Saturday, May 7, 2011
SELAMAT HARI IBU (HAPPY MOTHER'S DAY)
Enam bilion umat manusia
Memiliki persamaan yang satu
Sebelum deria berfungsi
Dan kaki merentas benua
Berada dalam sebuah dunia indah
Selamat dalam jagaan seorang insan
Yang mendambakan kebahagiaan
Melupakan kepayahan
Melalui detik-detik itu
Berkongsi dan bergantung harap
Tiada upaya memenuhkan keinginan sendiri
Alangkah bertuah dianugerahi seorang insan
Wanita sempurna melimpahi kasih dan sayang
Hari berganti hari
Makin menjauh jasa wanita itu
Dalam kenangan waris yang berasa gagah
Mendampingi wanita itu bagaikan satu beban
Titipan nasihat dan saran bagaikan angin lalu
Tinggallah wanita itu masih menadah doa sejahtera
Aku tidak begitu ibu
Segunung jasamu aku rangkumkan
Dalam satu ucapan ringkas:
Friday, May 6, 2011
KAEDAH PEMBELAJARAN PRAUNIVERSITI TINGKATAN 6 (POST-SECONDARY CLASSROOM'S ACTIVITY)
Pengenalan
Hakikatnya, pengajian prauniversiti tingkatan yang baharu dijenamakan semula bertujuan memupuk modal insan minda kelas pertama yang memiliki ciri keperibadian, kepimpinan, kesungguhan, komitmen, pencapaian, dan sahsiah yang cemerlang. Kursus dan mata pelajaran yang ditawarkan bersesuaian dengan golongan pelajar remaja yang berusia antara 18 - 19 tahun yang menuju kematangan dalam berfikir dan bertindak. Hari ini, kebanyakan tokoh akademik (profesor), pemimpin politik, ahli perniagaan berjaya dan sukarelawan hebat pernah melalui pengajian tingkatan 6 era gemilangnya.
Mengapa prauniversiti?
Hingga awal 1980-an hanya terdapat lima buah universiti awam, iaitu UKM, UM, UPM, USM dan UTM. Laluan utama kemasukan universiti ketika itu ialah STPM, di samping saluran matrikulasi, asasi sains (UM) dan kelayakan diploma terpilih (misalnya dari ITM dan Politeknik Ungku Omar, Ipoh). Lama-kelamaan dengan penawaran lebih banyak kursus diploma dan persediaan universiti, pengajian tingkatan mula dianggap sebagai pilihan terakhir setelah permohonan ke institusi prauniversiti yang lain ditolak. Angka 60,000 pelajar tingkatan 6 pun merosot hingga tinggal sekitar 40,000 orang sahaja pada pertengahan dekad 1990-an.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari hal berkenaan, lalu mengambil langkah memperkasa semula pengajian tingkatan 6 dengan jenama prauniversiti mulai tahun 2009. Tenaga pengajar tingkatan 6 bergelar guru akademik tingkatan 6, atau pensyarah, serta merupakan jawatan naik pangkat pada gred hakiki DG 44 ke atas. Mereka dikategorikan sebaris dengan pensyarah matrikulasi dan pensyarah institut pendidikan guru yang juga di bawah pentadbiran KPM.
Jumlah enrolmen pelajar prauniversiti tingkatan 6 yang berlegar-legar pada angka 40 hingga 50 ribu orang sesungguhnya suatu rahmat. Jumlah itu lebih sedikit sahaja daripada jumlah tempat yang diperuntukkan kepada lepasan STPM. Maknanya, peluang lulusan STPM memasuki IPTA menghampiri kadar 70 peratus.
Kesahan dan kebolehpercayaan item soalan peperiksaan STPM memang sangat tinggi dan tiada keraguan tentangnya, berbanding dengan kursus diploma yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi pengajian secara dalaman dan berasingan sepenuhnya. Sektor swasta juga memandang tinggi kelayakan STPM (dan SPM) sehingga penetapan gaji permulaan seseorang pemegang ijazah bergantung kepada pencapaian di peringkat sekolah, termasuk STPM. Maka, pengajian tingkatan 6 masih relevan dan dihormati.
Amalan Bilik Darjah / Bilik Kuliah
Walaupun susunan tempat duduk pelajar prauniversiti tingkatan 6 tidak jauh berbeza dengan kelas budak menengah, tahap penglibatan pelajar dalam proses menjana pengetahuan baharu berterusan dipertingkat. Walaupun namanya kuliah, tidaklah pula bermakna pelajar hanya duduk terpaku sambil mencatat setiap butiran yang terpacul daripada mulut pensyarah mereka. Sambil pelajar sains banyak terlibat dengan uji kaji di makmal, pelajar kemanusiaan pula lebih banyak menggunakan fakulti kognitif mereka dalam menjelaskan kompleksiti sesuatu fenomena menerusi alat berfikir, iaitu hukum, teori, hipotesis, andaian dan sebagainya.
Pengenalan konsep-konsep yang lebih abstrak dan tinggi didedahkan secara ansur maju, bukanlah begitu mendadak. Pensyarah akan bertindak sebagai penolong kepada pelajar prauniversiti berdasarkan bidang ilmu pengetahuan yang diliputi dalam sukatan pelajaran. Sekiranya pelajar memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran, mereka tidak perlu lagi bersusah payah mentelaah buku yang tebal-tebal hingga larut pagi (baca: kononnyalah...!!)
Proses pembelajaran bukanlah hiburan. Pelajar prauniversiti tidak boleh mengharapkan untuk bergelak ketawa dan tersenyum sepanjang sesi kuliah. Orang-orang cemerlang memang terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak disukai oleh orang-orang yang tidak cemerlang seperti melengkapkan nota dan tugasan.
Perkara paling penting yang perlu menjadi pegangan pelajar prauniversiti tingkatan 6 ialah sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang matlamat yang hendak dicapai. Dampingi kawan-kawan yang berfikiran positif dan jangan sesekali terdetik untuk menyokong ungkapan-ungkapan negatif yang boleh meracuni pemikiran sehingga hanyut sekali dengan kumpulan si corot yang boleh muncul bila-bila masa.
Pembelajaran paling berkesan ialah dengan mengajar orang lain. Maksudnya, konsep pengajaran sebaya akan membantu pelajar prauniversiti lebih mantap dalam segala penjelasan teori dan jalan kiraan. Pertanyaan rakan, termasuk si corot yang tidak disisihkan akan membantu mengukuhkan penguasaan ilmu pengtahuan prauniversiti...

PROSPEK PELAJAR JURUSAN KEMANUSIAAN TINGKATAN 6 (THE FUTURE DEMAND OF ART GRADUATES)
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sesenarai panjang pilihan untuk menyambung pengajian sama ada tahap akademik lebih tinggi, atau kelayakan kemahiran teknikal dan vokasional. Antara pilihan yang boleh dibuat:
1 pengajian prauniversiti tingkatan 6: laluan utama kursus ijazah sarjana muda
2 matrikulasi Kementerian Pelajaran / UIAM / asasi sains UM: laluan pengkhususan universiti lebih awal
3 kursus diploma (akademik): UiTM (bumiputera sahaja), politeknik
4 kursus diploma (kemahiran teknikal, vokasional): kolej komuniti, IKM, IKBN, ILP, IPB
5 persediaan ijazah sarjana muda (foundation), A Level kolej swasta
6 kelayakan pelesenan: aeronatik, akademi laut, kulinari
7 kursus prapekerjaan: akademi bomba, akademi polis, kawalan trafik udara, kolej jururawat, pembantu hospital
Tidaklah menjadi hal untuk memohon pelbagai pilihan pengajian, kemudian baharulah memuktamadkan keputusan. Sebagai individu yang mencapai usia 18 tahun, pengajian yang dipilih sudah pasti mempengaruhi perjalanan hidup dan kerjaya apabila memasuki usia 20-an kelak. Walaupun keinginan untuk bersama-sama dengan rakan karib sedia ada, persediaan untuk mencipta persahabatan yang baharu mesti sentiasa ada.
Jurusan Kemanusiaan Tingkatan 6
Dasar semasa kerajaan ialah nisbah 60:40, iaitu 60 peratus pelajar sains, dan 40 peratus pelajar sastera (kemanusiaan). Pelajar sains ditawarkan pilihan antara fizik dan biologi, di samping wajib mengambil kertas matematik T, kimia, pengajian am dan Muet. Jurusan kemanusiaan pula menawarkan beberapa kombinasi mata pelajaran, misalnya:
1 Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah
2 Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Pengajian Perniagaan
3 Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Perakaunan
4 Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Arab, Syariah / Usuluddin
5 Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Sains Sukan, Geografi
Kombinasi mata pelajaran dan penawaran kursus akan berbeza berdasarkan waran yang dikeluarkan kepada sekolah. SMK St. Michael, Ipoh (SMI) misalannya menawarkan pakej 1 dan 2 sahaja. Namun, pelajar masih mempunyai pilihan kursus yang sangat luas untuk mengikuti kursus ijazah sarjana muda. Contoh bidang yang boleh menjadi pilihan:
1 sastera tulen: bahasa, antropologi, sosiologi, komunikasi, psikologi, sejarah, geografi, pengajian antarabangsa
2 sastera ikhtisas: ekonomi, perniagaan, perakaunan, perancangan kewangan, undang-undang, aktuari
3 pengajian Islam
Pelajar cemerlang di peringkat universiti (gred purata kumulatif, CGPA 2.75 ke atas) juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana (masters) dan doktor falsafah (Ph.D), sama ada secara terus-menerus, atau semasa dalam kerja seperti pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Pemegang ijazah tinggi tidak semestinya menjadi pensyarah, bahkan mungkin dilamar sebagai pakar runding, atau felo penyelidik agensi kerajaan dan swasta. Kepakaran yang dimiliki mungkin juga menjadi tiket bagi menempa nama dalam bidang keusahawanan dan korporat.
Sebenarnya pelajar jurusan kemanusiaan tidak perlu gusar akan peluang-peluang masa hadapan. Kelayakan akademik memang sangat penting, tetapi proses memupuk sikap yang berupa komponen penting kepimpinan, perkhidmatan dan kesukarelaan juga melengkapkan persediaan menempuh cabaran hidup. Pengajian tingkatan 6 jurusan kemanusiaan tetap relevan sampai bila-bila...
Thursday, May 5, 2011
MENULIS PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN (LEAD AND BIND)
Pengenalan
Pendahuluan berfungsi memberi gambaran am terhadap kandungan sesuatu penulisan. Cara menulis pendahuluan bergantung kepada laras penulisan yang berkenaan. Pendahuluan laras penulisan biasa mungkin tidak sama dengan laras penulisan kreatif.
Perbincangan ini bagaimanapun hanya akan memberi tumpuan terhadap penulisan karangan biasa, khususnya untuk tugasan peperiksaan yang perlu akur kepada sejumlah ciri penulisan yang tertentu, dan dalam tempoh peruntukan masa yang tertentu pula. Sebenarnya seseorang calon tidak perlu sama sekali terikat kepada mana-mana kaedah walaupun didakwa sudah dipatenkan. Penulisan ialah suatu hasil kerja pemikiran yang bersifat terbuka, asalkan masih menjawab tugasan soalan.
Ciri Pendahuluan Yang Baik
Bagi karangan laras biasa (deskriptif), antara ciri yang perlu ada ialah:
1 mengulang semula tumpuan tugasan soalan
2 menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku dengan kedaan yang sepatutnya berlaku
3 gambaran (tiga) idea utama
4 unsur kecindan: kata hikmat, peribahasa, petikan ucapan / penulisan tokoh
Katakan tugasan berbunyi:
Pengambilan makanan seimbang ialah amalan yang dapat menjamin kesihatan seseorang pelajar.
Sebagai pelajar, bagaimanakah anda merancang pengambilan makanan seimbang?
Semua pelajar seharusnya mengambil berat akan keperluan pengambilan makanan seimbang supaya tahap kesihatan mereka sentiasa terjamin. Kebanyakan pakar berpendapat bahawa pengambilan makanan seimbang sangat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang pelajar, dan seterusnya menjadi faktor penting pencapaian mereka. Isu-isu seperti pelajar berlebihan berat badan, berlebihan kolestrol dan berlebihan lemak patut ditangani dengan segera jika negara berhasrat untuk menjana modal insan minda kelas pertama. Sebagai pelajar, saya juga percaya bahawa kesedaran tentang hakikat "otak yang cerdas datang daripada tubuh yang cergas" perlu saya pindahkan dalam bentuk amalan pengambilan makanan seimbang. Antara langkah yang saya ambil dalam merancang pengambilan makanan seimbang ialah mendapatkan maklumat pakar, menyediakan jadual hidangan dan mematuhi nasihat profesional.
Penulisan Isi Utama
Contoh pengenalan di atas sahaja sudah melebihi 100 patah perkataan. Andainya tiap perenggan isi utama juga mengandungi 100 patah perkataan, tiga isi bersamaan dengan 300 patah perkataan lagi. Setiap isi utama seharusnya meliputi komponen seperti:
1 konsep isi berdasarkan keperluan tugasan
2 huraian dan contoh
3 ikat balik dengan tajuk tugasan
Penutup Karangan Yang Berkesan
Sesebuah karangan yang baik bolehlah diumpamakan seperti satu perjalanan yang lancar. Penulis karangan ialah pemandu kenderaan, manakala pembaca atau pemeriksa ialah penumpangnya. Maka, sesebuah perjalanan harus berakhir apabila tiba di destinasi yang ditujui.
Maka, penutup karangan harus memaparkan kesimpulan secara umum, harapan, cadangan dan mungkin juga diselitkan sekali lagi unsur kecindan. Penegasan tentang tajuk tidak seyogia dilupai, iaitu dimasukkan dalam mana-mana ayat. Tiada idea baharu patut ditampilkan dalam perenggan penutup.
Contoh perenggan penutup berdasarkan tugasan yang sama dengan pendahuluan di atas:
Kesimpulannya, saya sentiasa merancang pengambilan makanan seimbang sebagai usaha menjamin tahap kesihatan yang baik supaya proses pembelajaran saya menepati sasaran pencapaian yang dikehendaki, sama ada akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah. Saya berharap bahawa amalan pengambilanan makanan seimbang akan terus mendapat sokongan keluarga dan kawan-kawan. Saya sentiasa berpegang kepada maksud sepotong ayat al-Quran, "makanlah dan minumlah, dan janganlah kamu berlebih-lebihan."

PERSPEKTIF DALAM PENULISAN KARANGAN (MULTIPLE POINT OF VIEWS)
Pengenalan
Pada asasnya terdapat empat perkara penting yang menjadi tunjang sesuatu penulisan karangan, iaitu:
1 punca / sebab / faktor / penentu
2 akibat / kesan / implikasi / natijah
3 faedah / manfaat / kebaikan / kelebihan
4 cara / kaedah / langkah / pendekatan
Sesuatu tugasan boleh jadi bersifat am, atau boleh jadi juga bersifat khusus. Contohnya:
1 Punca peningkatan minat membaca dalam kalangan masyarakat (am)
2 Kesan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) di sekolah anda (khusus)
3 Faedah amalan pemakanan seimbang (am)
4 Cara-cara mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah di sekolah anda (khusus)
Sepertimana yang pernah dibincangkan sebelum ini, terdapat beberapa petua atau taktik menjana idea yang berkesan dan jitu, iaitu:
1 PESTA: politik, ekonomi, sosial, teknologi, agama
2 5W-1H: apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana
3 Analogi: pohon yang baik, tangkap ikan
4 SWOT: kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman
5 3 C's: diri sendiri / organisasi, pelanggan, pesaing
6 strata / susun lapis: diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, antarabangsa
7 jangka masa: singkat, pendek, pertengahan, panjang
Sebenarnya banyak lagi petua atau taktik yang boleh dicipta, tetapi tujuannya sama, iaitu bagi menetapkan payung idea, menghindarkan pengulangan dan membina perspektif yang menyeluruh (holistik). Jika tidak, lontaran idea dalam sesuatu penulisan mungkin terperangkap dalam lingkaran yang sama berkali-kali. Dalam kata lain, elemen kematangan fikiran yang diperlukan tidak muncul.
Barang diingat bahawa petua dan taktik hanyalah panduan, dan seseorang penulis (karangan), termasuk untuk keperluan peperiksaan tidak seyogia terlalu terikat atau taksub sehingga menjurus kepada fikiran tertutup atau rigid. Contohnya, petua PESTA hendakah dibuka keragaman (variasi) ideanya.
1 Politik: kuasa, kepimpinan, dasar, undang-undang, peraturan, strategi, pengaruh, propaganda
2 Ekonomi: kewangan, kecekapan, kebajikan
3 Sosial: komunikasi, media, usia, jantina, demografi, adat resam, budaya, pendidikan
4 Teknologi: aplikasi sains (gunaan), maya, nano
5 Akhlak: pupuk sikap (lentur buluh), peribadi mulia
Kebolehan menghuraikan sesuatu idea banyak bergantung kepada pengalaman diri sendiri atau pengalaman orang lain. Sumber pengalaman orang lain bukan sahaja berdasarkan cerita kawan, tetapi menerusi bahan bacaan yang autentik, atau menerusi majlis wacana ilmu. Dalam era kampung sejagat (global village) ini, kita seolah-olah tercampak dalam samudera maklumat yang tidak bertepi, tetapi kebijaksanaan menggunakan petua dan taktik bagaikan sebuah kenderaan hebat yang mengawal hala tuju kita dalam proses menulis karangan yang tinggi mutunya...
Wednesday, May 4, 2011
TUGASAN PERBANDINGAN KAJIAN NOVEL AMIRA - HANANI (THE STUDY OF LIKENESSES AND DIFFERENCES)
Pengenalan
Murid menengah atas mempelajari dua buah novel, iaitu satu semasa tingkatan 4 dan satu lagi semasa tingkatan 5. Bagi mencapai objektif pembelajaran komsas, murid disediakan dengan kajian perbandingan novel. Walaupun pemikiran murid barangkali menjurus terhadap keperluan peperiksaan, kebolehan membuat perbandingan sangatlah penting dalam kerangka domain pendidikan, sama ada taksonomi Bloom, kecerdasan pelbagai, atau kbkk.
Perbandingan boleh dipecahkan kepada persamaan dan perbezaan. Jika tugasannya berbentuk umum, iaitu sekadar menyatakan perbandingan, kedua-dua persamaan dan perbezaan hendaklah dikemukakan. Namun, kebanyakan item tugasan awal-awal lagi terus mengkhususkan sama ada persamaan sahaja, atau perbezaan sahaja.
Contoh Tugasan
1 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat
2 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu ketabahan watak utama dalam setiap novel.
3 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, terangkan satu nilai murni yang dihayati oleh watak utama bagi setiap novel.
Monday, May 2, 2011
ISU-ISU PENTING PASARAN MONOPOLI (MONOPOLY MARKET ANALYSIS)
Pengenalan
Monopoli ialah firma tunggal yang mengeluarkan barang tiada pengganti hampir, dan wujud halangan memasuki pasaran. Firma monopoli ialah penentu harga. Namun, monopoli harus memilih untuk sama ada menentukan harga sahaja, atau menentukan tingkat keluaran sahaja, tidak boleh serentak.
Sekatan Kemasukan
1 Ekonomi bidangan: firma tunggal yang bersaiz besar dengan pengeluaran besar-besaran, menguasai keseluruhan pasaran
2 Halangan undang-undang: hak cipta, lesen, paten ==> galakan R & D
3 Pemilikan faktor (pengeluaran) semula jadi: tiada kemasukan firma lain,
bersambung...
RUBRIK PENANDAAN SKRIP JAWAPAN MIKROEKONOMI 2 CALON (THE STRONG ANSWER AND THE LESS ONE)
Pendahuluan
Diberi harga barang X ialah RM2 dan harga barang Y ialah RM3. Pendapatan pengguna ialah RM16.
Contohnya, berdasarkan jadual di atas, keseimbangan dicapai pada 2 unit barang X dan 4 unit barang Y pada kombinasi A
Maka, pengguna mencapai keseimbangan apabila jimlah perbelanjaan sama dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 16 dan membeli 2 unit barang X serta 4 unit barang Y pada kombinasi A.
Walaupun kombinasi B mencapai Mux/Px = Muy/Py, tetapi ia tidak mencapai keseimbangan kerana jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan.
Huraian kombinasi yang hanya memenuhi salah satu syarat keseimbangan = 2 markah
Skrip B
Syarat pertama yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencapai keseimbangan ialah utiliti sut per ringgit yang dibelanjakan terhadap semua barang adalah sama iaitu,
Andaikan harga barang X menurun, maka
Untuk mencapai keseimbangan, pengguna boleh menambah pembelian barang X, kurangkan pembelian barang Y atau tambah pembelian barang X dan kurangkan pembelian barang Y secara serentak. Dengan cara ini, pengguna boleh mencapai keseimbangan mengikut syarat yang pertama.
Syarat kedua yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencapai keseimbangan ialah jumnlah pendapatan sama atau lebih besar daripada jumlah perbelanjaan. Jumlah pendapatan yang diperoleh oleh pengguna mestilah sama dengan jumlah perbelanjaan demi mencapai keseimbangan. Jika jumlah pendapatan yang diperoleh melebihi jumlah perbelanjaan, maka pengguna masih boleh menggunakannya sampai sama dengan jumlah pendapatan.
Dengan dua syarat ini, pengguna boleh mencapai keseimbangan dengan sejumlah pendapatan dalam pembelian dua jenis barang dengan harga yang berbeza.
Jumlah markah diperoleh = 2/10
Sampel skrip jawapan calon yang dipilih ialah daripada sumber peperiksaan sebuah sekolah, dan bukannya skrip peperiksaan awam. Kedua-dua calon telah memberi persetujuan berpengetahuan supaya skrip jawapan mereka digunakan dalam kajian tindakan guru ekonomi secara kualitatif, iaitu menerusi kaedah penyelidikan analisis dokumen . Rubrik penandaan dan pemarkahan ini hanya untuk kegunaan kajian yang dimasukkan dalam bahagian analisis data.
Skrip A
Pengguna mencapai keseimbangan dengan sejumlah pendapatan dalam pembelian dua jenis barang dengan harga yang berbeza iaitu barang X dan barang Y apabila utiliti sut per ringgit barang X sama dengan utiliti sut per ringgit terakhir barang Y ( MUx/Px = MUy/Py ). Syarat kedua ialah jumlah perbelanjaan adalah sama dengan jumlah pendapatan atau jumlah perbelanjaan kurang daripada jumlah pendapatan.
Konsep = 2 markah
Bil barang X (unit) | Bil barang Y (unit) | MUx | MUy | MUx/Px | MUy/Py |
1 2 3 4 | 3 4 5 6 | 2 4 6 10 | 4 6 8 15 | 2/2 = 1 4/2 = 2 * 6/2 = 3 10/2 = 5 # | 4/3 = 1.33 6/3 = 2 * 8/3 = 2.67 15/3 = 5 # |
Jadual lengkap = 3 markah
Diberi harga barang X ialah RM2 dan harga barang Y ialah RM3. Pendapatan pengguna ialah RM16.
Andaian: 1 markah
Contohnya, berdasarkan jadual di atas, keseimbangan dicapai pada 2 unit barang X dan 4 unit barang Y pada kombinasi A
Jumlah perbelanjaan = 2(2) + 4(3) = RM 16; 4/2 = 2, 6/3 = 2
Maka, pengguna mencapai keseimbangan apabila jimlah perbelanjaan sama dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 16 dan membeli 2 unit barang X serta 4 unit barang Y pada kombinasi A.
Huraian jadual: kombinasi memenuhi kedua-dua syarat keseimbangan: 2 markah
Kombinasi B
10/2 = 15/3 Jumlah perbelanjaan = 4(2) + 6(3)
5 = 5 = RM 26
Walaupun kombinasi B mencapai Mux/Px = Muy/Py, tetapi ia tidak mencapai keseimbangan kerana jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan.
Huraian kombinasi yang hanya memenuhi salah satu syarat keseimbangan = 2 markah
Jumlah markah diperoleh = 10/10
Skrip B
Pengguna boleh mencapai keseimbangan dengan sejumlah pendapatan dalam pembelian dua jenis barang dengan harga yang berbeza melalui dua syarat.
[KIV]
Syarat pertama yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencapai keseimbangan ialah utiliti sut per ringgit yang dibelanjakan terhadap semua barang adalah sama iaitu,
MUx / Px = MUy / Py … = MUz / Pz
Konsep = 2 markah
Andaikan harga barang X menurun, maka
Mux / Px > Muy / Py
Untuk mencapai keseimbangan, pengguna boleh menambah pembelian barang X, kurangkan pembelian barang Y atau tambah pembelian barang X dan kurangkan pembelian barang Y secara serentak. Dengan cara ini, pengguna boleh mencapai keseimbangan mengikut syarat yang pertama.
[NR]
Syarat kedua yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencapai keseimbangan ialah jumnlah pendapatan sama atau lebih besar daripada jumlah perbelanjaan. Jumlah pendapatan yang diperoleh oleh pengguna mestilah sama dengan jumlah perbelanjaan demi mencapai keseimbangan. Jika jumlah pendapatan yang diperoleh melebihi jumlah perbelanjaan, maka pengguna masih boleh menggunakannya sampai sama dengan jumlah pendapatan.
[konsep => Rp]
Dengan dua syarat ini, pengguna boleh mencapai keseimbangan dengan sejumlah pendapatan dalam pembelian dua jenis barang dengan harga yang berbeza.
[GN]
Jumlah markah diperoleh = 2/10
Nota Rubrik
GN (general) = jawapan bersifat umum, 0 markah
KIV (keep in view) = hanya dipertimbangkan jika ada penjelasan lanjut, 0 markah
IRR (irrelevant) = jawapan tidak berkaitan, 0 markah
NR (not required) = tidak diperlukan, 0 markah
Rp (repetition) = jawapan berulang, 0 markah
Sunday, May 1, 2011
TAJU'L MULUK PROSA KLASIK TINGKATAN 1 (LAND OF THE GIANT)
Pengenalan
Hikayat ini termuat dalam antologi Kasut Kelopak Jantung, muka surat 29 - 50, iaitu sepanjang 22 halaman. Tema hikayat ialah penggunaan akal fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kisah bermula dengan usaha mencari bunga bakawali dalam kawalan seorang anak raja peri yang sangat besar kerajaannnya bagi menyembuhkan mata raja Syarqastan yang buta.
Watak
Taju'l Muluk: putera bongsu raja Syarqastan
Puteri Jenuh Hati: menggunakan muslihat dalam permainan catur, menawan empat orang abang Taju'l Muluk
Amir (pemimpin, nama jawatan): dipanggil "ayahanda" oleh Taju'l Muluk, tempat berkhidmat untuk mencari misteri Puteri jenuh hati
perempuan tua: penghulu mahligai yang tahu rahsia Puteri Jenuh Hati, berjaya dijadikan 'nenek angkat' Taju'l Muluk
dewa (tiada dialog): menolong Taju'l Muluk hingga ke sempadan negeri Bakawali
raksasa: mulanya disangka gunung, kemudian menjadi bapa angkat Taju'l Muluk
raksasa 2: diseru oleh bapa angkat Taju'l Muluk untuk membantu, menulis surat kepada Dewi Hamalah
jin utusan: menerbangkan Taju'l Muluk membawa surat kepada Dewi Hamalah
Dewi Hamalah: Gembira dengan kedatangan Taju'l Muluk, hendak dikahwinkannya dengan Puteri Mahmudah yang disambarnya
dari sebuah negeri dengan Taju'l Muluk
dari sebuah negeri dengan Taju'l Muluk
bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)