SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU (HAPPY MOTHER'S DAY)


Enam bilion umat manusia
Memiliki  persamaan yang satu
Sebelum deria berfungsi
Dan kaki merentas benua
Berada dalam sebuah dunia indah
Selamat dalam jagaan seorang insan
Yang mendambakan kebahagiaan
Melupakan kepayahan

Melalui detik-detik itu
Berkongsi dan bergantung harap
Tiada upaya memenuhkan keinginan sendiri
Alangkah bertuah dianugerahi seorang insan
Wanita sempurna melimpahi kasih dan sayang

Hari berganti hari
Makin menjauh jasa wanita itu
Dalam kenangan waris yang berasa gagah
Mendampingi wanita itu bagaikan satu beban
Titipan nasihat dan saran bagaikan angin lalu
Tinggallah wanita itu masih menadah doa sejahtera

Aku tidak begitu ibu
Segunung jasamu aku rangkumkan
Dalam satu ucapan ringkas:
Selamat Hari Ibu




kek dibeli di Kedai Rizqin, tinggal versi omputih jer

No comments: