Peminjam skim perumahan sama ada awam atau bank kena melakukan bayaran tunai secara sekali gus setiap kali bayaran kemajuan diterima oleh pihak kontraktor. Maksudnya, bayar sejumlah besar wang secara tunai terlebih dahulu, baru boleh menikmati bayaran ansuran dalam anaun kecil menerusi potongan gaji. Maka, terdapat peminjam yang terpaksa membuat pinjaman tambahan peribadi bagi melunaskan bayaran GST.
Barangkali, pembelian rumah daripada pemaju perumahan tidak perlu membayar secara tunai dalam jumlah besar seperti itu. Caj GST sudah dimasukkan dalam hitungan harga rumah. Peminjam tidak perlu berhutang dua kali untuk satu urus niaga membeli rumah.
Caj GST tidak terhad kepada bayaran kemajuan pinjaman, tetapi juga membabitkan kerja tambahan yang tidak tercatat dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Misalnya, menukar spesifikasi atau bahan binaan semuanya tertakluk kepada caj 6% itu. Peminjam juga mungkin menanggung kos tersembunyi seperti komisen yang diterima oleh kontraktor apabila berlaku pembelian bahan binaan.
Kelemahan gerakan pengguna yang tidak prihatin mengakibatkan peminjam menghadapi masalah berganda.
...
...
...
No comments:
Post a Comment