SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 23, 2015

BELANJAWAN 2016: KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI (REAL TAXPAYERS FOR MALAYSIAN)

Antara inti pati menarik belanjawan atau bajet 2016 ialah pemberian bayaran khas sebanyak RM500 bagi setiap orang kakitangan kakitangan awam. Walaupun harapan untuk menikmati sekurang-kurangnya setengan bulan bonus tidak kesampaian, pengumuman tentang penambahbaikan 252 skim perkhidmatan membabitkan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) suatu berita yang lebih baik. Tambahan pendapatan bulanan itu sedikit sebanyak dapat membantu kakitangan awam mengharungi kesan inflasi serta rejim percukaian massa, termasuk cukai barang dan perkhidmatan, GST.

Pergerakan setakuk KGT pada 2016 bermakna bayaranberganda berdasarkan gred masing-masing. Namun, kakitangan awam harus menunggu sehingga rang undang-undang perbekalan belanjawan berkenaan beroleh kelulusan parlimen. Selain itu, perincian tentang bayaran akan diumumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. Sejumlah RM1.1 bilion diperuntukkan menerusi belanjawan yang dibentangkan.

Sebahagian sumber pembiayaan perblanjaan mengurus, iaitu emolumen kakitangan awam datang daripada kutipan GST justeru sumbangan Petronas susut hampir 50 peratus dan kelihatannya mengambil masa untuk mengembalikan momentum keuntungan terdahulu. Kutipan GST dalam tempoh tujuh bulan sejak diperkenalkan mencecah hampir RM40 bilion. Hitungan konservatif menganggarkan kakitangan awam memperoleh kira-kira 10peratus tambahan pendapatan tahunan 2016 bagi menyerap kesan inflasi dan bayaran GST.

Pemberian satu KGT bermakna bahawa kuasa beli kakitangan awam menokok sedikit untuk dipindahkan dalam bentuk perbelanjaan agregat yang bakal merancakkan kegiatan ekonomi. Saiz aliran pusingan pendapatan dan perbelanjaan yang membesar sedikit itu membawa khabar gembira terhadap peniaga dan usahawan yang mengalami tekanan kemerosotan jualan sebanyak 30 peratus susulan pengenalan GST. Sektor pelancongan domestik juga boleh merancang promosi terbaik untuk kakitangan awam yang sudi membelanjakan lebihan pendapatan yang mereka terima bagi aktiviti liburan.

...

...

...

...

...

No comments: