SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, April 6, 2015

KAKI LIMA BANK JADI SASARAN 'SINDIKET' KEREPEK (THE EXPLOITATION OF PUBLIC SPOT)

Fenomena pemungut derma cilik di kawasan tumpuan awam masih berleluasa walaupun beberapa operasi telah dijalankan oleh pihak berkuasa. Mereka diangkut oleh orang dewasa yang memerhati dari jauh supaya budak mereka menjalankan kerja yang ditetapkan. Mungkin suatu operasi bersepadu secara besar-besaran dapat memberi jawapan tentang dalang sebenar di sebalik kegiatan berkenaan.

Muka kasihan budak-budak 'tahfiz' dan 'rumah anak yatim' menjadikan orang ramai, terutama masyarakat Islam berasa serba salah. Jika tidak mahu menghulurkan wang sekalipun, peminta sedekah tidak boleh dihamburkan dengan herdikan atau kata-kata yang kurang enak didengar. Maka, jalan terbaik ialah melemparkan senyuman ikhlas dan terus berlalu!
pilihan gambar kabur disengajakan

Kini, pemungut derma cilik mendapat saingan dari segi menarik simpati orang ramai, iaitu penjual kerepek wanita 40-an dan 50-an yang meletakkan barang jualan mereka betul-betul di tepi pintu masuk ke mesin pengeluaran wang. Sebaik orang ramai selesai urusan, mereka disapa oleh 'mak cik' tadi supaya membeli kerepek di situ. Jika orang ramai memberi sambutan, tidak mustahil lebih banyak penjaja jalanan seperti penjual barang kulit tiruan, peniaga akar kayu dan macam-macam lagi akan membuka meja jualan di kaki lima bank sehingga layak menjadi 'pasar malam mini'.

...

...

...

...

...

No comments: