SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, April 14, 2015

PERSPEKTIF JAKIM TENTANG GST (FINANCING TRANSFER PAYMENT)

...

PUTRAJAYA - Pengutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dibenarkan Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana mematuhi syarak yang dibenarkan. Fello Majlis Fatwa Jawatankuasa Kebangsaan, Prof Madya Dr Arief Salleh Rosman berkata, pengutipan tersebut diharuskan pelaksanaannya selagi mana terdapat keperluan bagi rakyat serta negara.

“Muzakarah (Fatwa Kebangsaan) bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah untuk mengutip cukai seperti GST yang dilaksanakan kerajaan. “Namun pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter yang meliputi beberapa syarak yang digariskan oleh agama Islam,” katanya dalam Seminar Kebangsaan GST Menurut Perspektif Islam di Masjid Putra, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, menurut syarak yang ditetapkan, cukai seperti GST hanya boleh dipungut oleh kerajaan sekiranya kerajaan benar-benar memerlukan sumber kewangan dan boleh berlaku adil ke atas bebanan cukai yang dikutip. “Antara syarak lain yang perlu dipatuhi kerajaan termasuk komited dalam melaksanakan syariat Islam dan cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat.

“Selain itu, kerajaan juga perlu menjamin bahawa cukai yang dikutip dibelanjakan untuk Maslahah Ummah dan bukannya untuk maksiat. Agihan cukai juga hendaklah bertepatan dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat,” katanya lagi.

...

...

No comments: