SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, May 5, 2011

PERSPEKTIF DALAM PENULISAN KARANGAN (MULTIPLE POINT OF VIEWS)

Pengenalan

Pada asasnya terdapat empat perkara penting yang menjadi tunjang sesuatu penulisan karangan, iaitu:

1   punca / sebab / faktor / penentu

2   akibat / kesan / implikasi / natijah

3   faedah / manfaat / kebaikan / kelebihan

4   cara / kaedah / langkah / pendekatan  

Sesuatu tugasan boleh jadi bersifat am, atau boleh jadi juga bersifat khusus. Contohnya:

1   Punca peningkatan minat membaca dalam kalangan masyarakat  (am)

2   Kesan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) di sekolah anda (khusus)

3   Faedah amalan pemakanan seimbang (am)

4   Cara-cara mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah di sekolah anda (khusus)

Sepertimana yang pernah dibincangkan sebelum ini, terdapat beberapa petua atau taktik menjana idea yang berkesan dan jitu, iaitu:

1   PESTA:  politik, ekonomi, sosial, teknologi, agama

2   5W-1H:  apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana

3   Analogi:  pohon yang baik, tangkap ikan

4   SWOT:  kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman

5   3 C's:  diri sendiri / organisasi, pelanggan, pesaing

6   strata / susun lapis:  diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, antarabangsa

7   jangka masa:  singkat, pendek, pertengahan, panjang

Sebenarnya banyak lagi petua atau taktik yang boleh dicipta, tetapi tujuannya sama, iaitu bagi menetapkan payung idea, menghindarkan pengulangan dan membina perspektif yang menyeluruh (holistik). Jika tidak, lontaran idea dalam sesuatu penulisan mungkin terperangkap dalam lingkaran yang sama berkali-kali. Dalam kata lain, elemen kematangan fikiran yang diperlukan tidak muncul.

Barang diingat bahawa petua dan taktik hanyalah panduan, dan seseorang penulis (karangan), termasuk untuk keperluan peperiksaan tidak seyogia terlalu terikat atau taksub sehingga menjurus kepada fikiran tertutup atau rigid. Contohnya, petua PESTA hendakah dibuka keragaman (variasi) ideanya.

1   Politik:  kuasa, kepimpinan, dasar, undang-undang, peraturan, strategi, pengaruh, propaganda

2   Ekonomi:  kewangan, kecekapan, kebajikan

3   Sosial:  komunikasi, media, usia, jantina, demografi, adat resam, budaya, pendidikan

4   Teknologi:  aplikasi sains (gunaan), maya, nano

5    Akhlak:  pupuk sikap (lentur buluh), peribadi mulia

Kebolehan menghuraikan sesuatu idea banyak bergantung kepada pengalaman diri sendiri atau pengalaman orang lain. Sumber pengalaman orang lain bukan sahaja berdasarkan cerita kawan, tetapi menerusi bahan bacaan yang autentik, atau menerusi majlis wacana ilmu. Dalam era kampung sejagat (global village) ini, kita seolah-olah tercampak dalam samudera maklumat yang tidak bertepi, tetapi kebijaksanaan menggunakan petua dan taktik bagaikan sebuah kenderaan hebat yang mengawal hala tuju kita dalam proses menulis karangan yang tinggi mutunya...

4 comments:

Mohd Azreen said...

Assalamualaikum.. Cikgu saya ambil jurusan kemanusian tp saya tak tau mak ambil subjek apa?

cikgu azhar said...

W.salam,

Daftar dahulu, kemudian ada taklimat yang berkaitan.

Mohd Azreen said...

Okay...makasi cikgu

Anonymous said...

Assalamualaikum. Cikgu saya nk tanya, kalau saya nk jadi geologist saya kena ambik pure sains ke masa form 6? kalau aliran kemanusiaan xpi saya ambik geografi, xbole jugak ke?