SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, May 5, 2011

MENULIS PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN (LEAD AND BIND)

Pengenalan

Pendahuluan berfungsi memberi gambaran am terhadap kandungan sesuatu penulisan. Cara menulis pendahuluan bergantung kepada laras penulisan yang berkenaan. Pendahuluan laras penulisan biasa mungkin tidak sama dengan laras penulisan kreatif.

Perbincangan ini bagaimanapun hanya akan memberi tumpuan terhadap penulisan karangan biasa, khususnya untuk tugasan peperiksaan yang perlu akur kepada sejumlah ciri penulisan yang tertentu, dan dalam tempoh peruntukan masa yang tertentu pula. Sebenarnya seseorang calon tidak perlu sama sekali terikat kepada mana-mana kaedah walaupun didakwa sudah dipatenkan. Penulisan ialah suatu hasil kerja pemikiran yang bersifat terbuka, asalkan masih menjawab tugasan soalan.


Ciri Pendahuluan Yang Baik

Bagi karangan laras biasa (deskriptif), antara ciri yang perlu ada ialah:

1   mengulang semula tumpuan tugasan soalan

2   menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku dengan kedaan yang sepatutnya berlaku

3  gambaran (tiga) idea utama

4  unsur kecindan:  kata hikmat, peribahasa, petikan ucapan / penulisan tokoh

Katakan tugasan berbunyi:

Pengambilan makanan seimbang ialah amalan yang dapat menjamin kesihatan seseorang pelajar.
Sebagai pelajar, bagaimanakah anda merancang pengambilan makanan seimbang?

       Semua pelajar seharusnya mengambil berat akan keperluan pengambilan makanan seimbang supaya tahap kesihatan mereka sentiasa terjamin. Kebanyakan pakar berpendapat bahawa pengambilan makanan seimbang sangat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang pelajar, dan seterusnya menjadi faktor penting pencapaian mereka. Isu-isu seperti pelajar berlebihan berat badan, berlebihan kolestrol dan berlebihan lemak patut ditangani dengan segera jika negara berhasrat untuk menjana modal insan minda kelas pertama. Sebagai pelajar, saya juga percaya bahawa  kesedaran tentang hakikat "otak yang cerdas datang daripada tubuh yang cergas" perlu saya pindahkan dalam bentuk amalan pengambilan makanan seimbang. Antara langkah yang saya ambil dalam merancang pengambilan makanan seimbang ialah mendapatkan maklumat pakar, menyediakan jadual hidangan dan mematuhi nasihat profesional.

Penulisan Isi Utama

Contoh pengenalan di atas sahaja sudah melebihi 100 patah perkataan. Andainya tiap perenggan isi utama juga mengandungi 100 patah perkataan, tiga isi bersamaan dengan 300 patah perkataan lagi. Setiap isi utama seharusnya meliputi komponen seperti:

1   konsep isi berdasarkan keperluan tugasan

2   huraian dan contoh

3   ikat balik dengan tajuk tugasan

Penutup Karangan Yang Berkesan

Sesebuah karangan yang baik bolehlah diumpamakan seperti satu perjalanan yang lancar. Penulis karangan ialah pemandu kenderaan, manakala pembaca atau pemeriksa ialah penumpangnya. Maka, sesebuah perjalanan harus berakhir apabila tiba di destinasi yang ditujui.

Maka, penutup karangan harus memaparkan kesimpulan secara umum, harapan, cadangan dan mungkin juga diselitkan sekali lagi unsur kecindan. Penegasan tentang tajuk tidak seyogia dilupai, iaitu dimasukkan dalam mana-mana ayat. Tiada idea baharu patut ditampilkan dalam perenggan penutup.

Contoh perenggan penutup berdasarkan tugasan yang sama dengan pendahuluan di atas:

      Kesimpulannya, saya sentiasa merancang pengambilan makanan seimbang sebagai usaha menjamin tahap kesihatan yang baik supaya proses pembelajaran saya menepati sasaran pencapaian yang dikehendaki, sama ada akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah. Saya berharap bahawa amalan pengambilanan makanan seimbang akan terus mendapat sokongan keluarga dan kawan-kawan. Saya sentiasa berpegang kepada maksud sepotong ayat al-Quran, "makanlah dan minumlah, dan janganlah kamu berlebih-lebihan." 

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum... cikgu, bolehkah pelajar klas akaun spm nk jadi doktor? Dan sbjek stpm nnt ada tak aliran yg boleh melayakkn dia tuk ke arah doktor? Tq

cikgu azhar said...

W.salam

Masih boleh. Syaratnya sains mesti dapat A+, semua mata pelajaran lain juga A @ A-, mohon Diploma Sains UiTM, dapatkan pngk 4.0.

stpm kena masuk jurusan sains, ambil biologi sekali.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Maafkan sy kalau sy tnya soalan mcm ni, saya dpt form 6 dan memilih untuk aliran kemanusiaan, selepas tu sy dpt politeknik premier Kj elektrik... Apakah yg harus sy pilih untuk kebaikan sy

cikgu azhar said...

Kalau boleh bawa kejuruteraan pilihlah politeknik. stpm boleh ambil bila-bila masa (persendirian).

rujuk pakar, solat istikharah sebelum membuat keputusan muktamad.

Anonymous said...

Cikgu, better form6 atau gmi? Klau mcm form6 sy ambik-p.am,eko,bm,geo,muet. Nnti klau nak degree dpt smbung course ape.

Anonymous said...

And satu lagi sbnrnya sy dpt kelas sn tapi sy tukar klas kmnsiaan. Adkah betul apa yg sy buat. Sy minat kejuruteraan.

cikgu azhar said...

kalau minat kejuruteraan, tanpa ragu pilih sahaja gmi. kemanusiaan menjurus kepada sastera ikhtisas, gunaan. bidang kursus terlalu luas.

Unknown said...

assalamualaikum cikgu saya ingin minta pendangan ckgu,diploma dr ipts dgn diploma dr kolej komuniti mana lebih bgus?adakah diploma kolej komuniti diiktraf?

cikgu azhar said...

W.salam,

kolej komuniti di bawah kpm, kursus ipts mesti dapat akreditasi kpm (kena semak dahulu). dua-dua pun o k, bergantung kepada bidang pengajian yang dipilih. Wallahu a'lam ...

hamba Allah said...

Assalamualaikum cikgu.
alhamdulillah saya terjumpa blog cikgu. saya harap cikgu dapat membantu.
Cikgu,sya pljar lpasan Stpm 2014. saya amat berminat untuk menjadi pensyarah. adakah pilihan saya untuk mengikuti ijazah sarjana muda sastera dengan kepujian (sejarah) dapat membantu cita2 saya untuk menjadi pensyarah.apakah peluang kerjaya sya skranya mngikuti kos tersebut?
mohon pencerahan dr ckgu. terima kasih

cikgu azhar said...

W.salam hamba Allah,

boleh dengan syarat pngk tertinggi sepanjang tempoh pengajian, serta kebolehan berbahasa Inggeris yang baik. kena memohon skil latihan pensyarah untuk sambung sarjana dan Ph.D dalam bidang pengkhususan.

Wallahu a'lam.