SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, October 24, 2015

CARA TERBAIK MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN (WRITING FROM HEART)

Masalah yang sering dihadapi oleh calon peperiksaan ialah menyediakan kerangka atau perancangan jawapan yang bersifat jitu dan matang. Hanya menerusi kemahiran yang diperoleh dalam proses pembelajaran memungkinkan perkara itu tercapai. Peruntukan masa yang terhad dalam persekitaran peperiksaan perlu kepada kaedah dan taktikal yang cekap dan produktif.

Calon peperiksaan juga didapati buntu untuk memulakan penulisan karangan. Mereka juga sering tertinggal penegasan yang mengikat setiap isi karangan terhadap tajuk. Karangan yang ditulis juga kurang mantap dari segi organisasi idea dan huraian.

Sesebuah karangan yang baik seharusnya menonjolkan tiga idea utama yang dipecahkan kepada isi-isi sampingan yang berkenaan. Guru-guru telah mendedahkan asas penulisan karangan yang akur dengan tugasan soalan peperiksaan. Malangnya, sebahagian pelajar tidak memberikan perhatian. Kepakaran guru mata pelajaran seolah-olah disaingi oleh tenaga pengajar tuisyen.

Perenggan pendahuluan seharusnya menegaskan tentang tajuk karangan, senarai isi utama, kepentingan tajuk dalam keadaan sebenar, serta unsur kecindan,  misalnya peribahasa, kata hikmah atau ucapan tokoh. Penggunaan maksud ayat suci al-Quran dan hadis juga boleh menyokong pendahuluan karangan yang bertaraf cemerlang tinggi. Pendahuluan karangan yang baik umpama iklan bagi memujuk pembaca (baca: pemeriksa) untuk meneruskan pembacaan dengan penuh minat.


...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments: