SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 2, 2011

RUBRIK PENANDAAN SKRIP JAWAPAN MIKROEKONOMI 2 CALON (THE STRONG ANSWER AND THE LESS ONE)

Pendahuluan

Sampel skrip jawapan calon yang dipilih ialah daripada sumber peperiksaan sebuah sekolah, dan bukannya skrip peperiksaan awam. Kedua-dua calon telah memberi persetujuan berpengetahuan supaya skrip jawapan mereka digunakan dalam kajian tindakan guru ekonomi secara kualitatif, iaitu menerusi kaedah penyelidikan analisis dokumen . Rubrik penandaan dan pemarkahan ini hanya untuk kegunaan  kajian yang dimasukkan dalam bahagian analisis data.

Skrip A 
                Pengguna mencapai keseimbangan dengan sejumlah pendapatan dalam pembelian dua jenis barang dengan harga yang berbeza iaitu barang X dan barang Y apabila utiliti sut per ringgit barang X sama dengan utiliti sut per ringgit terakhir barang Y  (  MUx/Px = MUy/Py ). Syarat kedua ialah jumlah perbelanjaan adalah sama dengan jumlah pendapatan atau jumlah perbelanjaan kurang daripada jumlah pendapatan.
Konsep = 2 markah

Bil barang X (unit)
Bil barang Y (unit)
MUx
MUy
MUx/Px
MUy/Py
1
2
3
4
3
4
5
6
2
4
6
10
4
6
8
15
2/2 = 1
4/2 = 2 *
6/2 = 3
10/2 = 5 #
4/3 = 1.33
6/3 = 2 *
8/3 = 2.67
15/3 = 5 #

Jadual  lengkap = 3 markah
           
     Diberi harga barang X ialah RM2 dan harga barang Y ialah RM3. Pendapatan pengguna ialah RM16.
Andaian:  1  markah
              
    Contohnya, berdasarkan jadual di atas, keseimbangan dicapai pada 2 unit barang X dan 4 unit barang Y pada kombinasi A
                Jumlah perbelanjaan =  2(2) +  4(3)  =  RM 16;                          4/2 = 2, 6/3 = 2


Maka, pengguna mencapai keseimbangan apabila jimlah perbelanjaan sama dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 16 dan membeli 2 unit barang X serta 4 unit barang Y pada kombinasi A.
Huraian jadual:  kombinasi memenuhi kedua-dua syarat keseimbangan:  2 markah
Kombinasi B
                10/2  =   15/3                   Jumlah perbelanjaan =  4(2) + 6(3)
                5  =  5                                                                =  RM 26
        
        Walaupun kombinasi B mencapai Mux/Px = Muy/Py, tetapi ia tidak mencapai keseimbangan kerana jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan.


Huraian kombinasi yang hanya memenuhi salah satu syarat keseimbangan = 2  markah

Jumlah markah diperoleh = 10/10


Skrip B
                Pengguna boleh mencapai keseimbangan dengan sejumlah pendapatan dalam pembelian dua jenis barang dengan harga yang berbeza melalui dua syarat.    
[KIV]
                
Syarat pertama yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencapai keseimbangan ialah utiliti sut per ringgit yang dibelanjakan terhadap semua barang adalah sama iaitu,
                MUx / Px  =  MUy / Py  …  =  MUz / Pz
Konsep = 2 markah


Andaikan harga barang X menurun, maka
                Mux / Px  > Muy / Py


Untuk mencapai keseimbangan, pengguna boleh menambah pembelian barang X, kurangkan pembelian barang Y atau tambah pembelian barang X dan kurangkan pembelian barang Y secara serentak. Dengan cara ini, pengguna boleh mencapai keseimbangan mengikut syarat yang pertama.
[NR]
               
Syarat kedua yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencapai keseimbangan ialah jumnlah pendapatan sama atau lebih besar daripada jumlah perbelanjaan. Jumlah pendapatan yang diperoleh oleh pengguna mestilah sama dengan jumlah perbelanjaan demi mencapai keseimbangan. Jika jumlah pendapatan yang diperoleh melebihi jumlah perbelanjaan, maka pengguna masih boleh menggunakannya sampai sama dengan jumlah pendapatan.
[konsep  => Rp]
                
Dengan dua syarat ini, pengguna boleh mencapai keseimbangan dengan sejumlah pendapatan dalam pembelian dua jenis barang dengan harga yang berbeza.
[GN]


Jumlah markah diperoleh = 2/10


Nota Rubrik

GN (general)  =  jawapan bersifat umum, 0 markah

KIV (keep in view) = hanya dipertimbangkan jika ada penjelasan lanjut, 0 markah

IRR (irrelevant) =  jawapan tidak berkaitan, 0 markah

NR (not required) =  tidak diperlukan, 0 markah

Rp (repetition) =  jawapan berulang, 0 markah

No comments: