SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, May 4, 2011

TUGASAN PERBANDINGAN KAJIAN NOVEL AMIRA - HANANI (THE STUDY OF LIKENESSES AND DIFFERENCES)

Pengenalan

Murid menengah atas mempelajari dua buah novel, iaitu satu semasa tingkatan 4 dan satu lagi semasa tingkatan 5. Bagi mencapai objektif pembelajaran komsas, murid disediakan dengan kajian perbandingan novel. Walaupun pemikiran murid barangkali menjurus terhadap keperluan peperiksaan, kebolehan membuat perbandingan sangatlah penting dalam kerangka domain pendidikan, sama ada taksonomi Bloom, kecerdasan pelbagai, atau kbkk.

Perbandingan boleh dipecahkan kepada persamaan dan perbezaan. Jika tugasannya berbentuk umum, iaitu sekadar menyatakan perbandingan, kedua-dua persamaan dan perbezaan hendaklah dikemukakan. Namun, kebanyakan item tugasan awal-awal lagi terus mengkhususkan sama ada persamaan sahaja, atau perbezaan sahaja.

Contoh Tugasan

1   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu persamaan  dan satu perbezaan latar masyarakat

2   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu ketabahan watak utama dalam setiap novel.

3   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, terangkan satu nilai murni yang dihayati oleh watak utama bagi setiap novel.

No comments: