SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, March 7, 2012

MENGENALI PELAJAR CEMERLANG STPM (THE WINNERS DRIVEN QUALITY)

Sudah tentu ada garis pemisah antara pelajar cemerlang dengan pelajar biasa-biasa. Pelajar cemerlang ialah pemenang atau si jaguh. Mereka memiliki ciri-ciri khusus yang sentiasa membawa mereka ke puncak jaya.

Manusia melakukan sesuatu kerana cinta atau dorongan. Jalaludin al-Rumi, seorang ahli falsafah dan sufi yang terkenal pernah menulis bahawa hatta perbuatan makan minum pun dilakukan kerana cinta, iaitu dorongan dan keinginan yang sangat kuat untuk meneruskan kehidupan yang sejahtera. Tanpa cinta dan dorongan, seseorang itu akan melakukan sesuatu perkara secara terpaksa dan tidak rela.

Istilah cinta dan dorongan kepada budak sekolah ialah motivasi. Saban waktu mereka diingatkan tentang motivasi diri untuk menuju kecemerlangan. Perkataan motivasi sudah diangkat sebagai retorik dan klise yang kadang-kadang dianggap sebagai satu lagi bentuk leteran pak cik mak cik.

Motivasi berasal daripada kata dasar motif, yang bermaksud dorongan, sebab, tujuan berbuat sesuatu. Pelajar cemerlang memiliki sejumlah dorongan, sebab dan tujuan yang jelas untuk mendaki puncak jaya. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang perkara yang boleh memesongkan perhatian mereka daripada dorongan, sebab dan tujuan yang telah ditetapkan.
pelajar cemerlang STPM SMK St. Michael, Ipoh bersama pengetua
(sumber: facebook pelajar, keratan akhbar Sin Chew Jit Poh)


Pemerhatian peribadi penulis blog (PB) mendapati pelajar cemerlang berkongsi sejumlah ciri dan kualiti diri yang sama. Mereka bukan sahaja memanfaatkan bakat dan kepandaian kurniaan Ilahi, bahkan mempunyai rapport yang sangat baik dengan guru. Walaupun mereka mampu berdikari dalam proses pembelajaran, pelajar cemerlang tidak pernah menunjuk lagak atau memandang aktiviti bilik darjah secara sebelah mata.

Pelajar cemerlang sentiasa berdamping dengan guru sebagai tanda hormat kepada insan yang banyak pengalaman hidup. Kepakaran guru sentiasa dihargai dan dijadikan inspirasi demi melakar kejayaan yang terbaik. Pelajar cemerlang bijak menyembunyikan perasaan bosan dan lesu yang sesekali datang bertandang demi menjaga hati guru yang dikasihi.

Motivasi yang dipamerkan oleh pelajar cemerlang berubah menjadi gelombang getaran yang sampai kepada guru. Maka, kasih guru tumpah kepada pelajar cemerlang, walaupun hakikatnya guru mengasihi semua sekali pelajar yang ada tanpa syarat. Pelajar cemerlang berperanan membantu guru supaya rakan-rakan mereka yang lain turut menikmati pengalaman pembelajaran yang menakjubkan.

Pelajar cemerlang tidak lokek mengukir senyuman dan menjaga tutur kata di hadapan guru. Mereka juga bijak membaca saat yang tepat untuk berjenaka dan mengusik guru supaya wujud keserasian (chemistry) dalam pembelajaran. Pembelajaran bukan beban atau penyeksaan, tetapi bunga-bunga harapan dan impian yang indah.

Pengalaman PB sebagai guru ekonomi di SMK St. Michael, Ipoh (SMI) memang manis. Pencapaian pelajar yang dianggap bayangan kebolehan guru tidak pernah menghampakan. Sebagai contoh, untuk STPM 2011, lima orang pelajar ekonomi yang pernah menerima bimbingan PB memperoleh gred A penuh (4.0). Mereka datang mengucapkan terima kasih, di samping luahan kata-kata yang sungguh menyenangkan.

Seorang pelajar lain yang memperoleh A- pula mengatakan PB telah melakukan transformasi justeru sebelumnya dia sukar melepasi gred C. Seorang lagi rakannya mengatakan andai PB mengajar Matematik S, dia pasti mencatat kejayaan yang lebih baik. Bunyinya macam keterlaluan, tetapi mereka berdua telah bercakap dengan ikhlas dan dari lubuk hati yang dalam.

Pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik dan gred peperiksaan. Pendidikan bertujuan untuk memupuk sikap berdikari dan jati diri. Mungkin kebetulan atau suratan, pelajar cemerlang memiliki semua ciri yang disebutkan itu...

24 comments:

MuridSPM2011 said...

Salam Cikgu,

Saya merupakan pelajar lepasan SPM 2011 dari SMK JPP.

Soalan pertama: adakah saya akan masuk ke SMK St. Michael secara automatik untuk STPM.Pencapaian saya sederhana sahaja tetapi tidak ada sebarang subjek gagal.

Soalan kedua:kemungkinan besar saya ditawarkan jurusan sastera. Dengar kata semua pelajar yang ditawarkan jurusan sastera dari JPP akan ditempatkan di SMK Kampung Pasir Putih. Adakah ini benar?

cikgu azhar said...

Sistem modular memerlukan pelajar membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Penempatan sekolah akan dimuat naik ke dalam laman sesawang KPM tidak lama lagi.

Sekolah mana bukan masalah besar. Benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau...

Anonymous said...

assalamualaikum ckgu..

sya lepasan spm 2012 aliran agama
dan mendapat tawarn tingkatn6 (kemanusiaan) dan diploma perakaunan uitm..bleh ckgu beri pndapat tentng tingktn 6 dan diploma akaun..ada ckgu2 sya kta lbih baik msuk tingktn 6 drpd diploma..ada jgk yg kta lbih baik diploma..sya pon x taw nk plih yg mna..
lgi satu semasa spm sya tdak ambil subjek matematik tmbahan dan prinsip akaun..sya dpat A+ dlm subjek ekonomi asas dan matematik...bleh ckgu beri pndpat?

cikgu azhar said...

Salam,

perakaunan kursus kritikal. kalau dapat sambung hingga ijazah dan kelayakan sebagai akauntan bertauliah (ACCA, CA atau MACPA) memang bertuah. bilangan akauntan bertauliah di negara kita masih sekitar 10,000 orang sahaja.

tidak apa tentang spm. nanti asas akan diajar semula dari abc...

Wallahu a'lam.

rosaida said...

salam cikgu,,saya lepasa matrikulasi sesi 2012, alhamdulilah,,result sy ok ,,3.33,,sy isi upu jurusan perakaunan,kewangan,perbankan. sy mohon UPM,UTM,UKM,UUM dan UITM. PNGK saya tu ada peluang tak mendapat tempat di universiti pilihan saya especially UUM. saya risau sebab saingan sengit,pointer sy pn xtggi sgt,,saya cuma dapat B dlm ekonomi, tp dapat A dlm akaun,business dan maths. balas secepat mungkin ye cikgu..terima kasih,,

cikgu azhar said...

Salam

Insya-Allah berjaya. syarat am perakaunan pngk minimum 3.00. kalau dapat tempat nanti, maklumkan semula, o k?

Anonymous said...

cikgu sya ingin bertanya semasa sya memohon upu sya meletakan IT di uum sebagai pilihan keempat dan pd masa yg sama pelajar lain yg mendapat cgpa kurang drpd sya meletakan IT di uum sbg pilihan pertama.siapakah yg akn diberi keutamaan?

Anonymous said...

cikgu adakah fakulti undang undang UNISZA tidak diiktiraf?

cikgu azhar said...

Salam

Anony july 3: 9:27

mula2 proses pilihan pertama dahulu, kemudian jika sistem tolak, baharu pergi pilihan seterusnya. berdasarkan pengalaman lalu, tidak mesti pilihan pertama yang lekat. banyak merit yang dipertimbangkan lagi.

Anony 9:28

berdasarkan portal rasmi Unisza, sudah diiktiraf. dipaparkan sijil akreditasi berkenaan sekali.

Wallahu a'lam...

anis syazwani said...

Salam cikgu.Saya sekarang buntu,saya pelajar stpm tahun lepas.Saya dapat 2.67 sahaja,PA C+,BM B+,SEJ C+ DAN EKONOMI B- Saya tidak ditawarkan ke universiti.Saya sudah buat rayuan tapi saya tak pasti.Boleh ke saya memohon kos BACELOR SASTERA (BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU) di UPM? Mohon pencerahan dari cikgu.Terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam

Tarik nafas, usah cepat mengaku kalah atau buntu. O.k., buat rayuan dan bersedia dengan segala kemungkinan. Memang layak. mengapa tidak cuba bahasa asing, misalnya b, itali, jerman @ perancis, termasuk di UM? terdapat pelajar yang berjaya dengan pngk di bawah 2.5 pada tahun lepas.

teruslah mencuba, insya-Allah berjaya jua akhirnya. amin.

Qurratu Aini said...

Salam cikgu, insyaallah bulan 5 ni saya abis matrikulasi. Sem 1 saya dapat pngk 3.37, saya buntu saya masih layak ke untuk amek perakaunan ? Dan banyak saingan tak kalo na amek bidang pengurusan harta tanah? Apa syarat syarat tuk layak masuk bidang tu?? Harap sngat cikgu dapat membantu saya

shumin said...
This comment has been removed by the author.
shumin said...

