membebankan hari demi hari di sebalik pendapatan wang yang boleh tahan juga.

....

....

....

....

....

PUNCA BUDAK SEKOLAH TAASUB DENGAN KELAS TUISYEN (LEARNING EXPERT ALWAYS IN SCHOOL)

Banyak sebab yang mendorong ibu bapa, khususnya di bandar, menghantar anak masing-masing menghadiri kelas tuisyen walaupun harus membayar yurang yang tinggi. Walhal,  di sekolah, guru mata pelajaran semuanya terlatih dan boleh dianggap sebagai pakar pembelajaran, pentaksiran dan kemahiran insaniah yang memacu murid menuju mercu kecemerlangan pendidikan dan modal insan yang terbaik. Sungguh menghairankan apabila segelintir murid lebih percaya terhadap input pembelajaran di kelas tuisyen berbanding dengan sentuhan pakar di sekolah.

...

...

...

...

...

...

...

Monday, December 1, 2014

TAMBANG KAPAL TERBANG LEBIH MURAH? (NOW ALMOST EVERYBODY CAN FLY)

Penurunan harga petroleum memberi kesan langsung terhadap kos operasi industri pengangkutan. Jika selama ini kos bahan api menjadi alasan utama untuk mengenakan surcaj kepada penumpang, bagaimanakah keadaannya sekarang apabila komponen kos bahan api itu sudah jatuh sehingga 40 peratus? AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah negara telah memberi respons positif terhadap perkara itu (klik di sini).

Sementara itu, kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) pula turun jika dibandingkan dengan dolar Amerika (USD), kini sudah mencecah USD1 = RM3.42. Hal itu bermakna bahawa harga eksport menjadi lebih murah, manakala perbelanjaan pelancong asing ke sini juga lebih rendah. Harga import pula lebih mahal dan perbelanjaan perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara menjadi lebih mahal.

Dua keadaan yang bertentangan secara serentak membawa implikasi kewangan yang tersendiri kepada kegiatan ekonomi antarabangsa negara kita. Kemasukan pelaburan asing langsung dan kegiatan spekulasi hartanah mungkin mengakibatkan rakyat tempatan terpaksa menghadapi persaingan yang lebih sengit, serta berlakunya manipulasi golongan pemodal (kapitalis). Namun, pihak berkuasa kewangan sudah pasti telah mengambil kira mekanisme terbaik bagi memastikan bahawa kejatuhan harga minyak petrol dan RM akan menjurus kepada daya saing yang lebih baik.

Penganalisis ekonomi tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik kejatuhan mendadak harga petroleum dunia terdapat 'tangan ghaib' yang menjalankan muslihat tertentu. Kuasa petrodollar negara-negara pengeluar emas hitam di rantau timur tengah mula merosot. Kedudukan yang semakin lemah mungkin mendedahkan mereka kepada persekitaran ekonomi yang dikawal oleh kuasa-kuasa besar ekonomi yang lain.

...

...

...

...

Sunday, November 30, 2014

KEMBALI MENGGUNAKAN RON 97 (QUALITY WISE)

Tengah hari tadi di setsen Caltex Jalan Taiping, Kuala Kangsar, penulis blog (PB) mengisi minyak petrol bernozel hijau setelah sekian lama tidak berbuat demikian. Sebab pertama kerana harga Ron 97 berbeza jauh dengan Ron 95 sehingga pernah mencecah RM3.00 setiap liter. Sebab  kedua ialah bilangan pam dengan nozel hijau sangat terhad, dan di sesetengah stesen minyak langsung tiada satu pun.

Mulai tengah malam tadi (1 Disember), penetapan harga di pam mengikut kaedah pengapungan terkawal mula dilaksanakan. Perbezaan antara Ron 97 dengan Ron 95 tinggal 20 sen, iaitu RM2.46 dan RM2.26 satu liter bagi setiap satunya. Kebanyakan pengguna berharap supaya paparan harga runcit minyak petrol dan diesel sebagaimana ketika bersekali dengan subsidi juga terus telus supaya mereka tahu sama ada mereka membayar pada harga pasaran sebenar, lebih tinggi atau lebih rendah.

Rancangan pemberian subsidi bersasaran dengan penggunaan MyKad barangkali ditangguhkan buat sementara waktu, melainkan jika harga petrol belum ditapis dunia kembali mencatat harga USD80 ke atas bagi setiap tong. Jika pengimport petrol tempatan berjaya menandatangani kontrak hadapan yang relatif murah, proses lindung nilai (hedging) bahan api itu bakal menguntungkan pengguna. Pengendali pengangkutan dan kaum nelayan yang menggunakan diesel boleh diberikan subsidi dalam bentuk kupon yang memiliki ciri keselamatan pintar.

...

...

...

...

...