Assalamualaikum,cikgu....saya nak bertanya tentang kelayakan ke unversiti...stpm saya 2012 dapat 2.67 ..PA-B-,BM-C-,SEJ-A,PERGAJIAN PERNIAGAAN-C+....kursus apa yang sesuai dengan keputusan stpm saya ini dan unversiti yang layak saya masuk?...lagi satu,saya sangat berminat bidang pendidikan seperti pendidikan awal kanak2,pengajian sejarah,bidang kerja sosial,pengurusan....layak ke saya minta bidang ini di ipta dengan keputusan stpm ini?...ipta yang mana sesuai dengan keputusan saya ini?....harap2 cikgu bantu saya....terima kasih...

cikgu azhar said...

W.salam,

mungkin sudah tahu keputusan upu, bagaimana? 55% pemohon ditawarkan tempat, lazimnya tidak semua yang mendaftar. jadi, kalau terlepas panggilan pertama, peluang masih terbuka, insya-Allah.

Anonymous said...

Cikgu .. syarat Am tesl untuk um upm dan utm berapa cgpa? 2.7 muet band 4 rasa rasa boleh tak dapat?

cikgu azhar said...

syarat minimum untuk memohon memang lepas, tetapi darjah persaingan yang bakal menjadi penentu

Anonymous said...

assalamu'alaikum cikgu .
saya pelajar lepasan stpm 2014 .
result saya 3.08 . muet band 2 .
bm B-, PA B+ ,SJ B ,PP B+
apakah bidang kursus yang sesuai dengan result yang saya dapat ?

cikgu azhar said...

W.salam,

Tahniah. banyak kursus yang layak, contohnya pengajian keusahawanan di UMK. didoakan berjaya, amin ...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu..sya mrupakn calon spm 2014 dan bru2 ini mndpt keputusn spm..kputusn spm sya kurg mmberansngkn krana sya hnya mndpt 2A,1A-,4B+,1B,2C,1F..sya
mndpt 3A dlm subjek BM,SEJ,SC dan 5B dlm
subjek BA,PQS,PSI,MT,AKAUN dan mndpt 2C
dlm subjek BI dan Ekonomi..dan sya fail dlm
subjek add maths..sya brasa sgt sedih dn
kecewa dgn keputusn sya..sya brasa sgt malu
dn rendh diri krana dgn kegagln saya dlm satu
subjek tersebut seolh olah mncacatkn slip spm
saya..sya brasa seolah olah gelap masa dpn
saya..sya x dpt mnerima keputusn ini..sya sgt
sedih krana hanya mndpt 3A..teruknya..sya tidak mampu mmbanggakn kedua ibu bapa dn guru2
saya..dgn kegagaln sya dlm subjek trsebut
adakh menjejaskn peluang saya utk mlnjutkn
pljrn ke Ipta?Apakah pndgn cikgu tntg keputusn
sya ini?Apakh bidg yg sesuai utk saya?Apakah pndgn cikgu jika sya mnymbung pengajian sya ke form 6 dgn mngmbil stpm?Saya brhrp cikgu
mmpu mmberikn sya nasihat dan bimbingn dlm mnntukn keputusn yg terbaik yg harus sya ambil utk terus mnymbung pngajian dn mnntukn hala tuju sya slps spm ini..sya ingin bangkit dn
mengubh persepsi kluarga sya trhdp saya..
bahawa saya mampu buat..hrp cikgu dpt mnjwp semua psrsoln saya..terima kasih

cikgu azhar said...

W.salam,

Pencapaian masih o k, tiada apa-apa yang perlu disedihkan. fikirkan hikmah yang lebih besar, insya-Allah ketenteraman datang kembali. baca sejarah syed mokhtar al-bukhari atau mohd feroz mohamed jakel.

Jika mahu bidang teknikal elok mohon politeknik. kerja kursus, tutorial dan kehadiran sahaja sudah menjamin lulus, tidak macam SPM. Jika mahu bidang kemanusiaan, mohon asasi Usim @ pengajian tingkatan 6.

orang muda mesti kuat semangat. insya-Allah panjang umur murah rezeki jalan untuk menuju puncak jaya terbentang begitu luas.

semoga dimudahkan segala urusan hendaknya, amin ...

Anonymous said...

terima kasih cikgu..kalau saya amik stpm ok tak?

nisaa fashihah said...

assalamualaikum ckg..sy dari asasi komunikasi..kalau nak ke ijazah psikologi boleh ke ckg?

cikgu azhar said...

W.salam nisaa fashihah,

Insya-Allah. komunikasi berkesan memerlukan ilmu psikologi. maka, sangat berkaitan ...